24 Feb 2015

Resah

Hari ini aku rasa nak update blog. aku saja je nak tulis entry ni. mungkin esok-esok aku baca balik, aku akan gelak sorang-sorang. Haha. Sekarang pun aku dah gelak bersama-sama 'future me'. ehmm, dah macam orang angau pulak aku rasa!

ok, cerita yang membuatkan aku resah begini. aku tak tahu nak buat apa dengan hidup! HAHAHAHA benda kecik je tapi hati tengah gabra, mestilah menda jadi besar. sebenarnya aku bosan dengan politk Malaysia. Buka je FB, semua orang nak gaduh. sebab itu aku tak nak duduk Malaysia nanti bila kahwin. aku nak kahwin dengan orang Asian mata sepet atau mata bulat. HAHA apa yang aku mengarut ni!

cerita yang sebenar macam ni, haritu sebelum raya cina aku pergi kolej jumpa penyelia. kan aku ada cakap kena buat balik kertas projek aku tu. sesampai di sana, ketua Jabatan Usuluddin ada juga, dan Ustazah Aisyah Jamilah cakap aku kena daftar dulu kalau nak hantar kertas projek tu. tapi masa tu pendaftaran dah tutup. Haha jadi aku kena tunggu buka Sem depan untuk daftar. menyebabkan aku menganggur lebih lama, Haha aku rasa aku dah macam budak tengah tunggu result SPM pula

aku bukan nak salahkan kolej, atau pengurusan yang tak bagi tahu awal-awal walau dah pernah jumpa, atau mana-mana pihak. sebab semua ini salah aku. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian sorang-sorang. tapi sebenarnya aku tak salahkan sesiapa, sebab bagi aku ini bukan satu kesalahan, cuma aku rasa bosan di rumah, atau pun sebab aku takda duit. BR1M pun tak daftar. Mungkin juga sebab aku takda duit menyebabkan aku takleh keluar mengakibatkan aku duduk rumah sekaligus membuatkan aku rasa bosan walau mengadap gadjet berejam-jam.

sebenarnya, aku pun tak tahu berapa kali dah aku tulis sebenarnya. aku memang macam ini. mula-mula buat dont know, happy go lucky. bila dah bosan atau dah takda aktiviti, mulalah -gabra,resah,fikiran celaru,hati kosong,jiwa kacau- punya penyakit datang. aku pun semakin membiasakan diri untuk lawan semua tu, sebab itu aku tulis kat atas tu aku akan gelak seksok.

aku juga rasa umur aku dah tua. 21 dah aku tahun ni. aku target umur 30 dah kaya. tapi kalau sekarang pun macam ni lagi kedudukan aku. memang lama lagilah nak kaya, aku nak kaya dulu baru kahwin, secara automatiknya lama lagilah aku akan kahwin. Haha ini juga antara pemikiran aku. aku dengan Mat Jenin sama je. sebab itu pemikiran aku serabut. over thinking . aku akan jadi tak waras pemikiran pada 2 masa saja, satu macam masa ni, satu lagi masa marah.

macam banyak lah pula aku tulis kali ni. tapi takpa lah, alang-alang mencelup pekasam. biar sampai habis pekasam tu, kalau simpan rosak. lagi satu masalah aku, bila tiba masa-masa macam ni, aku rasa macam malas nak jumpa orang. Hatta keluarga aku sendiri, kalau boleh aku nak duduk menyepi dalam bilik, sebabnya tak nak orang tanya macam-macam kat aku. atau mudah cerita, tak nak ada conversation terjadi. aku pun tak tahu kenapa. malukah, malaskah atau apakah?

tapi sebenarnya (yang keseratus), aku bersyukur bila dalam situasi begini, aku akan ingat Allah. kalau ada baca entry aku yang lain. yang tajuk macam down-down sikit. semua macam ni cuma jalan cerita je lain. aku akan akhiri dengan perjumpaan aku dengan penyelesaian. sebab Allah sayang aku lagi sebenarnya. tapi kali ini punya penelesaian tak jumpa lagi. mungkin lepas aku daftar dan hantar kertas projek aku tu, legalah. inshaAllah

aku nak daftar kolej kerajaan pula lepas ni tapi aku tak pandai nak buat macam mana. kalau ada orang tahu, minta tolong daftarkan aku sekali. dan satu lagi. Jangan lupa doakan aku jadi orang kaya. doakan lah bebanyak. kalau rasa teringat je dekat aku, terus doakan aku kaya. Haha bukan aku gila harta tapi ada sebab lah aku nak jadi kaya. cakap sini nanti jadi riak pula. kau doakan je

 p/s : cuba kira berapa banyak sebenar dan sebab aku tulis. aku dah lost count. mungkin sebab ni lah Bahasa Melayu aku tak dapat A. Haha


Tiada ulasan:

Catat Ulasan