21 Mac 2013

It's Getting Serious !

It's getting serious
maka minggu ini bermulalah Semester yang ke 3 . permulaan yang agak baik . nampak perbezaan sistem pentadbiran Kolej yang lebih teratur . sesi pendaftaran diri dan perjumpaan Geng Power Rangers ! Haha

masa hari pendaftaran tu, ada sekali kaunter untuk Kelab . aku pun macam "HAHA, tak berjalan punya . sama macam sem lepas !" kejam gila ! Haha

aku pilih Kelab Al-Quran . pada mulanya, pilih kelab tu sebab MALAS nak terlibat dengan aktiviti yang kepelikan dan kemengarutan kelab lain ! Haha . selesai sesi pendaftaran, hari keesokannya ada perjumpaan dengan warga-warga kelab . tapi sebelum berjumpa tu ada sedikit taklimat . aku pun dengar ucapan brother Hafidzan ni, menusuk buah pinggang !
"Aktiviti-aktiviti kolej sebenarnya, kelablah yang menjalankan"
aku pun macam "ada betul kata dia ni" kalau kelab tak buat program, kosonglah sepanjang Sem tu . aku pun terdetik "bagus juga aku pilih kelab ni . boleh bantu orang betulkan pembacaan" nampak tak semangat minggu pertama kat situ ! Haha niat aku yang mula-mula MALAS tiba-tiba jadi hyper sebab kata-kata tu ! Haha . It's Getting Serious !
 Pada hari yang sama, dah keluar jadual for the whole Semester . terperanjat boboi bila tengok tiga subjek je belajar sem ni . aku lupa nak mention, sem3 ni aku akan menimba pengalaman 'Short Sem' . bukan semua orang dapat ! Haha

aku mulanya fikir juga, sempat ke nak kejar sukatan mata pelajaran kalau belajar sebulan lebih je . yang belajar 4bulan pun tertungging ! Haha . tapi lepas tengok jadual yang jitu dan padu, aku yakin . dengan tengok muka pensyarah yang sama setiap hari . aku akan berjaya lulus untuk Semester ni ! Haha

yang paling dahsyat Sem ni . semua nama subjek aku tak pernah dengar sebelum-sebelum ni ! Haha . aku pun tak tahu apa yang aku akan belajar nanti . Tunggu dan Belajar saja lah . It's Getting Serious !

dengan ini diumumkan, pagi tadi secara rasminya keputusan peperiksaan diagihkan . aku saja datang lambat, supaya result aku tidak diketahui orang ramai . malu aku kalau Fail . muka dah hensem tapi belajar tak hensem, jatuh saham nanti ! Haha

sesampai aku kat Ampang, Syafiq jemput aku . dia cakap aku ada satu paper kena repeat . aku dengan tak semena-mena tergelak ! Haha . aku tanya subjek apa, dia cakap Asas Muamalat . lagi besar gelak aku . aku cakap "mungkin sebab aku selalu tak masuk kelas kot" . tiba-tiba aku terfikir balik . aku mana ambil Asas Muamalat ?

setelah lama aku fikir, subjek apa yang aku fail . akhirnya aku tak dapat fikir . aku andaikan Ulum Hadis sebab MidTerm aku yang amat dahsyat teruk . terpaksalah aku repeat . setibanya aku di Kolej, ku lihat papan kenyataan . terpampang namaku beserta nama subjek . Tilawah dan Tajwid ?

aku terus naik ke pejabat untuk confirmation . SAH . aku kebingungan . dalam benakku "ini mesti ada kesilapan . mustahil tajwidku sebegini rupa" aku tak dapat terima hakikat . setelah bertemu dengan pensyarah . maka, kemenangan berpihak kepada aku . aku tak perlu repeat apa-apa paper :D
 kepada member-menber yang failed tu . mungkin anda hebat di Semester yang akan datang . yang pasti, It's Getting Serious !
pusing kepala ke kanan xD
ada lagi satu perubahan Semester ni . ada tambahan subjek pilihan dibawah nama kokurukulum . ada 4 pilihan semuanya untuk Sem ni dan hanya boleh pilih satu . kalau nak ikut hati, semua aku nak ambil tapi dah di minta pilih satu saja, terpaksa mengundi .

subjek yang ditawarkan Khat,Tarannum,Keusahawanan dan Bahasa Jepun . setelah dititikberatkan . tinggal 2 subjek . antara Usahawan atau Jepun . pemilihan usahawan sebab selepas habis Dip Usuluddin ni, sambung belajar kearah tu pula . pemilihan Bahasa Jepun sebab satu subjek yang kepelikan dan senang nak tengok Anime, menjadi Otaku yang Noob ! Haha

akhirnya aku pilih Bahasa Jepun . sebab usahawan tu, lepas-lepas ni boleh belajar . lagi pun Bahasa Jepun ni jatuh pada hari selasa . hari yang lapang . senanglah lepas ni nak layan One Piece ! Haha . minta-minta tak ramai pilih bahasa jepun ni, senang sikit nak belajar sebab ada exam juga . It's Really Getting Serious Right Now !

aku bagi tahu Umi&Abah pasal Bahasa Jepun ni . jawapan nya, "kenapa tak ada kaitan pun" . "kenapa tak ambil bahasa korea atau cina" . jawapan Umi sebab takda kaitan dengan Dip. ni , jawapan Abah untuk business esok-2 ! Haha
One Piece
aku pilih Brook sebab Afro ! Yohohohohoho

Tiada ulasan:

Catat Ulasan