sudah hampir tamat 10 hari Ramadhan yang pertama . Alhamdulillah kita masih lagi dipertemukan dengan bulan yang penuh barakah . moga-moga banyak amalan sudah berjaya dibolot . jangan jadi macam aku yang masih tak sedar-sedar, lena atas katil !
banyak juga masjid aku pergi berterawih selama seminggu ni . Menarik ! dapat lihat keadaan masjid di tempat orang . terawih kat koleh belum lagi ! Haha masjid yang terbaik setakat ni, Masjid Negeri, Shah Alam . tak sangka begitu ramai sekali orang berjaya habiskan 20 rakaat . Terbaik pemimpin Shah Alam !
sebelum aku solat di Masjid Shah Alam, pergi dekat padang sebelah masjid tu . first time aku tengok orang buka puasa picnic . dan yang paling best, ada tazkirah . hebat betul cara dakwah mereka .
aku datang dah agak lewat, so dapat kongsi apa yang aku dengar dan faham je lah .
Ustaz cakap hidup kita kenalah hidup yang berkat . melakukan perkara yang berkat . makan dari sumber yang berkat . hidup kita semua datang dari Allah, maka berkat juga datang dari Allah . kita hanya akan peroleh berkat melalui rahmat Allah .
Ustaz tanya, siapa rahmat Allah ?
= "Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam." (Al-Anbiyaa' 21:107)
Ustaz tanya lagi, macamana nak peroleh rahmat ?
= dengan mencintai rahmat itu sendiri iaitu Nabi Muhammad . sedangkan Allah mencintai Rasulnya, siapa kita tak nak cinta Rasulullah !
Ustaz tanya lagi, banyak mana kita cinta/rindu Rasulullah ?
= jawapan ini kena tanya diri sendiri . hidup kita, kita tahulah sebanyak mana amal kita . baik buruknya .
lastly Ustaz tu suruh pergi belajar ilmu Feqah dan Tasawwuf, dan berdoa agar dipercepatkan berjumpa dengan guru pembimbing hati .
aku tersenyum sendiri dengar ayat "guru pembimbing hati" atau digelar Murobbi . walaupun aku bergelar student As-Sofa, tapi amal aku amat jauh dengan mereka yang benar-benar follow As-Sofa . aku tidak layak menjadi khadam ilmu, aku lebih kepada Budak terlebih Tidur .
As-Sofa sudah mempunyai Murobbi, seorang Syeikh yang amat hebat ilmunya . tapi aku tak gunakan sepenuhnya peluang yang diberikan . aku pun tak tahu apa nak jadi dengan aku :'(
Moga kita mendapat hidup yang diberkati dan dirahmati Allah .
Moga kita sentiasa mengingati Rasulullah dan mendapat Syafaatnya .
Moga kita dipertemukan Murobbi .
Moga kita terjaga dari tidur yang lena :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan