aku agak stress ketika dalam proses pembikinan video ni . aku tak reti edit-2 bagai . terpaksalah ku mencari idea untuk buat video menjadi kreatif dan inovatif
sesi rakaman pada hari khamis 11/4 di rumah Fuad
jadi sesi lakonan tu, aku cuba untuk buat kartun di tablet dan tranfer ke laptop . malangnya, kejadah tu segan nak join video aku ! Haha . aku terpaksa mencari alternative lain . yang mana amat menyusahkan
setelah terkebil-kebil di Google, terjumpalah beberapa screen records . antaranya CamStudio, EzVid, dan Microsoft Expression Encoder 4 . banyak lagi aku jumpa, tapi ada yang kena bayar, yang lembab, yang trial . akhirnya yang stay dalam laptop ni, Encoder 4 tu
setelah mengamati dunia Youtube pula, baru aku jumpa screen records yang percuma, tak complicated, dan yang paling penting, tak kena download pun . caranya, type ''PSR'' kat dalam balang search tu . tekan dan mulakan recording . kenapa aku tak jumpa awal-2 tadi ? Haha . ikut jalan jauh, dapat pengalaman lebih sikit :)
lepas tu, aku jumpa board untuk melukis lak . mrdoob . simple gila dan kalau korang buka . mula-2 macam pelik . kenapa kosong je ? sebenarnya tu lah drawing board ! Haha . dia just ada jenis mata pen, kaler mata pen, dan clear . itu je yang aku perlu . tapi agak kekok, recording aku lukis kat paint je ! Haha
lukisan aku tak lawa langsung . memang kena gelak kalau masuk dalam presentation . tapi itu point dia, supaya orang tengok dan tak tidur . gelak pun gelak lah :)
ni video yang aku lukis . video full aku akan upload lepas dah presentation . nanti tak surprise !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan