"Keadaan tidak normal pada badan atau minda yang menyebabkan Ketidakselesaan dan Tekanan kepada orang terbabit atau berhubung rapat dengan nya"aku mempunyai sejenis penyakit . aku simpan sendiri tanda pengetahuan orang lain sehingga saat ni . penyakit ni terlalu peribadi tapi aku rasa ada saja yang mengetahui penyakit aku ni . kalau kau tergolong dalam ketogeri yang mengetahui, stop jugging peoples ! Haha
bukanlah penyakit ini berpunca dari kuman atau bakteria mahupun virus . bukan juga disebabkan oleh kegagalan organ berfungsi . tapi kerana segumpal daging yang di naik taraf menjadi ketua kepada badan !
"...Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad . Ketahuilah ia adalah hati.
Hadis sahih riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim"di sawah padi yang penuh lecak pada tengah malam . berdiri beberapa makhluk bersama lampu suluh masing-masing hasil pemberian orang ramai . kegunaannya untuk mencari jalan keluar .
tidak dimanfaatkan pemberian itu . bukan tidak tahu menggunakan lampu tersebut tapi suka berkedudukan sedemikian . Kegelapan dan Busuk !
berdiri seorang remaja yang baru hendak mengenal dunia . berdiri sendiri, tiada yang menghalang untuk keluar . tapi tidak berganjak, dimain-mainkan pula lampu suluhnya . seolah-olah menyindir pemberian orang .
Tembak tak kena , cerita banyak tak guna ! |
tajuk tu aku tak letak penyakit hati sebab tiada satu pengisian pun dalam entry ni . sekadar renungan untuk aku pada hari tua . kalau ada random & not-so-random readers yang tertekan ke entry ni nak cari tentang penyakit hati ada kat link ni .
cerita ni bersambung dari episode sebelum ni . pernah aku kata aku langgar pantang larang pada akhir bulan 2 awal bulan 3 . sekarang pertengahan bulan 4 , masih tiada sebarang perubahan . semakin merebak adalah !
perkara ni berlaku mungkin disebabkan aku dah lama tak ke 'klinik' secara istiqamah . pergi pun hanya sekadar menemankan umi . tu pun jarang-jarang . bagus aku ni :'(
aku ada juga ter-miss kelas . maaflah, aku sedang berperang . tidak disengajakan . ini bukan satu alasan tapi pencerahan kepada sesiapa yang ter-judge :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan