seperti mana yang kita tahu, Maulidul Rasul ni suatu majlis dimana kita mengingati perisitiwa kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. kelahiran RasuluLLAH adalah kelahiran Rahmat, kelahiran Ilmu, Kelahiran Hikmah dan kelahiran yang terlampau banyak untuk ditulis kan dah cakap sukar untuk ditulis
tahun ini aku menyambut Maulidul Rasul bersama-2 student Kolej Islam As-Sofa dan al-Musnid Dato' Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki . Ini adalah satu kelainan yang amat bernilai . aku bersyukur kerana terpilih untuk bersama-2 ahli ilmu dalam suatu majlis yang penting .
semasa awal bulan RabiulAwal, student kolej disuruh untuk membaca/mendengar dan mengkhatamkan kitab Syamail Muhammadiniah sebelum 12 RabiulAwal dihadapan wakil-2 Syeikh yang sudah mempunyai Ijazah . aku bukan student asrama, jadi aku tak baca pun kitab tu . sungguh rugi !
sesudah dikhatamkan kitab tersebut pada malam itu, Syeikh berucap sebelum kami menghidupkan lagi majlis tersebut dengan membaca/mendengar hadith yakni Kalam Nabi dalam Kitab al-Muwatta' Imam Malik. pembacaan kitab ini masih diteruskan sehingga esok, malangnya aku tidak terpilih untuk meneruskannya. aku pulang awal ! bodohnya diri ini terlalu cintakan dunia . siapa yang baca entry ni pada hari dipostkan, majlis pengkhataman pada malam ini
aku balik, macam biasa diperli oleh Umi, "besar sungguh kijoe anak jate umi ni, sapa ko majlis maulud xleh gi !" -.-" kalau tak faham tu buat-2 faham .
pastu Sabtu lepas, aku pergilah majlis maulud di Masjid Shah Alam pulak bersama Habib Ali Zainal Abidin . majlis ni untuk orang awam, jadi sekejap je lah .
dekat situ aku terjumpa student As-Sofa ! Haha kantoi diorang pun tak pergi dengar Kitab Muwatta' dan yang paling best, aku jumpa Muhammad Dungun . serious tak sangka boleh jumpa kat sana . lama gila kot tak jumpa dia . dia ni kira kawan rapat la dekat MHK dulu . satu geng lah dengan Iqbal yang sebelum ni aku ada mention Mat ni la yang kenalkan aku dengan dunia Muzik ! Haha itu cerita dulu
Mat sekarang dah berubah, lebih tinggi dan berjanggut gitu ! Haha korang visitlah Blog Mat nih tapi dia dah lama tak update. madmatmod
lepas jumpa Mat, tu adik aku cakap "sain-2 awak semua tinggi-2, awak sore jah hok terbantut" -.-"
tinggi-2 nak pergi mana ? Haha
aku pakai camera henset . so macam nilah gambarnya
al-Musnid Dato Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki |
aku yang sudah tiada rambut ! Haha |
Masjid Shah Alam dah penuh kat dalam :'( |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan