24 Apr 2013

Kuasa Penjaga

Power Rangers kalau di google translate akan menjadi kuasa penjaga. iaitu nama yang diberikan kepada geng kami sewaktu Sem1 dulu. mungkin cerita ini tak best bagi korang tapi amat bermakna bagi aku. mungkin penulisan kali ini ditujukan kepada ahli geng

tidaklah tahu bagaimana tertubuhnya sebuah geng pada mulanya, kami cuma beberapa pelajar baru masuk kolej duduk dalam satu bilik dan satu kepala xD

Detik Pertemuan
mula-2 aku diletakkan dalam dorm tu, sunyi sepi tak ada orang. mungkin dorm ni masih tidak berpenghuni, pada pemikiran aku. lepas dah solat Asar, ada seorang brother ni tanya, "mana Din ngan Pet". aku pun macam buat muka tak tahu "tak tahu, tadi naik tak ada orang lagi". tengah aku mandi, terdengar riuh rendah. diorang ni dah lama kenal ke? siap ada nama gelaran lagi, fikir aku lagi.

usai mandi, aku balik ke katil. nampaklah 4 orang tengah siap nak mandi. Din, Pet, Mal dan Muaz.
pada malam hari, Mirul sampai. aku kenal dia dalam Jamban ! Haha
sebelah katil aku ada seorang, namanya Thariq . dia belajar situ sekejap je.
minggu depan masuk Burn,Sanie dan Ferd. masing-masing dengan cara masing-masing.
Burn bila orang tanya nama, dia suruh panggil Burn pastu gelak-gelak ! Haha tak faham
Sanie baru datang esoknya dah gerak balik, tinggalkan sekaton 'makanan' ! Haha

Projek Pertama
mula-mula kenal dah boleh masuk air, dan minggu pertama atau kedua tak ingat dah mula buat perangai ! Haha . kitorang main hantu pergi kacau orang tengah-tengah malam . orang pertama menjadi sasaran, Nabeel !
dia ni macam kasar sikit perangainya, mungkin sebab terpengaruh dengan orang Arab . dia duduk mesir dah banyak tahun . sebab tu dia jadi target kitorang malam tu xD
aku ikut separuh jalan je, pastu patah balik . so aku tak tahu cerita dia, tapi lepas tu, diorang masuk balik dorm sekali ngan Nabeel, tergelak-gelak . sejak tu kitorang rapat ngan Nabeel.
mangsa seterusnya Habib tapi malas nak cerita ! Haha

Kami Sekawan
baru duduk beberapa minggu, orang dah cop kitorang satu geng . plan maker kitorang Ekmal, kalau dia tak ada tak jalan projek . sponsor utama Sanie dan Burn, kalau belanja, diorang selalu keluar duit lebih . pengangkutan Nabeel, macam-macam kereta bawa, semua dapat 'jasa' . yang lain semua jadi pelakon utama ! Haha

Aktiviti
banyak sangat aktiviti kitorang buat sama-sama . yang paling Gah ! bila semua pergi Klang makan kenduri, buat muka comel pakai baju sopan . orang bagi duit :) pergi makan sekali lagi kat Restoran Cinta Sayang, orang dah bagi duit terpaksalah guna ! Haha . kereta besar minyak penuh, melawat MakCik Mona kat section 12 . Ferd masuk longkang paling takleh blah ! Haha . kitorang merayap satu Shah Alam, subuh kat Masjid Negeri . balik asrama, esoknya jalan lagi tapi bukan semua, ada yang balik rumah . pergi melawat sekali lagi sebab nak snap picture dan banyak lagi benda mengarut lain . berlansung 2 malam .
time raya, dorm kitorang saja yang pasang lampu raya dan lagu . Mirul bawa nasi impit dan rendang . Pet,Din,Sanie dan Burn bawa kuih . aqiqah malam tu ramai-2 . lepas tu main mercun, mula-mula kenakan orang 'dalam jamban' lepas tu, semua serang Pet . sampai naik atas syiling . Burn nak tolong turunkan Pet tiba-tiba kena ludah setepek atas muka xD . Dorm korang ada macam tu ? nada nganjing ! Haha
Masalah
tersangat banyak masalah yang timbul, satu persatu . yang paling tak faham, motor Ferd setiap kali datang Ampang mesti rosak ! Haha . kebanyakan dari kitorang dapat surat cinta dari kolej, duit niaga ayam tak dapat, jadi muka blacklist dan macam-macam lagi .
masalah gaduh pun ada, tidaklah sampai bertumbuk . biasalah, sedangkan lidah tergigit . gaduh tu yang boleh buat kenangan .

Perkumpulan TerAkhir
kitorang last kali kumpul ramai-ramai pergi melawat Burn sakit di Hospital . tapi masa tu pun bukan semua orang ada . Sanie dan Ferd dah gerak belajar tempat lain . lepas lawat burn, dah tak berkumpul buat projek . Aku ngan Mirul duduk rumah, susah nak ikut . lepas tu sorang-sorang gerak dari Kolej . masa tu terasa kelainan dan kesunyian .
Sekarang semua dah gerak dari kolej, tinggal aku bergerak solo . Nabeel study situ lagi tapi tengah injured .
terpaksa tangguh Sem . tiada lagi istilah Power Rangers akan kedengaran di Kolej . berakhirnya sebuah geng tanpa pelapis .

Dikesempatan ini, aku nak minta halal kan lah semua . Maafkan aku kalau ada kesilapan . Harap-harap kita masih berhubung dan dapat buat projek lagi xD
ada yang rapat dengan Power Rangers tapi aku tak sebut . sebab pada pandangan aku, kau dah ada geng dan kisah korang sendiri . sorry to say


14 Apr 2013

Pembikinan Video

Pada semester ni, Ustazah suruh sediakan video untuk pembentangan . aku pada mulanya macam excited, sampai di hari Pembikinan Video .

aku agak stress ketika dalam proses pembikinan video ni . aku tak reti edit-2 bagai . terpaksalah ku mencari idea untuk buat video menjadi kreatif dan inovatif walaupun tak kreatif sebenarnya ! Haha

sesi rakaman pada hari khamis 11/4 di rumah Fuad pemain seruling . pada pemikiran aku, kalau bercerita sambil belakon senang . tak banyak yang perlu di edit . tapi disebabkan mengikut sistem syura, terpaksa aku rendahkan ego ! Haha

jadi sesi lakonan tu, aku cuba untuk buat kartun di tablet dan tranfer ke laptop . malangnya, kejadah tu segan nak join video aku ! Haha . aku terpaksa mencari alternative lain . yang mana amat menyusahkan

setelah terkebil-kebil di Google, terjumpalah beberapa screen records . antaranya CamStudio, EzVid, dan Microsoft Expression Encoder 4 . banyak lagi aku jumpa, tapi ada yang kena bayar, yang lembab, yang trial . akhirnya yang stay dalam laptop ni, Encoder 4 tu search je kat google kalau nak download .


setelah mengamati dunia Youtube pula, baru aku jumpa screen records yang percuma, tak complicated, dan yang paling penting, tak kena download pun . caranya, type ''PSR'' kat dalam balang search tu . tekan dan mulakan recording . kenapa aku tak jumpa awal-2 tadi ? Haha . ikut jalan jauh, dapat pengalaman lebih sikit :)

lepas tu, aku jumpa board untuk melukis lak . mrdoob . simple gila dan kalau korang buka . mula-2 macam pelik . kenapa kosong je ? sebenarnya tu lah drawing board ! Haha . dia just ada jenis mata pen, kaler mata pen, dan clear . itu je yang aku perlu . tapi agak kekok, recording aku lukis kat paint je ! Haha

lukisan aku tak lawa langsung . memang kena gelak kalau masuk dalam presentation . tapi itu point dia, supaya orang tengok dan tak tidur . gelak pun gelak lah :)

ni video yang aku lukis . video full aku akan upload lepas dah presentation . nanti tak surprise !
penceritaan dalam video ni kurang faham ? nantikan video yang akan datang :)

8 Apr 2013

penyakit

penyakit ni bila aku bertanya kepada makcik Wiki . dia kata 
"Keadaan tidak normal pada badan atau minda yang menyebabkan Ketidakselesaan dan Tekanan kepada orang terbabit atau berhubung rapat dengan nya"
aku mempunyai sejenis penyakit . aku simpan sendiri tanda pengetahuan orang lain sehingga saat ni . penyakit ni terlalu peribadi tapi aku rasa ada saja yang mengetahui penyakit aku ni . kalau kau tergolong dalam ketogeri yang mengetahui, stop jugging peoples ! Haha
bukanlah penyakit ini berpunca dari kuman atau bakteria mahupun virus . bukan juga disebabkan oleh kegagalan organ berfungsi . tapi kerana segumpal daging yang di naik taraf menjadi ketua kepada badan !
"...Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak,  maka rosaklah seluruh jasad . Ketahuilah ia adalah hati.
Hadis sahih riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim"
 di sawah padi yang penuh lecak pada tengah malam . berdiri beberapa makhluk bersama lampu suluh masing-masing hasil pemberian orang ramai . kegunaannya untuk mencari jalan keluar .

tidak dimanfaatkan pemberian itu . bukan tidak tahu menggunakan lampu tersebut tapi suka berkedudukan sedemikian . Kegelapan dan Busuk !

berdiri seorang remaja yang baru hendak mengenal dunia . berdiri sendiri, tiada yang menghalang untuk keluar . tapi tidak berganjak, dimain-mainkan pula lampu suluhnya . seolah-olah menyindir pemberian orang .
Tembak tak kena , cerita banyak tak guna !
begitu kuat kejatuhan aku kali ni . tak sempat nak bangun, dihentak lagi oleh kejahilan diri . siapa yang nampak aku jauh tu, minta tegur dan mohon penjelasan sebelum judge ! Haha

tajuk tu aku tak letak penyakit hati sebab tiada satu pengisian pun dalam entry ni . sekadar renungan untuk aku pada hari tua . kalau ada random & not-so-random readers yang tertekan ke entry ni nak cari tentang penyakit hati ada kat link ni .

cerita ni bersambung dari episode sebelum ni . pernah aku kata aku langgar pantang larang pada akhir bulan 2 awal bulan 3 . sekarang pertengahan bulan 4 , masih tiada sebarang perubahan . semakin merebak adalah !

perkara ni berlaku mungkin disebabkan aku dah lama tak ke 'klinik' secara istiqamah . pergi pun hanya sekadar menemankan umi . tu pun jarang-jarang . bagus aku ni :'(

aku ada juga ter-miss kelas . maaflah, aku sedang berperang . tidak disengajakan . ini bukan satu alasan tapi pencerahan kepada sesiapa yang ter-judge :)