30 Dis 2013

19

sudah lama aku tak mengadap benda alah ni . aku masih lagi berada di Bukit Sembilan, Rembau . cuma sekarang aku jadi warden di asrama Chenong pula, jadi makin susah nak dapat tenet malam-2 !
Asrama Chenong
genaplah lagi setahun umur aku pada 26/12 lepas . terasa sekejap tahun ni, mungkin sebab banyak sangat benda yang menarik terjadi sehingga tak sedar waktu berlalu atau kiamat hanya tunggu masa sambil kumpul tanda-2nya terlebih dulu ?

kali ni berbeza dari sebelum-2 ni . selama 18 tahun aku hidup (seinggat aku) tak pernah duapuluhenam bulan duabelas keberadaan aku kat rumah tiada (macam pening) tapi tak ada lah pula aku nangis nak balik . awak kan dah besar ! Haha
Awak Dah Besar !
pada tahun ni juga aku dah delete beday aku dalam pesbuk, maka yang wish aku pun orang yang tahu saja . terima kasih la kepada sesiapa yang wish tu, aku pun tak pernah wish time beday korang . minta-2 jangan la korang mengharap sebab aku pun tak pernah mengharap di wish . awak kan dah kerja ! Haha tapi kalau korang berharap nak di wish kan, pm aku tarikh lahir kau . nanti aku simpan dalam kalendar . kalau aku hafal pun, nanti dah sampai tarikh dah lupa balik xD

permulaan umur 19 ni agak baik . diberi pengisian mendengar bacaan kitab muwatto' Imam Malik, kalau buka balik entry awal tahun dulu aku pernah cerita yang aku dengar separuh saja . kalau berkesempatan waktu, moh le kita sama-2 hadir ke majlis pengkhataman di masjid wpkl pada 4/1

aku rasa macam dah tak sempat aku nak buat entry tahun baru . kalau sempat aku tulis kalau tak sempat terlebih dulu aku mengucapkan selamat Turun dan selamat naik ke rumah ! Haha . ada orang kata tak boleh sambut tahun baru, atas alasan apa aku tak tahu . jadi aku hanya mengucapkan selamat kepada sesiapa yang nak Turun tahun depan :p

banyak sungguh hiburan tahun 2013 dan yang lagi sedih, banyak juga yang aku dapat kejar !

17 Nov 2013

AdaDiRembau

Testing satuduatiga Testing onetwothree

Seperti yang dah dibicara entry lepas, aku berpraktikum di Rembau . dah masuk 3 minggu keberadaan aku disana .

aku berpraktikal di sebuah sekolah under As-Sofa yang namanya STIAS, atau nama panjang Sekolah Tinggi Islam As-Sofa . Sekolah ni aku dah pernah pergi time ada majlis dulu, tapi itu tahun lepas punya cerita . sekarang aku pergi, banyak perubahan dan ada juga yang tak reti nak berubah .

time aku redah kesana, aku pakai Blackberry map yang memang taknak bergerak, aku kena gerakkan sendiri . agak susah tak tahu jalan . tambahan pula, bila dah masuk kawasan hutan tu terus tak dapat line tepun . Maka tawakkal saja aku masa tu

aku sebenarnya tulis entry ni semalam . lepas tu tertidur, sekarang aku dah hilang inovasi nak menulis . jadi aku berenti di sini . semalam aku balik Seri Petaling, kejap lagi nak balik Ghombau . jadi tak sempat aku untuk mencipta karangan xD

iklan : http://paidviewpoint.com/?r=3v6u7k

24 Okt 2013

Raya Haji '13

`1234567890-=qwertyuiop[]\asdfghjkl;'zxcvbnm,./

saja nak test keyboard takut ada yang dah rosak ! Haha

kalau nak ikut dah lama aku tak update blog . tapi kalau suatu hari nanti aku baca balik, rasanya tak ada lah lama sangat ! Haha
sebenarnya charger laptop aku rosak bulan lepas . lepas tu aku malas nak beli sebab dah dekat Final Sem4 masa tu . jadi habis final aku terus bergegas cari charger . agak mahal ! tapi zaman sekarang semua barang mahal

DumDumTess ! Akhirnya habis Sem4 . dia tak sama macam sem3 sebab terlalu lama dan aku rasa result pun "atah taro" kelate panggil . Sem4 ni aku banyak habiskan masa dengan Fuad Ibrahim dan selebihnya aku pun dah tak ingat ! Haha

Habis Sem maka datang lah cuti mengekori . aku cuti dari Raya Haji sampai habis bulan 10 . aku pun dah tak berapa nak reti kira berapa minggu . lama sangat tinggal Math ! Haha

Bulan Sebelas ni akan ku campakkan diri aku masuk ke dalam hutan sambil nanyi lagu Waris . Rembau Most Wanted Yaww . aku akan ber praktikal disana dan dah ramai yang cakap sana kosong, ladang kelapa sawit dan hutan . aku pun takpe lah, dah jenuh hari-2 ngadap jam . hirup udara segar 4 bulan :8) tengah hirup udara
Belajar Bahasa Nogori

Raya Haji tahun ni aku beraya dengan Jepah . dah macam program 3 hari 2 malam . mula pergi beraya di Ampang dengan hajat nak tengok lembu tumbang . dah berejam menunggu tak tumbang-2, balik Seri Petaling . makan dekat rumah ! Haha lepas tu pergi kemas rumah Alam Sutera . balik rumah sewa Jepah, tidur . dah tak macam Raya rasanya !

ini kali ke dua Raya Haji di KL . patut la orang kata raya kat bandar ni bosan, lagi-2 kampung aku Kelantan . lagi meriah Raya Haji nya . minta-2 lepas ni aku tak kena kerja time Raya, lagi teruk rasa nya . sanggup aku berenti kerja sebab Raya

minggu kedua ni habiskan masa kat rumah . dah bosan duduk buat menda sama . tapi bila pikir balik pasal praktikal, hilang rasa bosan tu ! Haha . Sambung layan kartun dulu, rasanya habis satu cerita minggu ni ! Haha

21 Ogo 2013

Gold Coast, Aussie

today, i would like to write about my trip to Gold Coast, Australia :)

baru pergi empatlima hari dah baget spekang OmPutehs . padahal dekat sana tak pernah cakap pun ! Haha

seperti yang dinyatakan dalam entry lepas, kami pergi ke Gold Coast untuk beli baju raya because beraya dengan kangaroo is too mainstream xD

kitowang pergi sana hari Isnin balik hari Sabtu . kira sendiri la berapa hari . mula-2 sampai tu terus bergegas ke Sea World sebab sampai sana pukul 7pagi selasa . tidur dah 8jam dalam flight, so the journey begin !
Singgah letak beg sebentar (PEACE)


dekat SeaWorld tengok benda yang dah pernah di bawa ke Malaysia, such as Dolphin Show tapi tetap tak mengecewakan walaupun agak ngantuk tengok SeaLion ! Haha . selain dari dua tu BEST (Y) !




hari ke-2 pergi ke Dreamworld . GEMPAK! thats it

kat sana ada Kangaroo tapi tak sempat nak jumpa . kan dah cakap, beraya dengan Kangaroo is too mainstream ! Haha

3rd day, MovieWorld . Terboek (Y)

gelaran Superman dirampas seorang demi seorang ! Haha

Why So Serious . Pink and Proud ! Haha

malamnya berjalan mencari makan di Surfers Paradise . sauk baju Kedai Batu Keras sehelai :)

Hari keEmpat, pagi pergi tempat shopping di outlet apatahkenamanya . aku tak beli apa-2 sebab nak beli mainan . lepas habis shopping singgah MovieWorld kejap sebab nak beli mainan aku ! Haha . lepas tu pergi ke DreamWorld untuk habiskan mana yang tak sempat dan mengucap selamat tinggal pada Kangaroo
aku ingat binatang ni berlompat je kerjanya . rupanya jalan macam kambing juga, time nak laju baru lompat

malam packing-2 lepas subuh gerak . datang beg ringan balik pun ringan juga . untuk berlaku adil, aku tak beli ole-2 for nobody but me ! Haha

Pengembaraan kali ni memang syok habis . suasana negara diorang sama macam cerita OmPuteh dalam tv . diorang cakap pun polite . dah la pergi time winter ! Haha . Enjoy sakan

yang kurang menyeronokkannya macam biasa . 1) Barang Mahal . 2) Jamban takda air
orang tengah sejuk, jamban pulak takda air . Spoil !

ada lagi tempat yang aku pergi, tapi taknak cerita sini sebab jamban dia takda air ! Haha . papehal pun, Aussie is the Best !
 our sponsor is my daddy . baca balik ayat tadi dengan nada Pee Mak xD

We All Are Super Heroes . except for Joker xD

12 Ogo 2013

Raya '13

Solomat Hari Raya . rasanya tak terlambat lagi kot xD

Aku maafkan salah silap kalian because maaf zahir dan batin is too mainstream ! Haha
raya tahun ni agak menarik, pergi melawat ke rumah-2 yang banyak nostalgia yakni rumah-rumah yang dah agak lama tak pergi . dan sebelum balik Kelantan, kitorang singgah Terengganu dulu 2 malam .

kitorang pergi ganu tujuan asalnya nak hantar Umi jumpa toksyeikh, alang-2 tu pergi merayap . aku excited la jugak sikit-2 sebab tak pernah pergi . adik beradik yang lain dah pernah pergi .
mula-2 sampai tu agak sesat nak mencari tempat Murobbi kepada Umi, waris kepada Tok Ku Pulau Manis . lepas jumpa, timggal Umi situ kitorang teruskan perjalanan mencari homestay di Kampung Losong .

sesampai rumah yang cukup ruang untuk tidur dah sampai masa untuk berbuka . aku ma'a Amnan adik aku yang tak pernah mention mencari topup dan survey bazaar . punya la susah nak cakap ganu . aku cakap kelate pun diorang tak paham . nak beli topup pun susah ! Haha
malamnya terawih di Masjid Kristal yang gah di luar biasa-2 di dalam . lepas tu moreh bawah flyover kg. Losong. esoknya pergi muzium tak habis pusing dan terawih di masjid terapung . esoknya pergi ambik Umi dan bertolak ke Kelate .
aku nak cerita panjang macam bosan lak . skip sampai raya ! Haha

lepas solat raya di kg. Alor Pasir yang mana tak muat kapasiti tawaf rumah-2 sekeliling masjid macam tahun-2 sebelum ni tapi yang lainnya tahun ni, rumah depan masjid tak semena-menanya ramai orang siap pasang khemah . tahun sebelum-2 ni rumah tu milik TMB, lepas PRU13 dah jadi rumah MB . maka ramai lah orang datang mencapap !

lepas zohor pergi ke arah KB, rumah sedara mara yang lari dari kampung masa pemerintahan Jepun xD esoknya pergi ke kampung Abah pulop . satu rumah je pergi hari tu di Pasir Mas sebab jammed nya yang agak melampau . duit-2 terkumpul hasil janggut sejemput dan 'penyeri muka' dapat lebih kurang rm58

keesokannya sambung lagi ke rumah yang tak sempat sambil bertolak ke KL slow-2 . aku menjadi pilot dari Gua Musang sampai ke Bentong dengan kereta yang cermin tepi pecah kena lastik . selama 3 hari beraya, satu gambar pun tak berjaya di pukul/tangkap ! Haha

24 Jul 2013

They See Me Rolling

aku tak faham sebenarnya apa maksud 'They see me rolling they hating' tapi macam menarik ! Haha
aku nak pakai "Rolling" tu sebenarnya . seperti yang kita dah muak mendengar 'hidup ibarat roda, sekejap di atas sekejap dibawah' . tapi pernah tak kita fikir, roda pun ada pertengahan . kenapa dari atas terus ke bawah, tak ada pertengahan ?

sebabnya, sewaktu kita di bawah, kita dalam keadaan sedar . menangis,melalak,menggelupur, semua ada . tapi bila kita mula menaik/upgrade diri, kita tak alami semua itu, secara tak langsungnya kita tak sedar . sesampai kita di atas, yang paling top, mula bersenang-senang/berjinak-jinak dengan dunia . dan BAMM! kena 'jentik' sikit, terus menjunam dalam lubang .
kita sepatutnya bersyukur diuji, tujuannya supaya kita tidak leka . bersyukur sebab masih diberi peluang/petunjuk untuk kembali . ini tidak, baru kena sikit kita dah melalak tak tentu pasal . bukan kitalah, aku ! salah penggunaan kata ganti diri . aku tahu korang dah sedar, tak macam aku :)
"Ujian dan Dugaan tak ubah seperti daki pada kulit . Hari ini kita mandi, kita cuci dan kita sabun, besok dah berdaki balik"
minggu lepas aku dapat banyak khabar gumbira . aku taknak riak tapi disebabkan ini blog aku, aku nak cerita juga ! Haha
1. berita nak pindah rumah
2. beraya di Gold Coast
3. kereta sudah di Booking \o/ .
excited gila aku tunggu Saga SV sampai depan rumah baru lepas beraya di Australia ! Haha

tapi pada minggu yang sama, sekelip mata Allah kasi Ujian . habis semua kegembiraan dilupakan sekelip mata . itulah yang di mumble tadi . hati manusia ni kena sikit dah memberontak . lepas tu baru nak fikir hikmatnya . sepatutnya ketika kena itu dah bersabar . aku pun manusia, so aku pun terjebak dengannya :'(
"Apa yang terjadi akan terjadi, yang penting kita selalu jalankan zikir bagi mencuci hati"
setiap perkara yang ditarik dari kita, pasti akan ada gantinya (dari Allah) . Allah tak akan menguji seseorang itu jika dia tak boleh nak lawan ujian tersebut . dalam al-Quran banyak kali disebut al-U'sri wa al-Usra (Kegembiraan & Kesusahan) . setiap dalam kesusahan pasti ada kesenangan .

Jadi kita bersangka baik dengan Allah (Hunsnu al-dZanu bilLLAH) . semoga hidup sentiasa bersyukur dan ceria selalu xD

18 Jul 2013

Siapa Rahmat ?

Salam Ramadhan :)

sudah hampir tamat 10 hari Ramadhan yang pertama . Alhamdulillah kita masih lagi dipertemukan dengan bulan yang penuh barakah . moga-moga banyak amalan sudah berjaya dibolot . jangan jadi macam aku yang masih tak sedar-sedar, lena atas katil !

banyak juga masjid aku pergi berterawih selama seminggu ni . Menarik ! dapat lihat keadaan masjid di tempat orang . terawih kat koleh belum lagi ! Haha masjid yang terbaik setakat ni, Masjid Negeri, Shah Alam . tak sangka begitu ramai sekali orang berjaya habiskan 20 rakaat . Terbaik pemimpin Shah Alam !
sebelum aku solat di Masjid Shah Alam, pergi dekat padang sebelah masjid tu . first time aku tengok orang buka puasa picnic . dan yang paling best, ada tazkirah . hebat betul cara dakwah mereka .

aku datang dah agak lewat, so dapat kongsi apa yang aku dengar dan faham je lah .

Ustaz cakap hidup kita kenalah hidup yang berkat . melakukan perkara yang berkat . makan dari sumber yang berkat . hidup kita semua datang dari Allah, maka berkat juga datang dari Allah . kita hanya akan peroleh berkat melalui rahmat Allah . 

Ustaz tanya, siapa rahmat Allah ?
= "Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam." (Al-Anbiyaa' 21:107)

Ustaz tanya lagi, macamana nak peroleh rahmat ?
= dengan mencintai rahmat itu sendiri iaitu Nabi Muhammad . sedangkan Allah mencintai Rasulnya, siapa kita tak nak cinta Rasulullah !

Ustaz tanya lagi, banyak mana kita cinta/rindu Rasulullah ?
= jawapan ini kena tanya diri sendiri . hidup kita, kita tahulah sebanyak mana amal kita . baik buruknya .
lastly Ustaz tu suruh pergi belajar ilmu Feqah dan Tasawwuf, dan berdoa agar dipercepatkan berjumpa dengan guru pembimbing hati .

aku tersenyum sendiri dengar ayat "guru pembimbing hati" atau digelar Murobbi . walaupun aku bergelar student As-Sofa, tapi amal aku amat jauh dengan mereka yang benar-benar follow As-Sofa . aku tidak layak menjadi khadam ilmu, aku lebih kepada Budak terlebih Tidur .
 As-Sofa sudah mempunyai Murobbi, seorang Syeikh yang amat hebat ilmunya . tapi aku tak gunakan sepenuhnya peluang yang diberikan . aku pun tak tahu apa nak jadi dengan aku :'(

Moga kita mendapat hidup yang diberkati dan dirahmati Allah .
Moga kita sentiasa mengingati Rasulullah dan mendapat Syafaatnya .
Moga kita dipertemukan Murobbi .
Moga kita terjaga dari tidur yang lena :)

1 Jul 2013

Passion


tinggal sehari untuk bulan Jun 2013 melabuhkan tirai
sembilan hari sebelum Ramadhan
sudah dua minggu pembelajaran Sem4
cepatnya masa 'berlari' !

tapi bukan itu yang nak dicerita.

entry sebelum ni aku ada cakap tiada semangat/azam baru untuk semester ni . Yup, semakin menjadi-2 gamaknya !

setiap pagi aku akan mencari semangat untuk ke kelas . memikirkan kenapa aku perlu ke kelas hari ini . Hampa ... aku tiada reason yang kukuh untuk berganjak dari katil
dalam benak fikiran aku, aku perlukan Passion . yakni, satu dorongan dan galakan untuk aku beraktiviti .

semua orang ada passion nya tersendiri . ada yang baik, ada yang 'nakal' . sekurang-2 nya mereka ada passion .

kadang terfikir juga, kenapa baru sekarang . kenapa baru sem ni aku 'lemau' . Sem-2 sebelum ni ok saja . walau ada juga 'terskip' kelas sampai dapat surat . tapi masih ada semangat untuk ke kelas keesokannya .

aku rasa mungkin kerana 'jiwa' aku tiada disini . aku boleh kata begini sebab semasa cuti aku membaca "Bagaimana Mahu Jadi Jutawan" bukannya Sirah-2 Nabi . bila orang bertanya, "keluar ni jadi ustaz la ?" jawapan aku tak, sekadar belajar ambil ilmu .

TIPU, kalau belajar nak ilmu mestilah aku ke pondok, bukannya tempat mengeluarkan sijil !

perasaan yang aku sedang alami ni sama seperti masa mahu ambil SPM, sambil lewa .
selepas solat Jumaat di Seri Petaling, yang mana aku tak ke kelas hari tu . aku pergi mencari tiket untuk Final Piala FA . dan aktiviti ini amat tinggi passion nya . iaitu semangat nak tengok TRW baham JDT secara Live . sampai duatiga kali turun naik stadium . tapi tiada rezeki, tiket sudah habis.

disebabkan tiada tiket, aku follow Umi ke Majlis Ilmu . Majlis Cinta Rasul . yang mana tiada niat di hati nak bergerak kesana . tapi Allah Maha Kaya sudah merancang semuanya . aku jumpa jawapan . aku berjumpa dengan Passion . Alhamdulillah
aku silap sebetulnya . aku mencari Passion sedangkan Passion itu telah lama ada dalam seorang Muslim . aku tulis muslim, bukan mukmin atau sebagainya . kerana walaupun kita (muslim) sebagai pelaku dosa, kita masih ada kesempatan untuk bertaubat selagi masih hidup.

disana aku belajar "Melakukan apa saja perkara kerana Allah, melalui kekasihnya Rasulullah" . mungkin aku pernah dengar sebelum ini, tapi disebabkan selalu lalai, maka hati berpenyakit !

itulah Passion yang hakiki sebenarnya . kalau sebelum ini passion kita adalah kerana kawan, kawan akan pergi . atau kerana 'crush', dia juga akan pergi . atau kerana sijil, sijil tak akan dibawa .

Mari kita sama-sama betulkan balik niat kita belajar atau apa saja aktiviti kita, bukan kerana diri, bukan kerana parent tetapi kerana Allah.
Mungkin aku tidak layak mengatakannya kerana aku adalah pelaku dosa . tapi aku cuba untuk mengubah diri . sekiranya nampak aku terleka, kejutkan lah !