10 Mei 2013

al-Ithar (Melebihkan Orang Lain)


contoh al-Ithar :p
hari ini sedikit perkongsian berkenaan ithar . satu nama bagi sifat mahmudah yang mungkin tak pernah dengar . aku pun tak pernah tahu sehingga di beri assignment .

entry ini mungkin ditujukan kepada yang nak ambil exam, terutama classmate aku . supaya tak perlu nak baca 20 muka surat . nanti muntah hijau . banyak lagi buku lain kena baca .
tak mahu stress-2 !
ini hanya ringkasan yang aku boleh simpulkan dari pembentangan dalam kelas itu hari . aku bukan nak sekolahkan engkau orang ! Haha 

Ithar (لْإِيثَارُا ), secara bahasa bermakna melebihkan orang lain atas dirinya sendiri . lawan bagi sifat al-Ithar, Mementingkan Diri (Ananiyyah الأنانية)
al-Ithar ini ada tiga situasi, seperti yang dibincangkan dalam kelas . aku sertakan dalil, mana tahu Ustazah minta

1) Sangat digalakkan/Harus : pada perkara yang bukan ibadah seperti kita memberikan makanan kepada orang lain yang lapar padahal kita sendiri juga lapar.

لَيْسَ الْمُؤْمِنُ الَّذِي يَشْبَعُ وَجَارُهُ جَائِعٌ
“Bukan seorang mukmin yang dia kenyang sementara tetangganya lapar.”
-Shahih al-Adab al-Mufrad no. 82

2) Makruh : melebihkan orang lain pada perkara sunnah seperti kita mampu berdiri di saf pertama dalam solat, namun kita mempersilakan orang lain.

فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ
"oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan" 
- al-Baqarah : 148

3) Dilarang : mengutamakan orang lain pada perkara yang syariat mewajibkan atas kita seperti memberikan air untuk berwuduk kepada orang lain sedangkan kita perlukannya untuk berwuduk.
~Dilarang apabila melebihkan orang lain sehingga menyebabkan tertinggal amalan fardu !

Kalau exam tanya faedah, kisah dan seumpamanya, fikir sendiri ! Haha

berkenaan soalan yang tak terjawab hari tu, sekiranya hanya ada satu tempat dalam bas untuk ke majlis ilmu . setelah memerah otak, jawapan aku, ia dikatogerikan dalam bahagian makruh . disebabkan otak aku ni tak banyak terima bahan bacaan, kalau salah tolong bacakan :)

siapa-siapa yang follow-up blog aku, berkenaan dengan video entry sebelum ni, ini lah tajuk dan jawapan kepada kartun yang bosan dan tak berapa faham tu ! Haha


ada lagi satu video aku "terpaksa" bikin, tapi akibat kebosanan terlampau . aku malas nak tengok dah video tu ! Haha
Selamat, Maju, dan Jaya Semua :)