Selalunya pada tarikh hujung-hujung tahun ni aku memang tak miss untuk update blog. Satunya sebab akhir tahun, satu lagi sebab hari lahir aku 26 Dec. Jadi akan update tentang pencapaian tahunan dan kesimpulan aku selama setahun.
Selama aku hidup 21 tahun di bumi ini, tak ada satu pun pencapaian yang aku boleh banggakan. Boleh dikatakan setiap benda yang aku buat kecundang di tengah jalan. Dapat sikit-sikit je, jadilah dari tak ada apa. I think I can't finish whatever I started.
Tengah-tengah tulis blog ni boleh terlayan Big Bang lak. Potong mood nak tulis blog. Haha
OK tengah buffer, sambung balik.
Walaupun tak ada apa yang aku capai untuk 21 tahun yang lepas ni. Hidup mesti diteruskan. Terus pandang kedepan jangan toleh kebelakang, because I am a positive man with positive thinking.
Tahun 2015 ini aku tak dapat apa yang sepatutnya aku achieve iaitu Sijil Diploma. Aku sudah habiskan masa dari 2012-2015 di Kolej Islam As-Sofa dalam bidang Usuluddin tapi masih tak dapat pengiktirafan habis belajar disana officially. Technically aku memang dah habis kesemua sem dan subjek tak ada yang kena repeat, hanya sebab final projek aku tak grad. Aku dah malas nak fikir pasal tu sebenarnya tapi aku tulis sini untuk future me fikir tentang kegagalan yang boleh dikatakan paling besar untuk budak umur 21 tahun.
21 tu tak tua tapi tak muda. Kena pandai fikir untuk maju kehadapan.
Perubahan yang bagi aku paling Ohsemm tahun ini adalah masuk belajar di UNISEL. Aku tak tahu kenapa tapi aku amat gembira sekali di sana. Masa aku tulis ni aku baru habis Sem 2. Tak silap aku entry sebelum ni masa aku habis Sem 1. hehe. Belajar di unisel boleh dikatakan best thing of the year lah. Aku tak tahu kenapa tapi dekat sana aku tak pernah stress, belajar mahupun berkawan. Lagi satu dekat sana aku boleh simpan rambut. Haha. Target aku raya tahun depan nak buat rambut macam Jaden Smith dalam cerita Karate Kid. Semoga tercapai.
Untuk tahun depan aku tak nak target banyak dalam hidup, sekadar dapat buat simpanan bulanan pun dah cukup. Tahun ini aku try macam-macam, jual kasut, jual simkad, jual seluar, jual hard disk. Semuanya separuh jalan. Jadi tahun 2016 tak nak banyak, nak buat saving yang consistent setiap bulan pun jadilah. Aku juga nak start buat tabung Europe, dah plan dengan member nak pergi jelajah Eropah pada 2017, belajar pun tak tahu apa cerita lagi. hehe
Tahun ini tak melancong ke mana-mana kecuali Guangzhou awal tahun hari tu. Mungkin tahun depan akan jalan jauh sikit kot, campur sekali budget tahun ini. ngee ngee. Plan asalnya nak ke Chiang Mai bulan 12 ni tapi kosnya tinggi sangat.
Setengah tahun ni aku rasa aku banyak habiskan masa dekat Shah Alam, sebab kampus aku dekat sana. Aku balik rumah Bukit Jalil jarang-jarang, dalam sekali saja sebulan. Itu pun sehari dua. Mungkin aku gembira kot duduk sana, duduk seorang pun jadi. Ohh lupa, aku duduk rumah sewa dekat sana, Pangsapuri Pegaga. Jom lah datang singgah. Budak-budak rumah aku semua nice-nice. Tak ada yang buat hal. Aku ada fikir nak beli satu item yang boleh dipakai setiap hari untuk semua orang, tapi tak dapat idea lagi apa barang yang kena.
Aku harapkan 2016 ini aku dapat upgradekan diri ke arah yang lebih maju jaya. Lagi lima hari aku nak tweet "2016 please be nice to me" B-)
Okay lah, nak sambung layan k-pop.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan