21 Ogo 2013

Gold Coast, Aussie

today, i would like to write about my trip to Gold Coast, Australia :)

baru pergi empatlima hari dah baget spekang OmPutehs . padahal dekat sana tak pernah cakap pun ! Haha

seperti yang dinyatakan dalam entry lepas, kami pergi ke Gold Coast untuk beli baju raya because beraya dengan kangaroo is too mainstream xD

kitowang pergi sana hari Isnin balik hari Sabtu . kira sendiri la berapa hari . mula-2 sampai tu terus bergegas ke Sea World sebab sampai sana pukul 7pagi selasa . tidur dah 8jam dalam flight, so the journey begin !
Singgah letak beg sebentar (PEACE)


dekat SeaWorld tengok benda yang dah pernah di bawa ke Malaysia, such as Dolphin Show tapi tetap tak mengecewakan walaupun agak ngantuk tengok SeaLion ! Haha . selain dari dua tu BEST (Y) !




hari ke-2 pergi ke Dreamworld . GEMPAK! thats it

kat sana ada Kangaroo tapi tak sempat nak jumpa . kan dah cakap, beraya dengan Kangaroo is too mainstream ! Haha

3rd day, MovieWorld . Terboek (Y)

gelaran Superman dirampas seorang demi seorang ! Haha

Why So Serious . Pink and Proud ! Haha

malamnya berjalan mencari makan di Surfers Paradise . sauk baju Kedai Batu Keras sehelai :)

Hari keEmpat, pagi pergi tempat shopping di outlet apatahkenamanya . aku tak beli apa-2 sebab nak beli mainan . lepas habis shopping singgah MovieWorld kejap sebab nak beli mainan aku ! Haha . lepas tu pergi ke DreamWorld untuk habiskan mana yang tak sempat dan mengucap selamat tinggal pada Kangaroo
aku ingat binatang ni berlompat je kerjanya . rupanya jalan macam kambing juga, time nak laju baru lompat

malam packing-2 lepas subuh gerak . datang beg ringan balik pun ringan juga . untuk berlaku adil, aku tak beli ole-2 for nobody but me ! Haha

Pengembaraan kali ni memang syok habis . suasana negara diorang sama macam cerita OmPuteh dalam tv . diorang cakap pun polite . dah la pergi time winter ! Haha . Enjoy sakan

yang kurang menyeronokkannya macam biasa . 1) Barang Mahal . 2) Jamban takda air
orang tengah sejuk, jamban pulak takda air . Spoil !

ada lagi tempat yang aku pergi, tapi taknak cerita sini sebab jamban dia takda air ! Haha . papehal pun, Aussie is the Best !
 our sponsor is my daddy . baca balik ayat tadi dengan nada Pee Mak xD

We All Are Super Heroes . except for Joker xD

12 Ogo 2013

Raya '13

Solomat Hari Raya . rasanya tak terlambat lagi kot xD

Aku maafkan salah silap kalian because maaf zahir dan batin is too mainstream ! Haha
raya tahun ni agak menarik, pergi melawat ke rumah-2 yang banyak nostalgia yakni rumah-rumah yang dah agak lama tak pergi . dan sebelum balik Kelantan, kitorang singgah Terengganu dulu 2 malam .

kitorang pergi ganu tujuan asalnya nak hantar Umi jumpa toksyeikh, alang-2 tu pergi merayap . aku excited la jugak sikit-2 sebab tak pernah pergi . adik beradik yang lain dah pernah pergi .
mula-2 sampai tu agak sesat nak mencari tempat Murobbi kepada Umi, waris kepada Tok Ku Pulau Manis . lepas jumpa, timggal Umi situ kitorang teruskan perjalanan mencari homestay di Kampung Losong .

sesampai rumah yang cukup ruang untuk tidur dah sampai masa untuk berbuka . aku ma'a Amnan adik aku yang tak pernah mention mencari topup dan survey bazaar . punya la susah nak cakap ganu . aku cakap kelate pun diorang tak paham . nak beli topup pun susah ! Haha
malamnya terawih di Masjid Kristal yang gah di luar biasa-2 di dalam . lepas tu moreh bawah flyover kg. Losong. esoknya pergi muzium tak habis pusing dan terawih di masjid terapung . esoknya pergi ambik Umi dan bertolak ke Kelate .
aku nak cerita panjang macam bosan lak . skip sampai raya ! Haha

lepas solat raya di kg. Alor Pasir yang mana tak muat kapasiti tawaf rumah-2 sekeliling masjid macam tahun-2 sebelum ni tapi yang lainnya tahun ni, rumah depan masjid tak semena-menanya ramai orang siap pasang khemah . tahun sebelum-2 ni rumah tu milik TMB, lepas PRU13 dah jadi rumah MB . maka ramai lah orang datang mencapap !

lepas zohor pergi ke arah KB, rumah sedara mara yang lari dari kampung masa pemerintahan Jepun xD esoknya pergi ke kampung Abah pulop . satu rumah je pergi hari tu di Pasir Mas sebab jammed nya yang agak melampau . duit-2 terkumpul hasil janggut sejemput dan 'penyeri muka' dapat lebih kurang rm58

keesokannya sambung lagi ke rumah yang tak sempat sambil bertolak ke KL slow-2 . aku menjadi pilot dari Gua Musang sampai ke Bentong dengan kereta yang cermin tepi pecah kena lastik . selama 3 hari beraya, satu gambar pun tak berjaya di pukul/tangkap ! Haha