Hari ini dah 10 Januari, saja nak tulis hari ni, sebab rasa nak menulis, dan sebab dah nak balik shah alam dah. Bila dah balik sana, lama lagi lah boleh mengadap laptop. Laptop aku tak beli-beli lagi. Haha. Yang rosak hari tu tak boleh baiki, aku dah tanya kedai.
Jadi macam orang kebiasaan, tahun baru adalah azam baru. Azam ni sebenarnya bagus, untuk letakkan target tahunan. Hidup kalau tak ada target tak maju-maju lah.
Target aku yang paling utama, seperti yang disebut dalam entry lepas, aku nak buat simpanan bulanan. Jadi aku berfikir, macam mana nak jalankan tabungan bulanan secara consistent yang tak menganggu kehidupan harian aku. Ye lah, kalau tak fikir makan dan enjoy, masukkan saja semuanya dalam tabung. tapi nanti kebulurlah aku. Haha.
Solusinya, aku cuma untuk create kan beberapa tabung, sebab sebelum ni aku dah ada satu tabung, namanya tabung eropah. Haha. sebab dah plan nak berjalan akhir 2017. tapi tabung tu tak bergerak seperti yang aku mahu. Slow sangat pembiakannya. tapi aku tak akan lupuskan tabung tu sebab aku nak melancong jugak, huhu.
Antara tabung-tabung yang aku akan cipta, tabung 10c, tabung 20c, tabung 50c, tabung RM5, ini semua target aku. Caranya, setiap kali aku balik dari luar rumah, kalau ada baki notes tersebut akan masuk dalam tabung. Senang cerita, aku pegi kelas, makan semua, balik kalau ada RM5 dalam poket, aku akan masukkan dalam tabung, Haa, macam tu.
Satu lagi target aku adalah, nak tulis setiap transaksi duit yang berjalan. Ini supaya aku tahu duit aku pergi mana akhir bulan. Sebelum ini aku dah pernah catit pakai aplikasi dalam phone, tapi dalam phone sekali lupa nak tulis, aku akan start baru, sepastu yang lama delete. Haha. Macam tak ada function je lah aku catit semua tu. Kalau tulis dalam buku, sekurang-kurangnya susah lah sikit nak delete, lagipun aku boleh start yang baru ikut suka aku macam mana nak tulis, tak perlu pun delete yang lama pastu create new files.
Lagi target aku yang lain, aku fikir nak jual baju. Hahahaa. Walaupun kecundang dengan kasut tu, aku masih belum give up. Lupakan kegagalan yang lalu, cuba sesuatu yang baru. Baju tu aku dah ada plan, tak boleh la cerita sini, nanti tak jalan lah busines aku. Hahaha
Satu lagi, walaupun ianya nampak macam senang, tapi susah bagi aku. Iaitu target aku yang terbaru, nak beli laptop. Orang cakap dekat aku, minta lah dengan bapak. Aku bukan tak nak minta dengan bapak, malu lah aku. Aku bukan jenis yang meminta, jadi menda ni susah la. Lagipun aku nak laptop gaming, yang mana menyukarkan lagi keadaan. Haha. Laptop gaming ni bukan apa, dia laju, tu je. Tak nak aku pakai laptop setahun lepastu jam, hang, lag. Aku nak laptop yang boleh pakai 5 tahun jangka hayatnya. Jadi aku kena fikir lah macam mana nak kaut duit. huhu
akhir sekali baru lah target untuk belajar, Haha, Wahai future me, masa kau sem 2 dulu grad kau excellent, sem sekarang macam mana? Kalau kau baca ni masa sem nak akhir, atau final year, komen sikit dekat bawah ni current result kau. Hahaha. Saja nak berinteraksi dengan diri sendiri. Sebab aku tulis blog ni pun untuk diri sendiri. Aku harap sem depan lebih baik dari sem sekarang, atau pun sama pun dah cukup, tak nak menurun. Itu target last aku.
Okay lah, aku harap sem ni dapat lecturer yang baik-baik macam sem-sem sebelum ni. Hari tu aku lupa nak tweet "2016 Please be nice to me". Kejap lagi aku tweet lah. Haha
Ohh lupa pulak, target aku lagi satu, aku nak kumpul emas, 1 gram 1 bulan. Harga dia tak menentu, jadi aku kena ketepikan RM100 dari belanja aku sebulan untuk beli emas tu. Haishh, banyak pula target ni, tercapai ke tidak ni. Hahaha. Tercapai atau tidak terpulang pada masa, yang penting target tu ada :)