24 Apr 2013

Kuasa Penjaga

Power Rangers kalau di google translate akan menjadi kuasa penjaga. iaitu nama yang diberikan kepada geng kami sewaktu Sem1 dulu. mungkin cerita ini tak best bagi korang tapi amat bermakna bagi aku. mungkin penulisan kali ini ditujukan kepada ahli geng

tidaklah tahu bagaimana tertubuhnya sebuah geng pada mulanya, kami cuma beberapa pelajar baru masuk kolej duduk dalam satu bilik dan satu kepala xD

Detik Pertemuan
mula-2 aku diletakkan dalam dorm tu, sunyi sepi tak ada orang. mungkin dorm ni masih tidak berpenghuni, pada pemikiran aku. lepas dah solat Asar, ada seorang brother ni tanya, "mana Din ngan Pet". aku pun macam buat muka tak tahu "tak tahu, tadi naik tak ada orang lagi". tengah aku mandi, terdengar riuh rendah. diorang ni dah lama kenal ke? siap ada nama gelaran lagi, fikir aku lagi.

usai mandi, aku balik ke katil. nampaklah 4 orang tengah siap nak mandi. Din, Pet, Mal dan Muaz.
pada malam hari, Mirul sampai. aku kenal dia dalam Jamban ! Haha
sebelah katil aku ada seorang, namanya Thariq . dia belajar situ sekejap je.
minggu depan masuk Burn,Sanie dan Ferd. masing-masing dengan cara masing-masing.
Burn bila orang tanya nama, dia suruh panggil Burn pastu gelak-gelak ! Haha tak faham
Sanie baru datang esoknya dah gerak balik, tinggalkan sekaton 'makanan' ! Haha

Projek Pertama
mula-mula kenal dah boleh masuk air, dan minggu pertama atau kedua tak ingat dah mula buat perangai ! Haha . kitorang main hantu pergi kacau orang tengah-tengah malam . orang pertama menjadi sasaran, Nabeel !
dia ni macam kasar sikit perangainya, mungkin sebab terpengaruh dengan orang Arab . dia duduk mesir dah banyak tahun . sebab tu dia jadi target kitorang malam tu xD
aku ikut separuh jalan je, pastu patah balik . so aku tak tahu cerita dia, tapi lepas tu, diorang masuk balik dorm sekali ngan Nabeel, tergelak-gelak . sejak tu kitorang rapat ngan Nabeel.
mangsa seterusnya Habib tapi malas nak cerita ! Haha

Kami Sekawan
baru duduk beberapa minggu, orang dah cop kitorang satu geng . plan maker kitorang Ekmal, kalau dia tak ada tak jalan projek . sponsor utama Sanie dan Burn, kalau belanja, diorang selalu keluar duit lebih . pengangkutan Nabeel, macam-macam kereta bawa, semua dapat 'jasa' . yang lain semua jadi pelakon utama ! Haha

Aktiviti
banyak sangat aktiviti kitorang buat sama-sama . yang paling Gah ! bila semua pergi Klang makan kenduri, buat muka comel pakai baju sopan . orang bagi duit :) pergi makan sekali lagi kat Restoran Cinta Sayang, orang dah bagi duit terpaksalah guna ! Haha . kereta besar minyak penuh, melawat MakCik Mona kat section 12 . Ferd masuk longkang paling takleh blah ! Haha . kitorang merayap satu Shah Alam, subuh kat Masjid Negeri . balik asrama, esoknya jalan lagi tapi bukan semua, ada yang balik rumah . pergi melawat sekali lagi sebab nak snap picture dan banyak lagi benda mengarut lain . berlansung 2 malam .
time raya, dorm kitorang saja yang pasang lampu raya dan lagu . Mirul bawa nasi impit dan rendang . Pet,Din,Sanie dan Burn bawa kuih . aqiqah malam tu ramai-2 . lepas tu main mercun, mula-mula kenakan orang 'dalam jamban' lepas tu, semua serang Pet . sampai naik atas syiling . Burn nak tolong turunkan Pet tiba-tiba kena ludah setepek atas muka xD . Dorm korang ada macam tu ? nada nganjing ! Haha
Masalah
tersangat banyak masalah yang timbul, satu persatu . yang paling tak faham, motor Ferd setiap kali datang Ampang mesti rosak ! Haha . kebanyakan dari kitorang dapat surat cinta dari kolej, duit niaga ayam tak dapat, jadi muka blacklist dan macam-macam lagi .
masalah gaduh pun ada, tidaklah sampai bertumbuk . biasalah, sedangkan lidah tergigit . gaduh tu yang boleh buat kenangan .

Perkumpulan TerAkhir
kitorang last kali kumpul ramai-ramai pergi melawat Burn sakit di Hospital . tapi masa tu pun bukan semua orang ada . Sanie dan Ferd dah gerak belajar tempat lain . lepas lawat burn, dah tak berkumpul buat projek . Aku ngan Mirul duduk rumah, susah nak ikut . lepas tu sorang-sorang gerak dari Kolej . masa tu terasa kelainan dan kesunyian .
Sekarang semua dah gerak dari kolej, tinggal aku bergerak solo . Nabeel study situ lagi tapi tengah injured .
terpaksa tangguh Sem . tiada lagi istilah Power Rangers akan kedengaran di Kolej . berakhirnya sebuah geng tanpa pelapis .

Dikesempatan ini, aku nak minta halal kan lah semua . Maafkan aku kalau ada kesilapan . Harap-harap kita masih berhubung dan dapat buat projek lagi xD
ada yang rapat dengan Power Rangers tapi aku tak sebut . sebab pada pandangan aku, kau dah ada geng dan kisah korang sendiri . sorry to say


Tiada ulasan:

Catat Ulasan