entry ni agak lambat sebab nak tengok sejauh mana pencapaian first week tahun ni untuk aku melawan dugaan and other things lah !
nampak gayanya, aku masih menjadi HAMBA dunia dan masih tidak mampu untuk mengawal diri dari perkara kemaksiatan ! secara Automatiknya, azam baru sukar untuk dicapai *
walaupun agak sukar tapi aku mencuba menjadi diri aku 5 tahun dahulu yang jauh lebih baik dari hari ini.
Semua salah Diri sendiri !nak salahkan Setan ? tak boleh sebab tu memang kerja dia. salahkan kawan ? siapa suruh kau kawan dengan dia dulu ?
duapuluhsembilan Disember lepas ada reunion dengan budak-2 MHK. ada seorang member aku yang agak rapat time sekolah situ tanya. "kenapa kau dah macam ini ? mana diri kau yang dulu ?" aku faham maksud kata-2 dia tapi buat-2 tak faham. dia cakap lagi "kenapa result SPM kau teruk? dulu kita pegang sekolah kot!" aku kelu diam membisu. hanya senyum tanpa bicara
aku agak terpukul dengan pertanyaan-2 dia. TERIMA KASIH kerana menyedarkan aku dari lamunan. walaupun aku belum terpesong JAUH tapi aku tak boleh kata aku sudah cukup baik.
tengok dan hayati video ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan