1 Jul 2013
Passion
tinggal sehari untuk bulan Jun 2013 melabuhkan tirai
sembilan hari sebelum Ramadhan
sudah dua minggu pembelajaran Sem4
cepatnya masa 'berlari' !
tapi bukan itu yang nak dicerita.
entry sebelum ni aku ada cakap tiada semangat/azam baru untuk semester ni . Yup, semakin menjadi-2 gamaknya !
setiap pagi aku akan mencari semangat untuk ke kelas . memikirkan kenapa aku perlu ke kelas hari ini . Hampa ... aku tiada reason yang kukuh untuk berganjak dari katil
dalam benak fikiran aku, aku perlukan Passion . yakni, satu dorongan dan galakan untuk aku beraktiviti .
semua orang ada passion nya tersendiri . ada yang baik, ada yang 'nakal' . sekurang-2 nya mereka ada passion .
kadang terfikir juga, kenapa baru sekarang . kenapa baru sem ni aku 'lemau' . Sem-2 sebelum ni ok saja . walau ada juga 'terskip' kelas sampai dapat surat . tapi masih ada semangat untuk ke kelas keesokannya .
aku rasa mungkin kerana 'jiwa' aku tiada disini . aku boleh kata begini sebab semasa cuti aku membaca "Bagaimana Mahu Jadi Jutawan" bukannya Sirah-2 Nabi . bila orang bertanya, "keluar ni jadi ustaz la ?" jawapan aku tak, sekadar belajar ambil ilmu .
TIPU, kalau belajar nak ilmu mestilah aku ke pondok, bukannya tempat mengeluarkan sijil !
perasaan yang aku sedang alami ni sama seperti masa mahu ambil SPM, sambil lewa .
selepas solat Jumaat di Seri Petaling, yang mana aku tak ke kelas hari tu . aku pergi mencari tiket untuk Final Piala FA . dan aktiviti ini amat tinggi passion nya . iaitu semangat nak tengok TRW baham JDT secara Live . sampai duatiga kali turun naik stadium . tapi tiada rezeki, tiket sudah habis.
disebabkan tiada tiket, aku follow Umi ke Majlis Ilmu . Majlis Cinta Rasul . yang mana tiada niat di hati nak bergerak kesana . tapi Allah Maha Kaya sudah merancang semuanya . aku jumpa jawapan . aku berjumpa dengan Passion . Alhamdulillah
aku silap sebetulnya . aku mencari Passion sedangkan Passion itu telah lama ada dalam seorang Muslim . aku tulis muslim, bukan mukmin atau sebagainya . kerana walaupun kita (muslim) sebagai pelaku dosa, kita masih ada kesempatan untuk bertaubat selagi masih hidup.
disana aku belajar "Melakukan apa saja perkara kerana Allah, melalui kekasihnya Rasulullah" . mungkin aku pernah dengar sebelum ini, tapi disebabkan selalu lalai, maka hati berpenyakit !
itulah Passion yang hakiki sebenarnya . kalau sebelum ini passion kita adalah kerana kawan, kawan akan pergi . atau kerana 'crush', dia juga akan pergi . atau kerana sijil, sijil tak akan dibawa .
Mari kita sama-sama betulkan balik niat kita belajar atau apa saja aktiviti kita, bukan kerana diri, bukan kerana parent tetapi kerana Allah.
Mungkin aku tidak layak mengatakannya kerana aku adalah pelaku dosa . tapi aku cuba untuk mengubah diri . sekiranya nampak aku terleka, kejutkan lah !
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan