27 Dis 2012

Alam baru :8|

google wish aku ! Haha

semalam umur aku genap :8| tahun :)
orang lain dah lama. aku hujung tahun baru birthday.
mampusla . bedey aku bedey kau.
woi-2, kau marah sapa ?

macam mana kalau aku tulis blog macam kat atas tu . ok ke ? macam annoying je. Abaikan !

ok, nak cerita sini semalam birthday aku . yeah ! *buff *buff fireworks WoHoo ! people shouting .

angan-2 MatJenin je semua tu . hakikatnya aku menghadap laptop baget buat assignment ! Haha

Sekarang ni aku dah memasuki alam baru yakni alam boleh tengok movie 18SG. eh eh, kesitu pulak xD setelah aku jadi semakin Dewasa ini aceceh ! perlu ada target baru dan aku rasa aku akan mencuba untuk menenpuh segala ombak duri yang menimpa woi,dah-2.

Umur diukur berdasarkan Perwatakan !
ya, kau umur 225 tahun pun. kalau perangai kau tak berubah, memang susah lah nak cerita ! sebab itu aku suka lepak dengan orang lebih tua dari aku. dengar kisah & pengalaman diorang. baru boleh jadi matang sikit B-)

dah la . malas aku nak syarah panjang. assignment pun tak settle lagi . anyway, thanks pada yang wish :*

p/s: terabur aku tabur gambar tu . tapi yang penting Maxis wish aku dulu xD





24 Dis 2012

Majlis Ilmu

Bismillahirahmanirahim . dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani .
Assalamualaikum

kita mulakan entry ini macam ayat biasa :
"dah lama aku tak update blog ni" atau "dah berhabuk blog aku" atau "apa khabar semua, rindu tak?" dan macam-macam contoh lagi.

sebenarnya aku dah lama tak tulis blog ni sebab tak tahu nak carita pasal apa . tapi aku nak cuba jugak la .

ok, hari ini aku nak cerita pasal hari khamis lepas . pihak kolej ada majlis bersama ulama' dari negara lain . pelajar semua berkampung di Rembau,N9 selama 4hari 3malam . aku pada asal nya nak ikut  tapi ...

HAA nampak tak perkataan 'tapi' tu . sebenarnya alasan tu semuanya syaitan yang taknak bagi ikut . umi pun ada cakap juga kat aku . ALLAH tidak bagi aku bersama-sama ahli ilmu sebab aku tidak melayakkan diri. ya, semua ni salah diri sendiri yang menjadi hamba nafsu dan terlalu cintakan dunia !

sebenarnya aku kerugian tidak dapat pergi kerana terlepas ilmu, tak dapat tengok ulama' dari negara lain . bukan hari-2 ulama' nak datang Malaysia ! pergh, satu kerugian besar .

Sesal dahulu pendapatan Sesal kemudian tiada guna !
nak buat macam mana . menda sudah jadi . teruskan perjalanan . yang lepas jadikan tauladan !


1 Dis 2012

Masalah

masalah perkara normal lah berlaku kat manusia. xde masalah xnormal lah *pendek kata gila ! Haha budak kolej nampak aku hidup macam xde masalah *macam ye disitu sebab diorang tak kenal aku dan sejarah aku. aku pun xnak cerita masalah aku kat ini.
buka aib sendiri tanda kiamat kecil
kata-2 tu aku xingat cedok kat mana. korang cari sendiri lah sohih ke x.

disebabkan tajuknya 'masalah' .para peminat *jangan dengki ! Haha mesti nak tahu apa masalah aku hadapi sekarang. ok lah aku bagi tahu sikit. hajat aku nak simpan Afro terus dikencam ! Haha ia satu masalah bukan ?

saja je lah doii. sebenarnya tadi lepak ngan geng Power Rangers nama baru Ustazah bagi. diorang duk cerita pasal masalah masing-2. aku duk senyap dan menjadi pendengar yang baik :)  betullah tindakan diorang. bila ada masalah mesti ada stress.
salah satu cara nak hilang stress, luahkan masalah
tapi diorang selalu cakap "kau untung lah man". silap kawan ! aku ada masalah dan masalah tu aku rasa lagi besar dari korang dan isunya sangat sensitif. aku xpernah cerita kat orang kecuali sorang. cerita sini habis sini xD

pendek kata siapa pendek ? Haha ada masalah yang boleh diselesaikan. ada masalah yang kadang-2 kita perlu biar ia dilupakan dengan tabah dan sabar. bagi contoh lah senang paham.
hari ni henset kau hilang = tindakan = kalau dapat balik AlhamduliLLAH = kalau xdapat balik melaung pun x guna

macam mana ayat tu. belum sempurna iman selagi tidak diuji @ setiap yang berlaku ada hikmahnya. mana tau dapat iPhone5 ! Haha jangan fikir kita saja ada masalah. orang lain pun ada masalah. mungkin lagi besar dari kita. penduduk Zimbabwee maen hentam xdapat makan pun boleh teruskan hidup. lagi kita yang hidup aman kenapa sampai stress pikir spender hilang ?

tarik nafas dan ingat ALLAH :)