16 Mac 2013

Karma


aku sebenarnya tak tahu apa itu Karma . tapi selalu dengar orang pakai perkataan ini dan aku menganggap Karma ni seperti gambar rajah di atas . kau buat sesuatu kat orang, akan dibalas sesuatu (yang lebih kurang sama) ! itu yang aku faham lah . korang punya fahaman mungkin lain kot . setiap orang ada pendapat masing-2 :)

aku tengok dekat Wiki, dia cakap ini adalah fahaman Buddha . tapi aku rasa perkataan ni boleh diterima pakai oleh semua umat manusia kot . mungkin ? sebab memang menjadi hukum alam . kalau buat baik akan dibalas baik, kalau buat jahat akan dibalas jahat . mungkin aku tak tahu istilah lain nak panggil menda ni . jadi aku pakai istilah Karma saja lah .

orang Melayu pun ada peribahasanya yang maksudnya lebih kurang sama . "Ludah ke Langit" . cuma peribahasa ni sesuai untuk menda buruk sebab mana ada orang teruja tengok kejadian ludah meludah ni . satu lagi peribahasa .
Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian . bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian 

sebenarnya, aku pun tak tahu apa aku nak cerita ! Haha

aku tak cerita lagi pasal aku balik ke Kelantan minggu lepas . aku sebenarnya nak post pasal tu tapi takut mendatangkan keaiban keatas aku, maka abaikan cerita tu ! Haha ceritanya ada kena mengena dengan "Hukum Karma" ni . sebab tu aku post pasal menda ni . Mungkin ?

kebalikan aku kekampungan minggu lepas tak banyak pengisian . aku hanya duduk di rumah dan tidur . aku pergi juga melawat makcik dan pakcik tapi hanya beberapa orang . aku nak bertemu dengan kawan-2 tapi semua kesibukan . wrong timing ! aku nak ke Sekolah lamaku tapi keseganan dan kemalasan melanda . aku tunggu balik sekali dengan Jepah je lah . Let's he do all the talks ! Haha
Lencana Sekolah Dibajukan
di sana, aku melihat suatu peristiwa yang amat tak boleh diceritakan tapi gatal tangan jugak nak mention ! Haha abaikan

itu cerita minggu lepas, mohh kita cerita pasal minggu ni pula . minggu ni pun hampir berakhir . minggu ni aku menghabiskan saki-baki cuti terakhir dengan Mansor . sahabat aku dari Form3 sampai sekarang . persahabatan ni pun ada kaitan dengan "Hukum Karma" . semua pun nak berkait kalau dah suka guna perkataan tu ! Haha

kitorang selalu juga hang . bukan selalu tapi mesti ! Haha setiap bulan tu mesti jumpa juga dengan si Mansor ni . kitorang pergi cari kedai makan mana-mana, then lepak 2-3 jam . memang tak ada kerja ! Haha aku nak buat ayat bunga-bunga nanti orang pikir lain pulak . cukuplah setakat tu xD

dah habis cerita minggu ni . minggu depan aku akan memulakan Semester yang baru . setiap kali aku cakap masuk Sem3, orang akan cakap "Senior la ni" . well, yeah ! Haha aku tak pernah kesah pasal senior atau junior sebab nanti bila semua dah kerja . 'Kau' 'Aku' juga jadinya . keguane ?

setiap kali semester baru maka akan keluarlah result semester lepas . dan result ni memang berkait rapat dengan "Hukum Karma" ! Haha aku banyak sangat mengarut sem2 . dan hanya berharap, tak lah teruk sangat result tu keluar nanti, tak ada yang fail . cukup makan pun jadilah . Amin :)
it's always about Karma ! Haha



Tiada ulasan:

Catat Ulasan