24 Jul 2013

They See Me Rolling

aku tak faham sebenarnya apa maksud 'They see me rolling they hating' tapi macam menarik ! Haha
aku nak pakai "Rolling" tu sebenarnya . seperti yang kita dah muak mendengar 'hidup ibarat roda, sekejap di atas sekejap dibawah' . tapi pernah tak kita fikir, roda pun ada pertengahan . kenapa dari atas terus ke bawah, tak ada pertengahan ?

sebabnya, sewaktu kita di bawah, kita dalam keadaan sedar . menangis,melalak,menggelupur, semua ada . tapi bila kita mula menaik/upgrade diri, kita tak alami semua itu, secara tak langsungnya kita tak sedar . sesampai kita di atas, yang paling top, mula bersenang-senang/berjinak-jinak dengan dunia . dan BAMM! kena 'jentik' sikit, terus menjunam dalam lubang .
kita sepatutnya bersyukur diuji, tujuannya supaya kita tidak leka . bersyukur sebab masih diberi peluang/petunjuk untuk kembali . ini tidak, baru kena sikit kita dah melalak tak tentu pasal . bukan kitalah, aku ! salah penggunaan kata ganti diri . aku tahu korang dah sedar, tak macam aku :)
"Ujian dan Dugaan tak ubah seperti daki pada kulit . Hari ini kita mandi, kita cuci dan kita sabun, besok dah berdaki balik"
minggu lepas aku dapat banyak khabar gumbira . aku taknak riak tapi disebabkan ini blog aku, aku nak cerita juga ! Haha
1. berita nak pindah rumah
2. beraya di Gold Coast
3. kereta sudah di Booking \o/ .
excited gila aku tunggu Saga SV sampai depan rumah baru lepas beraya di Australia ! Haha

tapi pada minggu yang sama, sekelip mata Allah kasi Ujian . habis semua kegembiraan dilupakan sekelip mata . itulah yang di mumble tadi . hati manusia ni kena sikit dah memberontak . lepas tu baru nak fikir hikmatnya . sepatutnya ketika kena itu dah bersabar . aku pun manusia, so aku pun terjebak dengannya :'(
"Apa yang terjadi akan terjadi, yang penting kita selalu jalankan zikir bagi mencuci hati"
setiap perkara yang ditarik dari kita, pasti akan ada gantinya (dari Allah) . Allah tak akan menguji seseorang itu jika dia tak boleh nak lawan ujian tersebut . dalam al-Quran banyak kali disebut al-U'sri wa al-Usra (Kegembiraan & Kesusahan) . setiap dalam kesusahan pasti ada kesenangan .

Jadi kita bersangka baik dengan Allah (Hunsnu al-dZanu bilLLAH) . semoga hidup sentiasa bersyukur dan ceria selalu xD

18 Jul 2013

Siapa Rahmat ?

Salam Ramadhan :)

sudah hampir tamat 10 hari Ramadhan yang pertama . Alhamdulillah kita masih lagi dipertemukan dengan bulan yang penuh barakah . moga-moga banyak amalan sudah berjaya dibolot . jangan jadi macam aku yang masih tak sedar-sedar, lena atas katil !

banyak juga masjid aku pergi berterawih selama seminggu ni . Menarik ! dapat lihat keadaan masjid di tempat orang . terawih kat koleh belum lagi ! Haha masjid yang terbaik setakat ni, Masjid Negeri, Shah Alam . tak sangka begitu ramai sekali orang berjaya habiskan 20 rakaat . Terbaik pemimpin Shah Alam !
sebelum aku solat di Masjid Shah Alam, pergi dekat padang sebelah masjid tu . first time aku tengok orang buka puasa picnic . dan yang paling best, ada tazkirah . hebat betul cara dakwah mereka .

aku datang dah agak lewat, so dapat kongsi apa yang aku dengar dan faham je lah .

Ustaz cakap hidup kita kenalah hidup yang berkat . melakukan perkara yang berkat . makan dari sumber yang berkat . hidup kita semua datang dari Allah, maka berkat juga datang dari Allah . kita hanya akan peroleh berkat melalui rahmat Allah . 

Ustaz tanya, siapa rahmat Allah ?
= "Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam." (Al-Anbiyaa' 21:107)

Ustaz tanya lagi, macamana nak peroleh rahmat ?
= dengan mencintai rahmat itu sendiri iaitu Nabi Muhammad . sedangkan Allah mencintai Rasulnya, siapa kita tak nak cinta Rasulullah !

Ustaz tanya lagi, banyak mana kita cinta/rindu Rasulullah ?
= jawapan ini kena tanya diri sendiri . hidup kita, kita tahulah sebanyak mana amal kita . baik buruknya .
lastly Ustaz tu suruh pergi belajar ilmu Feqah dan Tasawwuf, dan berdoa agar dipercepatkan berjumpa dengan guru pembimbing hati .

aku tersenyum sendiri dengar ayat "guru pembimbing hati" atau digelar Murobbi . walaupun aku bergelar student As-Sofa, tapi amal aku amat jauh dengan mereka yang benar-benar follow As-Sofa . aku tidak layak menjadi khadam ilmu, aku lebih kepada Budak terlebih Tidur .
 As-Sofa sudah mempunyai Murobbi, seorang Syeikh yang amat hebat ilmunya . tapi aku tak gunakan sepenuhnya peluang yang diberikan . aku pun tak tahu apa nak jadi dengan aku :'(

Moga kita mendapat hidup yang diberkati dan dirahmati Allah .
Moga kita sentiasa mengingati Rasulullah dan mendapat Syafaatnya .
Moga kita dipertemukan Murobbi .
Moga kita terjaga dari tidur yang lena :)

1 Jul 2013

Passion


tinggal sehari untuk bulan Jun 2013 melabuhkan tirai
sembilan hari sebelum Ramadhan
sudah dua minggu pembelajaran Sem4
cepatnya masa 'berlari' !

tapi bukan itu yang nak dicerita.

entry sebelum ni aku ada cakap tiada semangat/azam baru untuk semester ni . Yup, semakin menjadi-2 gamaknya !

setiap pagi aku akan mencari semangat untuk ke kelas . memikirkan kenapa aku perlu ke kelas hari ini . Hampa ... aku tiada reason yang kukuh untuk berganjak dari katil
dalam benak fikiran aku, aku perlukan Passion . yakni, satu dorongan dan galakan untuk aku beraktiviti .

semua orang ada passion nya tersendiri . ada yang baik, ada yang 'nakal' . sekurang-2 nya mereka ada passion .

kadang terfikir juga, kenapa baru sekarang . kenapa baru sem ni aku 'lemau' . Sem-2 sebelum ni ok saja . walau ada juga 'terskip' kelas sampai dapat surat . tapi masih ada semangat untuk ke kelas keesokannya .

aku rasa mungkin kerana 'jiwa' aku tiada disini . aku boleh kata begini sebab semasa cuti aku membaca "Bagaimana Mahu Jadi Jutawan" bukannya Sirah-2 Nabi . bila orang bertanya, "keluar ni jadi ustaz la ?" jawapan aku tak, sekadar belajar ambil ilmu .

TIPU, kalau belajar nak ilmu mestilah aku ke pondok, bukannya tempat mengeluarkan sijil !

perasaan yang aku sedang alami ni sama seperti masa mahu ambil SPM, sambil lewa .
selepas solat Jumaat di Seri Petaling, yang mana aku tak ke kelas hari tu . aku pergi mencari tiket untuk Final Piala FA . dan aktiviti ini amat tinggi passion nya . iaitu semangat nak tengok TRW baham JDT secara Live . sampai duatiga kali turun naik stadium . tapi tiada rezeki, tiket sudah habis.

disebabkan tiada tiket, aku follow Umi ke Majlis Ilmu . Majlis Cinta Rasul . yang mana tiada niat di hati nak bergerak kesana . tapi Allah Maha Kaya sudah merancang semuanya . aku jumpa jawapan . aku berjumpa dengan Passion . Alhamdulillah
aku silap sebetulnya . aku mencari Passion sedangkan Passion itu telah lama ada dalam seorang Muslim . aku tulis muslim, bukan mukmin atau sebagainya . kerana walaupun kita (muslim) sebagai pelaku dosa, kita masih ada kesempatan untuk bertaubat selagi masih hidup.

disana aku belajar "Melakukan apa saja perkara kerana Allah, melalui kekasihnya Rasulullah" . mungkin aku pernah dengar sebelum ini, tapi disebabkan selalu lalai, maka hati berpenyakit !

itulah Passion yang hakiki sebenarnya . kalau sebelum ini passion kita adalah kerana kawan, kawan akan pergi . atau kerana 'crush', dia juga akan pergi . atau kerana sijil, sijil tak akan dibawa .

Mari kita sama-sama betulkan balik niat kita belajar atau apa saja aktiviti kita, bukan kerana diri, bukan kerana parent tetapi kerana Allah.
Mungkin aku tidak layak mengatakannya kerana aku adalah pelaku dosa . tapi aku cuba untuk mengubah diri . sekiranya nampak aku terleka, kejutkan lah !