akhirnya dapat juga mengadap benda alah ni setelah sekian lama . dan masa yang ditunggu telah pun tiba . (nampak sangat tak ikhlas ! Haha) siapa yang tak suka dapat cuti, bohonglah !
aku berjaya duduk sana (Rembau) tak lama dan tak sekejap . masuk 28/10 habis 28/2 . nak kata tak dapat benda, aku dapat banyak gila benda baru . dan benda yang paling drastik sekali aku dapat adalah aku jadi minat baca buku ! Haha . kalu korang tergelak baca statment ni . jangan risau, kita gelak sama-sama ! Haha . aku pun tak sangka aku baca buku . ini semua disebabkan aku masuk kelas ganti dan bosan teramat sampaikan baca buku jadi menarik ? sekarang, setiap kali keluar mesti singgah kedai buku . kalu ada buku menarik mesti beli . aku pun naik hairan
pengalaman yang paling best kat sini tentu-tentulah, jadi ustaz . kalu senior boleh arah junior, ustaz boleh arah senior . nampak dia punya Best kat situ . lagi-lagi aku ni warden ! Haha . apa yang aku belajar, jadi ustaz ni memang nak tengok anak muridnya bagi respond, apa-apa respond samada faham atau tak . sama juga dengan tasmi' baik pergi mencuba dari tak pergi langsung . lepas ni aku nak jadi student sebagaimana aku nak student aku buat . aku juga belajar kalu tak bagi respond atau tak tasmi' atau tidur sekalipun, ustaz akan maafkan juga . itulah yang student aku buat dan aku akan ikut ! Haha
aku paling banyak belajar dan paling rapat dengan geng-geng warden . ialah, masakan tidak kalau dah tidur satu bumbung . mula-mula aku masuk sekolah aku hairan, kenapa budak-budak tu dibiarkan berkeliaran, rotan sajalah . mudah . tapi semakin hari semakin aku tahu, kekerasan bukan caranya dan aku belajar itu dari warden-warden .
Ini STIAS kalau nak kenal ! |
orang yang aku rapat dari kalangan budak pulak, budak asrama chenong, budak kelas tasmi', budak yang pernah keluar dengan aku, budak yang pernah main ping pong dengan aku, budak yang aku pernah masuk kelas dia, budak yang aku pernah ngajar (tak sangka), budak yang pernah bekerja dengan aku, budak yang pernah tegur aku, budak yang panggil aku ustaz dan budak yang sekolah di STIAS .
akhir sekali, aku nak ucapkan terima kasih dan tahniah kepada aku kerana berjaya menghabiskan masa dan tenaga selama 4 bulan walaupun ponteng 2hari dan kepada sekolah yang sanggup bagi aku makan dan tempat tidur . tak lupa juga diucapkan terima kasih dekat aku kerana berjaya menyiapkan fail-fail 3tahun lepas punya cerita . InShaAllah, aku akan kembali berkhidmat si sana selepas aku kaya nanti xD
Aku tak tahu apa nak cakap kat depan ! Haha |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan