tipulah kalau kata tak pernah . mesti ada walau sedetik . kalau tak ada jugak aku takleh nak kata apa lah ! Haha
cuma manusia sekarang, bila diceritakan akan masa depan . akan diketawakan, siap diherdik dan dicaci lagi . aku pun naik hairan . diorang ni takda hala tuju / matlamat hidup ke ? kesian dekat orang macam tu ! Haha jahat gila aku
semenjak dua menjak ni, aku selalu tak masuk kelas . sama macam aku cerita dalam entry Surat Cinta tu lah . Umi pun katalah "nak jadi gapo Aiman ni, kelas pun xse masok !"
aku dengar ayat tu dari mulut kakak . so xde lah rasa sangat . lagi pun, selalu je Umi cakap macam tu tapi satuharibulandua hari tu, abah tanya "ok dok ngaji, boleh ko dok satu Diploma ?" aku macam hairan . kenapa tanya macam tu . pastu tanya lagi "boleh gi ko nga kolej ?" aku sayang kot ngan Kolej Islam As-Sofa ! :-*
lepas Abah tanya macam tu, aku terfikir. mula-2 Umi tanya, pastu Abah tanya . aku kalau nak ikut, tak pernah terbayang pun hidup aku ke jalan ni . aku terbayang jadi ahli sains atau sekutunya tapi aku dihantar ke sekolah agama dari FormOne . aku jenis tak kesah, so ikut je lah channel tu . Menyesal ? jauh sama sekali
aku Bersyukur sebenarnya dapat hidup bersama al-Quran pada zaman sekolah . bukan semua orang dapat . tapi semakin tua semakin lara ! Bodoh
berbalik cerita asal . aku sebenarnya tak kesah pun macam mana kehidupan esok hari . cuma risau akan kehidupan di hari esok ! nampak tak ayat tu! Haha dengan dosa yang tak terbilang . amalan yang sikit . terlalu cinta akan dunia . tertipu dengan nikmat Nafsu ! sekali lagi Bodoh
orang selalu tertipu dengan "kau nak bagi makan apa kalau tak kerja" ada betul ayat tu tapi manusia sekarang lebihkan kerja berbanding beribadat .
Ingat balik kenapa manusia dicipta !ada sesetengah orang, kehidupannya adalah pekerjaannya . NauzubiLLAHi min zalik ! awal pagi keluar rumah pergi kerja, balik lewat petang, malam sambung lagi dalam rumah dah letih, tidur . mana masa untuk anak-2 . untuk Isteri . untuk Pemberi rezeki ? ingat balik, kau kerja untuk keluarga, jangan abaikan keluarga untuk kerja !
kuat pulak emo aku malam nih ! Haha . Maaf . berbalik topik asal, Ustaz Ali ada kata, selalulah ingat Mati kerana Mati itu pasti . maka tidaklah penting akan 'Future' didunia
jika ingat Mati, maka akan terasa sangat sempitlah dunia ini !
jika ingat Mati, kita akan berusaha untuk mendapat Husnul Khatimah !
jika ingat Mati, kita akan terasa ingin duduk bersama orang-2 yang diredhai ALLAH !
tidaklah aku kata tinggalkan dunia, tapi berjalanlah di dunia untuk menuju ke Akhirat ! sama-2 kita beramal dan moga-2 tergolong diantara orang yang diredhai . amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan