hari ni atau lebih spesifik pukul limalebih petang tadi. umi dapat panggilan palsu. lepas aku pergi ambil adik-2 dari sekolah agama tiba-2 umi macam tergesa-2. aku pun terikut-2 gabra. lepas aku tanya kenapa. umi pun cerita
"tadi ada orang call cakap nak block kad Debit Maybank umi. dia minta no akaun, segala no telefon dan alamat rumah" cerita umi.
"umi bagi tak ?" tanya aku.
"umi bagi lah takut dia block kad umi nih" jelas umi.
"pastu umi nak pergi mana ni ?" tanyaku lagi.
"pergi keluarkan semua duit dulu" kata umi.
lebih kurang macam tu lah cerita dia. aku pun menggelabah jugak lah sebab umi bagi alamat rumah. dia boleh datang cari kot. pastu kitorang pergilah ATM sebab dah pukul enamlebihkurang, pejabat bank kompem dah tutup.
"umi mulanya tak angkat call pertama sebab naik nama 'blocked' tapi dia call 2kali. penting la kot" cakap umi sambil bawa kereta.
"mulanya umi fikir DiGi lah kot call sebab DiGi kata boleh block no umi bila-2 masa sebab lebih kuota" tambah umi.
"angkat tu dia kata dari Maybank nak minta pengesahan
"dalam kepala umi ni ingat cerita tentang nak block kad tadi tapi dah tukar cerita lain" kata umi kehairanan.
"umi cakaplah taknak, pastu dia cakap :
"orang tua bodoh, aku ambil duit kau RM500 !""mula-2 tu cakap baik-2, lepas orang cakap taknak terus tengking" kata umi kegelisahan.
lepas dah ambil duit dari ATM, kitorang pergi balai polis minta pandangan. polis tu suruh pergi block dulu kad tu. call orang Maybank, dia suruh tutup terus akaun tu esok sebab walaupun block orang tu tetap boleh trace akaun tu.
macam tu je lah cerita dia. aku sebenarnya nak tulis lagi tapi nampak dah agak panjang.
aku pun takut takut berani je lah sekarang. mana tahu orang tu datang rumah. aku manalah reti nak gaduh. budak NERD. main game retilah.
persoalannya sekarang, siapa orang tu, mana dia dapat nombor dan yang paling penting . Kenapa umi boleh bagi maklumat sepenting tu ??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan