30 Jan 2013

Kembalilah

hari ni tak nak cakap banyak . just nak share video .

sangat bersesuaian dengan diri ini yang terlalu cintakan dunia dan perkara-2 yang lara !

btw, pasal majlis yang di Seremban tu aku ada tulis aku tak pergi sebab tak terpilih . Umi cakap kat aku mesti umi stalk sebab tak pernah pun aku bagi link ! Haha
"Jangan cakap tak terpilih, jangan salahkan ALLAH . ALLAH dah tunjuk jalan, awak yang tak ikut (join majlis tu) !"
sobb sobb T.T . "jauhi aku, keluarga, orang yang sedang baca ni dan seluruh umat islam dari orang-2 yang rugi ya ALLAH" . amin ya Rahman, amin ya Rahim :'(


p/s: tangisilah dosa-2 kita :'(

28 Jan 2013

Maulidul Rasul 2013

aku sebenarnya tak tahu macam mana nak mula . mungkin topik kali ini berkenaan suatu peristiwa penting menyebabkan sukar untuk diluahkan melalui tulisan ayat xleh blah !

seperti mana yang kita tahu, Maulidul Rasul ni suatu majlis dimana kita mengingati perisitiwa kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. kelahiran RasuluLLAH adalah kelahiran Rahmat, kelahiran Ilmu, Kelahiran Hikmah dan kelahiran yang terlampau banyak untuk ditulis kan dah cakap sukar untuk ditulis

tahun ini aku menyambut Maulidul Rasul bersama-2 student Kolej Islam As-Sofa dan al-Musnid Dato' Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki . Ini adalah satu kelainan yang amat bernilai . aku bersyukur kerana terpilih untuk bersama-2 ahli ilmu dalam suatu majlis yang penting .

semasa awal bulan RabiulAwal, student kolej disuruh untuk membaca/mendengar dan mengkhatamkan kitab Syamail Muhammadiniah sebelum 12 RabiulAwal dihadapan wakil-2 Syeikh yang sudah mempunyai Ijazah . aku bukan student asrama, jadi aku tak baca pun kitab tu . sungguh rugi !

sesudah dikhatamkan kitab tersebut pada malam itu, Syeikh berucap sebelum kami menghidupkan lagi majlis tersebut dengan membaca/mendengar hadith yakni Kalam Nabi dalam Kitab al-Muwatta' Imam Malik. pembacaan kitab ini masih diteruskan sehingga esok, malangnya aku tidak terpilih untuk meneruskannya. aku pulang awal ! bodohnya diri ini terlalu cintakan dunia . siapa yang baca entry ni pada hari dipostkan, majlis pengkhataman pada malam ini


aku balik, macam biasa diperli oleh Umi, "besar sungguh kijoe anak jate umi ni, sapa ko majlis maulud xleh gi !" -.-" kalau tak faham tu buat-2 faham .

pastu Sabtu lepas, aku pergilah majlis maulud di Masjid Shah Alam pulak bersama Habib Ali Zainal Abidin . majlis ni untuk orang awam, jadi sekejap je lah .

dekat situ aku terjumpa student As-Sofa ! Haha kantoi diorang pun tak pergi dengar Kitab Muwatta' dan yang paling best, aku jumpa Muhammad Dungun . serious tak sangka boleh jumpa kat sana . lama gila kot tak jumpa dia . dia ni kira kawan rapat la dekat MHK dulu . satu geng lah dengan Iqbal yang sebelum ni aku ada mention Mat ni la yang kenalkan aku dengan dunia Muzik ! Haha itu cerita dulu

Mat sekarang dah berubah, lebih tinggi dan berjanggut gitu ! Haha korang visitlah Blog Mat nih tapi dia dah lama tak update. madmatmod 

lepas jumpa Mat, tu adik aku cakap "sain-2 awak semua tinggi-2, awak sore jah hok terbantut" -.-"
tinggi-2 nak pergi mana ? Haha

aku pakai camera henset . so macam nilah gambarnya 
al-Musnid Dato Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki
aku yang sudah tiada rambut ! Haha
Masjid Shah Alam dah penuh kat dalam :'(

27 Jan 2013

Makaseh Kalian :*

I'm Talking To You Readers :*

Entry kali ni nak post mende yang xde apa-2 mende menarik pun macamlah sebelum ni ada  -.-"

kalau korang pernah terliwat blog aku sebelum-2 ni . ada satu post tentang Umi dapat Fake Call . aku sharelah entry tu kat Pesbuk ma'a Twitter . alangkah terkezutnya aku, pages view pada keesokan harinya naik mendadak !

sebelum ni, macam entry So Last Year ! tu memanglah ada juga view tapi kali ni melampaui pemikiran logik . masih tidak boleh diterima dek akal .

mungkin disebabkan entry tu adalah suatu kisah benar yang boleh menjadi pengajaran pada orang lain . atau sebab ada orang promote blog aku ni makaseh banget ya :D atau blog aku ni memang OhSemm ! Haha

kalau pembaca setia aku ada terbaca entry Terpukul tu . aku ada kata nak tukar Template . disebabkan tiada sebarang cadangan T.T ku gagahi jua untuk menukarnya untuk keselesaan peminat setia sekalian ! Haha

aku tukar sebab aku rasa macam dah bosan tengok Template lama yang gelap je . dah lah banyak tulisan merapu merapik, kerapu kerepek, cempedak cempedik xD Justeru itu, aku dah berjaya tukar dan aku amat berpuas hati setakat ini (Y)

Akhir kalam, makaseh banget pada kalian semua kerana terus menerus meliwati dan menyokong blog saya ini tibe-2 jadi boyan ni pahal ! Haha

23 Jan 2013

Fake Call

INSAFLAH Iqbal suruh

hari ni atau lebih spesifik pukul limalebih petang tadi. umi dapat panggilan palsu. lepas aku pergi ambil adik-2 dari sekolah agama tiba-2 umi macam tergesa-2. aku pun terikut-2 gabra. lepas aku tanya kenapa. umi pun cerita

"tadi ada orang call cakap nak block kad Debit Maybank umi. dia minta no akaun, segala no telefon dan alamat rumah" cerita umi. lebih kurang

"umi bagi tak ?" tanya aku.

"umi bagi lah takut dia block kad umi nih" jelas umi.

"pastu umi nak pergi mana ni ?" tanyaku lagi.

"pergi keluarkan semua duit dulu" kata umi.

lebih kurang macam tu lah cerita dia. aku pun menggelabah jugak lah sebab umi bagi alamat rumah. dia boleh datang cari kot. pastu kitorang pergilah ATM sebab dah pukul enamlebihkurang, pejabat bank kompem dah tutup.

"umi mulanya tak angkat call pertama sebab naik nama 'blocked' tapi dia call 2kali. penting la kot" cakap umi sambil bawa kereta.

"mulanya umi fikir DiGi lah kot call sebab DiGi kata boleh block no umi bila-2 masa sebab lebih kuota" tambah umi.

"angkat tu dia kata dari Maybank nak minta pengesahan apakebendetah. lepas tuh cerita nak tawar kad diskaun" kata umi lagi.

"dalam kepala umi ni ingat cerita tentang nak block kad tadi tapi dah tukar cerita lain" kata umi kehairanan.

"umi cakaplah taknak, pastu dia cakap :
"orang tua bodoh, aku ambil duit kau RM500 !"
"mula-2 tu cakap baik-2, lepas orang cakap taknak terus tengking" kata umi kegelisahan.

lepas dah ambil duit dari ATM, kitorang pergi balai polis minta pandangan. polis tu suruh pergi block dulu kad tu. call orang Maybank, dia suruh tutup terus akaun tu esok sebab walaupun block orang tu tetap boleh trace akaun tu.

macam tu je lah cerita dia. aku sebenarnya nak tulis lagi tapi nampak dah agak panjang.

 aku pun takut takut berani je lah sekarang. mana tahu orang tu datang rumah. aku manalah reti nak gaduh. budak NERD. main game retilah.

persoalannya sekarang, siapa orang tu, mana dia dapat nombor dan yang paling penting . Kenapa umi boleh bagi maklumat sepenting tu ??

21 Jan 2013

Surat Cinta

Surat Cinta abah hang ! siapa la yang nak kat aku . sobsob ... HAHA saje je lah bangang ! NAH KAKI xD

ceritanya aku dapat surat amaran dari Kolej sebab aku banyak kali tak masuk kelas. surat tu minta surat balas tentang excuse aku beserta bukti. Bukti ? bukti apanya, dah memang aku selalu tak masuk kelas. nak bukti apa lagi ? buat-2 xfaham

sebenarnya aku bukan selalu sangat pun tak masuk kelas backup diri sendiri xD aku just jarang masuk kelas pagi. itu je ! itu je daddy hang ! walaupun pagi aku tak masuk, petang aku masuk. bukan aku sengaja taknak masuk. adalah reason-2 aku ! masih xnak ngaku salah xD

memang aku kadang-2 je masuk kelas pagi. nak excuse memang banyak la cerita dia. aku dah buat dah surat balas tu tapi takde lah bukti mungkin MC kot dia minta surat aku buat tu memang cerita sedih dan problems yang semestinya datang dari aku sendiri ! Haha

surat amaran tu aku tak berani nak tunjuk kat umi. so letak atas meja gitu je. entah dah baca ke tidak tu. aku tahu surat tu akan mengguris hati umi sebab tu aku tak berani nak bagi depan-2 T.T tapi walaupun aku tak bagi lagi surat tu, umi macam dah tahu-2 je.

salah satu reason aku nyatakan dalam surat tu adalah penempatan. memandangkan Sem2 aku duk rumah atas reason-2 yang sudah ditulis sebelum ni. nampaknya masih kurang menjadi walaupun ada perubahan sikit. aku bagi tahu umi, nak duduk rumah sewa tapi umi cakap
"duduk lah mana-2 pun, kalu xde displin diri, sama je !"
ITU MAKAN KAU ! Haha semenjak aku duk rumah ni selalu kena perli ngan umi. tadi aku pegi potong rambut pun kena perli. "aik, umi tak suruh pun. kenapa tibe-2 potong rambut" -.-" macam biasa lah, aku memang sayang giler Afro mamak tu pun taknak potong rambut Smart aku ! Haha tapi entah kenapa aku rasa nak potong hari ni. itu pun kena perli >.<

akhir kalam, aku nak minta maaf lah ngan asatizah, umi dan diri sendiri kalau ada terguris secara sedar atau separa xD tak lupa juga kepada kepada ANDA. ya, anda yang sedang baca ni sambil korek hidung minta maaf lah kalu membuatkan anda terpaksa baca cerita hidup aku yang awesome giler entah apa-2 dan tak dapat pahala ni.

*off topic : -terima kasih lah kepada yang sudi baca blog merapu ni. nak tanya pembaca setia semua jangan dengki ! Haha macam mana kalau aku tukar template blog ni kepada lebih simple. nak pendapat je. komen Please TQ

14 Jan 2013

Terpukul


i drink to remember
i smoke to forget
some things to be proud of
some stuff to regret

gone down some dark alleys
in my own head
something is changing
changing, changing
(dipetik dari lagu Two Fingers by Jake Bugg)

lagu tu saja je permulaan . xde kaetan dengan entry kali ni !
mana ada perkara yang dilakukan tanpa sebab
lirik tu kata beberapa perkara yang dibanggakan dan disesali . yang bahagian drink ngan smoke tu abaikan pastu dia kata gone down some dark alleys in my own head . maksud dia hang kena google it sendiri ! Haha

entry aku yang lepas kata aku ingin BERUBAH ! yup, sekarang masih dalam proses perUBAHan tapi sikit sangat peratusannya dan still nampak the same me two week ago ! -.-" Huih

dalam pemprosesan ni memang banyak dugaan yang sebelum ni rasa macam benda biasa . seperti kata TGNA "kaki kita kalau dah berkerak cucuk dengan jarum pun tak rasa . sama macam HATI kita . banyak sangat 'kerak' buat dosa pun dah tak rasa " (au kama kola) T-T tepukul gila dengan kata-2 ni !

jumaat lepas, terpilih dapat pergi ke Majlis Ilmu, AllhamduliLLAH :') pergi tigaorang . dalam perjalanan tu terkeluar satu topik menarik . cerita dia lebih kurang macam ni :

kawan umi : apa pendapat tentang penggunaan kalimah ALLAH oleh non-muslim ?
umi : Ustaz Haron Din kata tak boleh
aku mencelah : tapi ada hujah kata boleh
umi : pada asalnya boleh tapi ..... aku xingat ..... pastu akhir kalam umi
"ALLAH boleh jaga nama dia sendiri"
terpukul gila sekali lagi, siapa kita nak mempersoalkan tentang subjek tu ? nama sendiri tidak terjaga nak jaga nama Pencipta kita . ALLAH ya Azhim , bodohnya hambaMU ini :'(

gerak dulu, esok exam Tafsir . umi pun pelik kata exam tapi ngadap Laptop ! -.-" Haha

7 Jan 2013

Target Tahunan

aku sebelum ini tak pernah ada target tahunan atau orang panggil 'azam baru di tahun baru'. disebabkan aku dah semakin TUA aku mesti ada hala tuju yang lebih MATANG .

entry ni agak lambat sebab nak tengok sejauh mana pencapaian first week tahun ni untuk aku melawan dugaan and other things lah !

nampak gayanya, aku masih menjadi HAMBA dunia dan masih tidak mampu untuk mengawal diri dari perkara kemaksiatan ! secara Automatiknya, azam baru sukar untuk dicapai *sukar disitu

walaupun agak sukar tapi aku mencuba menjadi diri aku 5 tahun dahulu yang jauh lebih baik dari hari ini.
Semua salah Diri sendiri !
nak salahkan Setan ? tak boleh sebab tu memang kerja dia. salahkan kawan ? siapa suruh kau kawan dengan dia dulu ?

duapuluhsembilan Disember lepas ada reunion dengan budak-2 MHK. ada seorang member aku yang agak rapat time sekolah situ tanya. "kenapa kau dah macam ini ? mana diri kau yang dulu ?" aku faham maksud kata-2 dia tapi buat-2 tak faham. dia cakap lagi "kenapa result SPM kau teruk? dulu kita pegang sekolah kot!" aku kelu diam membisu. hanya senyum tanpa bicara

aku agak terpukul dengan pertanyaan-2 dia. TERIMA KASIH kerana menyedarkan aku dari lamunan. walaupun aku belum terpesong JAUH tapi aku tak boleh kata aku sudah cukup baik.

tengok dan hayati video ini

1 Jan 2013

So Last Year !

Ehemm ehemm. test suara baru. suara tahun baru. suara budak 19 tahun. baru merasa berumur 18 tigapatharilepas :8|

hari ini nak cerita pasal tahun lepas it was so last year. sekadar renungan balik.
Last year is A great year ! it was so last year
First sekali aku bukan budak sekolah lagi. Yeah !! tapi zaman sekolah syok kot. nahh, it was so last year ! Haha
pastu aku cari pengalaman baru. bekerja di 7-Eleven selama sebulanlebih. dapat gaji tak masyuk sangat tapi masih selamat dalam bank sampai sekarang walau makin lama makin sikit !


then aku ada lesen kereta. WoHoo !! walaupun bawa kereta jarang-2 tapi ada manfaat juga lah lesen tu. mungkin ?
kemudian aku dapat result espeem yang begitu tidak memuaskan.
lepastu, first trip ke Singapore dan sekutunya yang begitu mendebarkan ! Haha tak rugi aku pergi Temasik. yang penting aku drive dari keyell ke Johor. kan dah cakap ada manfaat lesen tu xD it was so last year

walaupun gambar FAIL tapi rambut smart ! Haha

afterthat, start belajar balik di Kolej Islam As-Sofa, Ampang. kat kolej ni syok. aku ambil Dip. Usuluddin. jadi Ostas gitu ! Haha aku memang dari form1 sekolah tahfiz. takkan keluar sekolah ambil Jurusan Kapalterbang kot. kat sini aku kenal member-2 yang sangat OhSemm !

ada lagi yang lain tapi gambar tak cun

selepaskejadianitu, banyak program berjalan under program Kolej tapi malas cerita. *Pun Boleh !
time raya tak balik kampung tapi pergi menyemak kat negara orang ! Haha satu family pergi Hong Kong dan sekutunya. "best ke?" pergi negara orang mestilah syok. lagi-2 orang belanja ! Haha lagi mahu ditanya. it was so last year

berlatarbelakang Hong Kong City

pumpangpumpang, pergi Johor again tapi kali ini ke Legoland yang sangat buhsan dan panas. aku ingat keyell ni dah panas, rupanya Johor lagi panas. baik Qelate yang dikatakan mundur dari segi pembangunan, yang penting tidur tak payah susah-2 pasang kipas ! jimat bil letrik it was so last year

baru lepas mandi. nampak tak air tu 

"takkan dalam setahun ni je kau buat?" banyak lagi la mende lain. takkan makan minum berak tidur semua nak cerita. yang lain tu kesan sampingan atau aku malas nak cerita kat sini.

gerak dulu, nak tengok bunga api bajet tulis entry ni pukulduabelas pagi tadi ! Haha