10 Jan 2016

New Year New Me Shit

Hari ini dah 10 Januari, saja nak tulis hari ni, sebab rasa nak menulis, dan sebab dah nak balik shah alam dah. Bila dah balik sana, lama lagi lah boleh mengadap laptop. Laptop aku tak beli-beli lagi. Haha. Yang rosak hari tu tak boleh baiki, aku dah tanya kedai.

Jadi macam orang kebiasaan, tahun baru adalah azam baru. Azam ni sebenarnya bagus, untuk letakkan target tahunan. Hidup kalau tak ada target tak maju-maju lah.

Target aku yang paling utama, seperti yang disebut dalam entry lepas, aku nak buat simpanan bulanan. Jadi aku berfikir, macam mana nak jalankan tabungan bulanan secara consistent yang tak menganggu kehidupan harian aku. Ye lah, kalau tak fikir makan dan enjoy, masukkan saja semuanya dalam tabung. tapi nanti kebulurlah aku. Haha.

Solusinya, aku cuma untuk create kan beberapa tabung, sebab sebelum ni aku dah ada satu tabung, namanya tabung eropah. Haha. sebab dah plan nak berjalan akhir 2017. tapi tabung tu tak bergerak seperti yang aku mahu. Slow sangat pembiakannya. tapi aku tak akan lupuskan tabung tu sebab aku nak melancong jugak, huhu.

Antara tabung-tabung yang aku akan cipta, tabung 10c, tabung 20c, tabung 50c, tabung RM5, ini semua target aku. Caranya, setiap kali aku balik dari luar rumah, kalau ada baki notes tersebut akan masuk dalam tabung. Senang cerita, aku pegi kelas, makan semua, balik kalau ada RM5 dalam poket, aku akan masukkan dalam tabung, Haa, macam tu.

Satu lagi target aku adalah, nak tulis setiap transaksi duit yang berjalan. Ini supaya aku tahu duit aku pergi mana akhir bulan. Sebelum ini aku dah pernah catit pakai aplikasi dalam phone, tapi dalam phone sekali lupa nak tulis, aku akan start baru, sepastu yang lama delete. Haha. Macam tak ada function je lah aku catit semua tu. Kalau tulis dalam buku, sekurang-kurangnya susah lah sikit nak delete, lagipun aku boleh start yang baru ikut suka aku macam mana nak tulis, tak perlu pun delete yang lama pastu create new files.

Lagi target aku yang lain, aku fikir nak jual baju. Hahahaa. Walaupun kecundang dengan kasut tu, aku masih belum give up. Lupakan kegagalan yang lalu, cuba sesuatu yang baru. Baju tu aku dah ada plan, tak boleh la cerita sini, nanti tak jalan lah busines aku. Hahaha

Satu lagi, walaupun ianya nampak macam senang, tapi susah bagi aku. Iaitu target aku yang terbaru, nak beli laptop. Orang cakap dekat aku, minta lah dengan bapak. Aku bukan tak nak minta dengan bapak, malu lah aku. Aku bukan jenis yang meminta, jadi menda ni susah la. Lagipun aku nak laptop gaming, yang mana menyukarkan lagi keadaan. Haha. Laptop gaming ni bukan apa, dia laju, tu je. Tak nak aku pakai laptop setahun lepastu jam, hang, lag. Aku nak laptop yang boleh pakai 5 tahun jangka hayatnya. Jadi aku kena fikir lah macam mana nak kaut duit. huhu

akhir sekali baru lah target untuk belajar, Haha, Wahai future me, masa kau sem 2 dulu grad kau excellent, sem sekarang macam mana? Kalau kau baca ni masa sem nak akhir, atau final year, komen sikit dekat bawah ni current result kau. Hahaha. Saja nak berinteraksi dengan diri sendiri. Sebab aku tulis blog ni pun untuk diri sendiri. Aku harap sem depan lebih baik dari sem sekarang, atau pun sama pun dah cukup, tak nak menurun. Itu target last aku.

Okay lah, aku harap sem ni dapat lecturer yang baik-baik macam sem-sem sebelum ni. Hari tu aku lupa nak tweet "2016 Please be nice to me". Kejap lagi aku tweet lah. Haha

Ohh lupa pulak, target aku lagi satu, aku nak kumpul emas, 1 gram 1 bulan. Harga dia tak menentu, jadi aku kena ketepikan RM100 dari belanja aku sebulan untuk beli emas tu. Haishh, banyak pula target ni, tercapai ke tidak ni. Hahaha. Tercapai atau tidak terpulang pada masa, yang penting target tu ada :)

26 Dis 2015

DoplohSatu

Selalunya pada tarikh hujung-hujung tahun ni aku memang tak miss untuk update blog. Satunya sebab akhir tahun, satu lagi sebab hari lahir aku 26 Dec. Jadi akan update tentang pencapaian tahunan dan kesimpulan aku selama setahun.

Selama aku hidup 21 tahun di bumi ini, tak ada satu pun pencapaian yang aku boleh banggakan. Boleh dikatakan setiap benda yang aku buat kecundang di tengah jalan. Dapat sikit-sikit je, jadilah dari tak ada apa. I think I can't finish whatever I started.

Tengah-tengah tulis blog ni boleh terlayan Big Bang lak. Potong mood nak tulis blog. Haha

OK tengah buffer, sambung balik.

Walaupun tak ada apa yang aku capai untuk 21 tahun yang lepas ni. Hidup mesti diteruskan. Terus pandang kedepan jangan toleh kebelakang, because I am a positive man with positive thinking.

Tahun 2015 ini aku tak dapat apa yang sepatutnya aku achieve iaitu Sijil Diploma. Aku sudah habiskan masa dari 2012-2015 di Kolej Islam As-Sofa dalam bidang Usuluddin tapi masih tak dapat pengiktirafan habis belajar disana officially. Technically aku memang dah habis kesemua sem dan subjek tak ada yang kena repeat, hanya sebab final projek aku tak grad. Aku dah malas nak fikir pasal tu sebenarnya tapi aku tulis sini untuk future me fikir tentang kegagalan yang boleh dikatakan paling besar untuk budak umur 21 tahun.

21 tu tak tua tapi tak muda. Kena pandai fikir untuk maju kehadapan.

Perubahan yang bagi aku paling Ohsemm tahun ini adalah masuk belajar di UNISEL. Aku tak tahu kenapa tapi aku amat gembira sekali di sana. Masa aku tulis ni aku baru habis Sem 2. Tak silap aku entry sebelum ni masa aku habis Sem 1. hehe. Belajar di unisel boleh dikatakan best thing of the year lah. Aku tak tahu kenapa tapi dekat sana aku tak pernah stress, belajar mahupun berkawan. Lagi satu dekat sana aku boleh simpan rambut. Haha. Target aku raya tahun depan nak buat rambut macam Jaden Smith dalam cerita Karate Kid. Semoga tercapai.

Untuk tahun depan aku tak nak target banyak dalam hidup, sekadar dapat buat simpanan bulanan pun dah cukup. Tahun ini aku try macam-macam, jual kasut, jual simkad, jual seluar, jual hard disk. Semuanya separuh jalan. Jadi tahun 2016 tak nak banyak, nak buat saving yang consistent setiap bulan pun jadilah. Aku juga nak start buat tabung Europe, dah plan dengan member nak pergi jelajah Eropah pada 2017, belajar pun tak tahu apa cerita lagi. hehe

Tahun ini tak melancong ke mana-mana kecuali Guangzhou awal tahun hari tu. Mungkin tahun depan akan jalan jauh sikit kot, campur sekali budget tahun ini. ngee ngee. Plan asalnya nak ke Chiang Mai bulan 12 ni tapi kosnya tinggi sangat.

Setengah tahun ni aku rasa aku banyak habiskan masa dekat Shah Alam, sebab kampus aku dekat sana. Aku balik rumah Bukit Jalil jarang-jarang, dalam sekali saja sebulan. Itu pun sehari dua. Mungkin aku gembira kot duduk sana, duduk seorang pun jadi. Ohh lupa, aku duduk rumah sewa dekat sana, Pangsapuri Pegaga. Jom lah datang singgah. Budak-budak rumah aku semua nice-nice. Tak ada yang buat hal. Aku ada fikir nak beli satu item yang boleh dipakai setiap hari untuk semua orang, tapi tak dapat idea lagi apa barang yang kena.

Aku harapkan 2016 ini aku dapat upgradekan diri ke arah yang lebih maju jaya. Lagi lima hari aku nak tweet "2016 please be nice to me" B-)

Okay lah, nak sambung layan k-pop.

24 Jul 2015

Mesej Saya

Hari ini rasa macam nak menulis sebab ada laptop kat rumah ni. Aku pun tak tahu nak cerita pasal apa. Mungkin mumble macam biasa kot. Ok, kita mula.

Selamat Hari Raya sebelum terlambat. hehe

Tahun ini Ramadhan amat berbeza. mestilah, takkan sama kot. tak membiak la sel kalau sama. Haha. Ramadhan ni, sekali saja buka puasa kat rumah, itu pun hari second last buka puasa. Hari last dah ada dekat kampung. Tahun ini aku menyambut Ramadhan di Shah Alam sebab aku sekarang belajar di Unisel. banyak habiskan waktu disana. disitu budak-budak tak solat terawikh, adapun sembahyang dekat masjid jauh-jauh. aku cuba hidupkan surau asrama sana, rugilah surau ada tak hidup. tapi malangnya, memang tak hidup juga. HAHAHA

Aku sekarang belajar di Unisel ambil diploma. Orang selalu tanya, kenapa amik diploma, kenapa tak sambung degree. aku pun dah malas nak jawab. sebab lain orang lain jawapan yang aku bagi. haha. aku masuk Unisel 30 bulan 5 kot kalau tak silap. 2 hari dari hari aku tulis ni aku dah start final exam sem 1.

Aku secara jujurnya sedang gembira belajar di sana. Haha. aku pun tak tahu kenapa. mungkin sebab hal dunia ni orang buat hal masing-masing kot. tak gaduh sana sini. kalau gaduh pun kes budak-budak. Awak dah besar, dah 21 tahun ni. hewhew. Mungkin juga subjek dan Uni ni pilihan aku sendiri. Sendiri daftar sendiri buat hal sendiri belajar, bayar je tak sendiri lagi. ngee

kalau nak cakap pasal housemate aku memang dah macam blog perempuan pula nanti. Haha. Sana budak bagus-bagus, jaga hal masing-masing. takde nak bidaah kan orang, nak menwahabikan orang, mengkafirkan orang, nak mensyiahkan orang. sana semua jadi orang awam. mungkin sebab tu kot aku sejahtera disana. huhu. sana budak-budak seangkatan yang masuk sekali panggil aku wak. sebab aku berlakon jadi orang indon masa orentasi. orang kenal aku sebab aku bahan fesi masa persembahan menyebabkan setiap kali aku lalu depan orang, orang kenal aku aku tak kenal orang. haha

pasal kertas kerja aku di As-Sofa aku tak tahu cerita. aku dah hantar yang final, ustaz cakap nanti dia info apa-apa. sampai sekarang pun takda. aku risau ustaz dah buang je kertas aku tu. haha. aku pun takda masa lagi nak jumpa ustaz. mungkin lepas exam kot baru pergi jumpa balik. jangan buat onar sudahlah. aku pun nak grad juga. haha. sebenarnya aku tak kesah pun pasal sijil tu tapi kesian kat parent aku je. lagi pun takkanlah aku tak grad disebabkan oleh kertas 50 helai. duduk sana dah 3 tahun siap berpraktikal bagai. rugi lah pulak rasanya. orang kelate kata 'ok senapas'

Hmm, ceritanya macam tu lah, di harapkan ustaz dapat mesej aku. haha. sepatutnya akulah yang kena follow up dengan ustaz. tapi macam tulah Aiman. sebab tu kasut masih ada dalam rumah ni. sebab tak follow up dengan buyer. huhu