19 Jun 2013

May The 4th Be With You

setelah lama "bercuti" akhirnya aku kembali ke sekolah . maka ada la cerita yang aku boleh tulis .

secara separa sedar, rupa-2 nya aku dah setahun di kolej islam as-sofa !

masuk sem 4 ni, aku rasa agak huru hara sedikit . minggu pertama aku demam sikit, agak menganggu perhatian aku untuk kolej . sebenarnya aku masih belum sihat, mungkin sebab cuaca kot . harap korang kental lawan jerebu yang dihadiahkan oleh negara jiran :)

situasi masuk sem 4 ni berbeza . tiada lagi azam baru, ada pensyarah baru, student kolej semakin ramai, budak kelas semakin sikit, semakin kurang teman lepak, dan banyak lagi lah .

yang paling kuat effect nya tiada azam baru . tak macam sem2 dan 3 yang mana semangat berkobar-2 nak lulus cemerlang . mungkin sebab sem ni awal lagi . biar masa menentukan ?

pensyarah baru ada effect juga lah . macam mana cara pembelajaran, macam mana nak score subject yang diajar, macam mana cara penilaian markah, dan macam-2 lagi lah .

tak sampai seminggu pembelajaran, dah dapat assignment . dan sekali lagi kena buat video . aku nak buat short film tapi agak kekeringan idea sekarang ni . siapa ada idea yang bernas boleh tolong curahkan . nanti aku tolong korang pula :p

owh, sebelum terlupa . tajuk yang dipilih adalah hakikat zuhud . diambil dari hadih 40 iaitu hadith ke 31 . minta tolong eh :D
kalau beralih ke sem baru maka keluarlah result sem lepas . keputusan yang berjaya diperoleh agak lulus cemerlang . dia macam lulus tapi dengan cemerlang ! Haha

sekarang aku nak siap mental dan fizikal . makan dadah kasi sembuh ini demam !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan