27 Dis 2012

Alam baru :8|

google wish aku ! Haha

semalam umur aku genap :8| tahun :)
orang lain dah lama. aku hujung tahun baru birthday.
mampusla . bedey aku bedey kau.
woi-2, kau marah sapa ?

macam mana kalau aku tulis blog macam kat atas tu . ok ke ? macam annoying je. Abaikan !

ok, nak cerita sini semalam birthday aku . yeah ! *buff *buff fireworks WoHoo ! people shouting .

angan-2 MatJenin je semua tu . hakikatnya aku menghadap laptop baget buat assignment ! Haha

Sekarang ni aku dah memasuki alam baru yakni alam boleh tengok movie 18SG. eh eh, kesitu pulak xD setelah aku jadi semakin Dewasa ini aceceh ! perlu ada target baru dan aku rasa aku akan mencuba untuk menenpuh segala ombak duri yang menimpa woi,dah-2.

Umur diukur berdasarkan Perwatakan !
ya, kau umur 225 tahun pun. kalau perangai kau tak berubah, memang susah lah nak cerita ! sebab itu aku suka lepak dengan orang lebih tua dari aku. dengar kisah & pengalaman diorang. baru boleh jadi matang sikit B-)

dah la . malas aku nak syarah panjang. assignment pun tak settle lagi . anyway, thanks pada yang wish :*

p/s: terabur aku tabur gambar tu . tapi yang penting Maxis wish aku dulu xD





24 Dis 2012

Majlis Ilmu

Bismillahirahmanirahim . dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani .
Assalamualaikum

kita mulakan entry ini macam ayat biasa :
"dah lama aku tak update blog ni" atau "dah berhabuk blog aku" atau "apa khabar semua, rindu tak?" dan macam-macam contoh lagi.

sebenarnya aku dah lama tak tulis blog ni sebab tak tahu nak carita pasal apa . tapi aku nak cuba jugak la .

ok, hari ini aku nak cerita pasal hari khamis lepas . pihak kolej ada majlis bersama ulama' dari negara lain . pelajar semua berkampung di Rembau,N9 selama 4hari 3malam . aku pada asal nya nak ikut  tapi ...

HAA nampak tak perkataan 'tapi' tu . sebenarnya alasan tu semuanya syaitan yang taknak bagi ikut . umi pun ada cakap juga kat aku . ALLAH tidak bagi aku bersama-sama ahli ilmu sebab aku tidak melayakkan diri. ya, semua ni salah diri sendiri yang menjadi hamba nafsu dan terlalu cintakan dunia !

sebenarnya aku kerugian tidak dapat pergi kerana terlepas ilmu, tak dapat tengok ulama' dari negara lain . bukan hari-2 ulama' nak datang Malaysia ! pergh, satu kerugian besar .

Sesal dahulu pendapatan Sesal kemudian tiada guna !
nak buat macam mana . menda sudah jadi . teruskan perjalanan . yang lepas jadikan tauladan !


1 Dis 2012

Masalah

masalah perkara normal lah berlaku kat manusia. xde masalah xnormal lah *pendek kata gila ! Haha budak kolej nampak aku hidup macam xde masalah *macam ye disitu sebab diorang tak kenal aku dan sejarah aku. aku pun xnak cerita masalah aku kat ini.
buka aib sendiri tanda kiamat kecil
kata-2 tu aku xingat cedok kat mana. korang cari sendiri lah sohih ke x.

disebabkan tajuknya 'masalah' .para peminat *jangan dengki ! Haha mesti nak tahu apa masalah aku hadapi sekarang. ok lah aku bagi tahu sikit. hajat aku nak simpan Afro terus dikencam ! Haha ia satu masalah bukan ?

saja je lah doii. sebenarnya tadi lepak ngan geng Power Rangers nama baru Ustazah bagi. diorang duk cerita pasal masalah masing-2. aku duk senyap dan menjadi pendengar yang baik :)  betullah tindakan diorang. bila ada masalah mesti ada stress.
salah satu cara nak hilang stress, luahkan masalah
tapi diorang selalu cakap "kau untung lah man". silap kawan ! aku ada masalah dan masalah tu aku rasa lagi besar dari korang dan isunya sangat sensitif. aku xpernah cerita kat orang kecuali sorang. cerita sini habis sini xD

pendek kata siapa pendek ? Haha ada masalah yang boleh diselesaikan. ada masalah yang kadang-2 kita perlu biar ia dilupakan dengan tabah dan sabar. bagi contoh lah senang paham.
hari ni henset kau hilang = tindakan = kalau dapat balik AlhamduliLLAH = kalau xdapat balik melaung pun x guna

macam mana ayat tu. belum sempurna iman selagi tidak diuji @ setiap yang berlaku ada hikmahnya. mana tau dapat iPhone5 ! Haha jangan fikir kita saja ada masalah. orang lain pun ada masalah. mungkin lagi besar dari kita. penduduk Zimbabwee maen hentam xdapat makan pun boleh teruskan hidup. lagi kita yang hidup aman kenapa sampai stress pikir spender hilang ?

tarik nafas dan ingat ALLAH :)

28 Nov 2012

Sakit

hari ni aku rasa macam nak demam. semalam balik redah hujan sampai rumah tak mandi terus
itu makan kau ! Haha
orang suruh makan ubat. jawapan bernas aku. "kenapa nak pendekkan proses penghapusan dosa" nampak sangat banyak dosa ! Haha menarik kan jawapan tu :) tapi aku tak luahkan pun jawapan tu. takut di pikir laen.

manusia sekarang ni semua pun nak dibelit. orang cakap ni dia belit kok tu ! -kata-2 ustaz Najib bukan najib Rosmah OK !

sebenarnya aku bukan nak cerita pasal aku. nak cerita kat sini tadi pegi melawat Burn nama sebenar Muhd Al-Qayyum masuk hospital. kaki dia bengkak tak tentu pasal. sampai nanah bagai. orang tua-2 panggil bisul rasanya.

dia duk di Hospital Ampang Puteri sekarang. nak duduk bilik 2nd class aje. rege dia rm230 satu malam ! kalau tambah tolak boleh payung makan sebulan. Haha prosesnya tak tahu lagi. tunggu kata putus dari doktor. kalau aku, suruh potong habis je kaki tu xD gurau je lah bangang. nah makan kaki ! Haha

dia kata kena time main futsal masa Karnival Mahabbah anjuran Mpp hari tu isnin lepas,hari ni hari rabu. seperti aku kata tadi. ni adalah proses penghapusan dosa. so kental lah Burn ! kata burn semua boleh. Haha

ni lah Burn semua boleh

lawatan tak rasmi

nampak tak bengkak dia


22 Nov 2012

tanah LeGo

ehem-2. test suara dulu. lama dah tak post nih :)

Pada hari khamis yang lepas aku dan family pergi ke Legoland. post ni lambat sikit sebab tunggu gambar dari kakak. boleh pulak time pegi kamera tak ada, jadi pakai je lah kamera henset abah sebab lawa sikit dari henset aku ! *apa kaetan henset abah dengan kakak ! Haha

perjalanan dia normal. xde apa yang menarik. cuma jangan berenti kat R&R Machap sebab lalat kat situ boleh buat gaduh ! berenti kat Machap pun sebab nak solat zohor. time nak gerak boleh pulak lalat tu nak join pegi Legoland. Deyy, mana boleh !

sampai kat Legoland tu agak petang jugak la. yang menariknya kitorang baru sampai dah ada orang gerak balik ! Haha apo kehe? memang agak lewat kitorang sampai tapi yang musykil nya pehal yang gerak balik tu muka sorang-2 macam baru lepas dapat result ! kitorang pegi tu pun saja nak survey sebab ikut perancangannya begitu. esoknya baru main sampai pengsan ! *perancangan asalnya

sampai je kat pintu depan kena lah daftar. mula-2 tu agak f**k jugak kena isi borang bagai. rupa-2 nya dia nak buat kad sebab abah beli Annual Pas. Annual Pas nih macam masuk suka hati sepanjang tahun sebab Legoland tu cek hang yang punya tapi kalau masuk time tengah tutup memang tak lah jawab nya.

masuk je dalam tu terus hilang mood aku nak maen. semua mainan budak-2. kalau kau ni budak darjah 3 mungkin excited la *aku tulis mungkin ya disitu. so, habis pusing satu taman tak sampai sejam yang paling menarik kat situ part tengah-2. kat situ habis setengah jam nak tengok satu-2. situ dia buat replika negara-2 asia, kolumpo, putrajaya, pulau Pirates dan sampingan-2. replika tu dia pakai Lego lah dah nama pun Legoland. aku tak tangkap gambar sebab macam malas ! Haha

gitu je lah cerita nya. kalau nak cakap best ke tak. aku tak leh nak kata *sebab aku tulis ! Haha nasihat aku,  xyah pergi, maen tempat lain. kalau nak pergi jugak Legoland tu
Pakai Topi . Bawak Air n Makanan . Duit Lebih
p/s:baju biru hari pertama kelabu hari kedua







11 Nov 2012

curi dan tuduh

Wahai manusia, kenapa ada diantara kamu yang suka mencuri ! BAKA bila ada kes pencurian maka adalah agenda tuduh menuduh bertunjuk-tunjukan. sesuai ke guna perkataan tu ? *cari dalam kamus apa maksud ! Haha

ceritanya begini. hari jumaat yang lepas macam biasa naik train dari Seri Petaling ke Ampang tapi kali ni tanpa mirul sebab kelas dia start awal. lepas habis kelas ada lagi 2jam nak Jumaat jadi atas kesempatan ini aku ngan Fuad lepaking dulu dalam rumah sewa Pet. baru ku sedar Mirul tak datang hari tu.

duk tengah layan CS tetiba ada number tak dikenali call. lalu diangkat oleh aku maka tersembul keluarlah suara yang ku kenali iaitu mirul. maka berlakulah perbualan diantara kami *menarik tak aku tulis gitu ! Haha

"Mana kau !"
"Aku tengah buat IC ni"
"Berapa banyak IC kau nak. nak mengundi lebih"
"Aku kena samun la semalam"

lebih kurang gitulah. tapi yang menariknya dia kena samun kut ! apa lagi si penyamun tu buat kat dia selain amik duit. berghh SERAM meh *orang serious dipikir mende lain plak ! Haha aku tak sempat nak tanya panjang apa detail dia sebab dia pakai number member dia. pastu aku cerita la kat si Pet yang mirul kena samun. maka timbul lagi satu cerita

semalam (hari khamis) berlakunya pencurian dalam asrama. Laptop sebijik hilang dan ramai Geng-2 aku kena tuduh sebab kita orang memang muka Blacklist ! Haha tapi siapa tak panas kena tuduh melulu gitu. Pet kena tuduh sebab dia masuk Asrama hari Khamis.

aku ngan mirul masuk jugak kot sebelum pegi TS *buka entry retis tapi aku ngan mirul tak kena tuduh. lagi satu yang menariknya anak Dato' yang aku percaya memang tak akan curi kena tuduh jugak ! Haha padahal sebelum Laptop hilang Handset ngan duit dah hilang. memang orang dalam jugak la kan.

aku tak leh nak tuduh siapa-2 tapi . Haa nampak tak tapi tu ! Haha kita tengok la apa cerita esok !

ni lah Geng aku yang kena tuduh
Syed (Ferd), Iqmal, Aku, Din (Rafiq), Zaki (Pet) dan Muaz





8 Nov 2012

Maaf

Maaf makna nya dalam Kamus Dewan Edisi Empat *search kat google je ialah kerelaan melepaskan atau membebaskan seseorang daripada hukuman atau denda kerana sesuatu kesalahan. kata sinonimnya ampun.

senang je kan manusia mengucapkan perkataan maaf. padahal dia tak tahu apa orang yang dia sakiti rasa. setuju ?

TAK ! aku rasa lebih baik dia minta maaf je walaupun menda yang dia buat tu memang menyalahi Undang-2 Melayu Melaka daripada buat don't know. lagi sakit hati !

lagipun Islam mengajar bahawa seluruh muslimin adalah saudara bukan ? buat apa bergaduh sesama saudara sendiri. aku tidak berkata boleh bergaduh dengan non-muslim tapi senang cerita bergaduh sendiri itu apa motifnya ?
Matanglah Wahai Manusia !
 sebenarnya aku bercerita pasal maaf ni sebab aku nak minta maaf kat Ustaz Sufi oleh kerana aku tak masuk kelas Ustaz Sufi tadi ! Haha perkara ini tidak di sengajakan *walaupun aku tahu Ustaz tak visit pun blog aku

aku bangun lewat pagi tadi. disebabkan tayar basikal aku pancit terpaksa tunggu 'driver' aku ambik. tunggu punya tunggu, 'driver' aku sampai. aku duduk saja atas kerusi telah di charge rm3 ! Haha *nampak tak pengorbanan disitu :)  dalam teksi tu aku ternampak botol air yang kurang menyenangkan. aku malas nak kesah sangat sebab dia berbangsa cina tapi hati kecil aku takut jugaklah kalau tiba-2 *text ini terpaksa dipotong kerana terdapat unsur-2 18SexGanas Haha

sesampai aku kat Chan Sow Lin aku tepun si Amirul *naik tren sama-2 tiap hari boleh pulak dia kata sakit perut. orang tengah lewat nih ! Haha aku tak salahkan dia pun sebab aku sampai kat Ampang pun kelas dah start sejam lepas tapi kalau dia bagi tahu awal tak ada lah aku kena naik teksi !

mende dah jadi. so, tunggu je lah si Amirul nih dan sejam kemudian baru sampai. habis satu kelas ! Haha sakit perut ye bang *nada Aziz Satar

kesempatan ini jugak aku nak minta maaf kalau aku ada buat silap dan salah kat siapa-2 terutama Amirul dan budak yang cakap aku ni Hipokrik *bukak post Hipokrik sebab mengumpat dalam blog :) sebut pasal budak ni terkejut aku jumpa dia kat kedai makan pagi tadi, dia cakap pasal rambut aku tapi nada lain sikit ! Haha 'seram aku'. dia baca blog aku ke ?

sebelum beredar apa kata kita layan lagu dulu ! Maafkan Kami 2 version berlainan. Enjoy !

p/s : tutup lagu kat bawah dulu

Altimet


5forty2


7 Nov 2012

Retis

aku sebenarnya tak tahu apakah yang demaksudkan dengan Retis itu. nak tanya makcik google takut kena marah tapi setelah dikaji secara mendalam, menela'ah buku fizik dan kimia akhirnya dapat ku simpulkan retis ni maksudnya Artis :)
kenapa aku nak cerita pasal artis pulak nih ?
ceritanya aku pergi kolej pagi tadi dengan kadar tergesa-2. sesampai nya aku ke kolej baru dimaklumkan kelas di tunda. WTFantastic !

bagilah tahu awal-2. tak ada lah aku nak kena rushing. habis duit aku bayar tambang ! Haha tapi ada hikmat disebalik tu :)

disebabkan hari masih pagi, aku lepak lah dalam hostel sambil bermain alat music :) disebabkan aku ni pro, aku biar lah budak-2 amature main.*aku reti main dadu je ! Haha

dah puas bermusik, aku pikir kalau balik, awal lagi so aku bergerak ke tempat kerja si Amirul Asyraf. dia kerja kat Sungei Wang. aku dah lama tak pergi sana ! Yeah *exited . owh, lupa nak bagi tahu, aku dengan Amirul ni naik train sama-2 pergi dan balik. dia bekerja sambil belajar. *cari duit ma !

sampai ke Times Square aku mencari baju dan seluar. dah lama giler aku tak shopping. gambar aku kat Hong Kong dan Singapore baju sama kot *sebab tu exited.

p/s : aku beli baju ada gambar kartun rambut Afro ! Haha aku dah lama pasang niat nak berambut Afro tapi harapan ku sentiasa dikencam hebat. rambut aku Afro sekali je, selepas SPM. itu pun tak cukup panjang lagi

usai upacara shopping, kita orang pergi ke Edwin Sungei Wang. Amirul kerja situ. katanya kena masuk awal. ada staff MC.
disitulah aku berjumpa dengan retis.
aku jumpa dengan pemain gitar Bass band O-Two ! Wohoo *aku tak tangkap gambar sebab rasa macam janggal pulak. mungkin ramai tak kenal dengan band ni sebab dia orang asal underground tapi sekarang dah mainstream. dah masuk musik-2 dan minggu lepas no.1 carta rock sinar dengan single terbaru Selalu Kamu *promote-2 :)

aku sebenarnya tak kenal pun bassis *entah betul ke tidak aku eja tu band O-Two ni. penyanyi O-Two aku kenal la sebab dah pernah jumpa :) sebenarnya si Amirul ni member diorang. Amirul dengan Ijoy (bassis) penah kerja sekali kat Parkson Times Square. sekarang diorang kerja kat Edwin pulak *kalau nak jumpa pergi lah sekarang

so apa kata kita layan si Amirul dan O-Two dulu sambil korek hidung ! Haha owh, sebelum terlupa, video music lepas kelas tunda sekali Jyeah

 
ni pulak single O-Two terbaru

Fuad , Zaki (pet) , Azam dan Amirul

This is Amirul





6 Nov 2012

Abu dan Ali

Title tu saja nak cover sikit ! Haha . aku nampak gambar menarik :)

ceritanya gini. macam hari-2 biasa aku naik train Aliran Ampang, sampai kat Chan Sow Lin tu aku turun la. time aku turun tu train ke Sri Petalling dah ada kat situ. aku nak duk hujung so aku plan naik next train je lah.

tunggu jap, train ke Ampang sampai. mula-2 tu aku buat tak kesah je la. tiba-2 time train tu dah nak tutup pintu aku nampak satu gambar menarik. so, aku cepat-2 la keluarkan henset untuk tangkap gambar tersebut :)

p/s : kualiti gambar tak memuaskan. gambar ini tidak di edit atau ditokok tambah

nampak tak apa yang aku nampak ? kita zoom sikit

ini lah kisah ABU dan ali ! Haha

Ini Bukan Blog Politik 

nampak tak gambar tersebut. mungkin bagi korang gambar ni biasa tapi bagi aku gambar ni 'chaos' kot ! Haha tak tahu lah siapa yang tampal mende tu. yang cleaner xleh nak buang ke mende tu atau cleaner pun #ABU jugak :D 

aku tak tahu nak cakap apa tentang politik Malaysia sebab ustaz suruh cari ilmu sampai tepu dulu. masa tengah tulis entry ni sedang hangat isu Nurul Izzah kena fitnah cakap pasal bebas beragama ! aku pegang kata TG Nik Aziz je.

"yang menyampaikan berita tu sokoba yang paling banyak kena saman dan kalah!" Haha situ pun dah boleh nampak 

papehal pun, layan member aku tiup seruling dulu satu kalu ! Jyeah


Hipokrik

betul ke aku eja tu ? dah macam krik krik pulak ! Haha

hipokrik ni aku rasa maksud dia berpura-2 baik atau senang cerita munafik la. aku terpanggil nak tulis pasal mende ni sebab classmate aku cakap aku ni hipokrik. dia cakap :

"aiman ni lain, kalau duduk dengan geng iqmal, rambut dia naik *istilah lain di panggil serabai. duduk macam orang gangster, macam je lah, tak gangster pun, tapi kalau duduk dengan kita dia buat muka nerd. dia ingat kita nerd la tu"

ok
disini aku nak cakap. apa yang aku buat tu bukan untuk menjatuhkan maruah siapa-2 atau  nak jadi pura-2 baik *sebab aku memang baik  :) tapi mengikut islah sains
masuk kandang rimau mengaum, masuk kandang kambing mengembek, masuk kondo lembu menglembu *kenapa kondo? , masuk group manusia menganjing :)
p/s : kata-2 tersebut hanyalah tambahan yang mengarut sebab istilah sains tak ada mende tu :)

persoalannya mudah, sukakah kau (orang-2 baik) tengok perangai budak-2 kurang baik macam aku ? tipulah kalau kata suka. mesti ada walau sekelumit.

situasi dia sama je macam ni. kau tak merokok member kau smoker. kalau member kau tu tak merokok depan kau kau anggap dia hipokrik ? kalau member kau jumpa kau dia merokok. kau suka ? mestilah tak.
Ini Soal Adab

nak cakap disini bahawa kelakuan aku tu bukan nak jadi munafik ke apa tapi hakikatnya kalau aku jumpa kau pun mesti time nak masuk kelas. takkan aku nak tunjuk rambut ku yang                   (terpaksa censored kerana terlampau gempak) dekat ustaz dan ustazah kot. ini soal respect dan adab. takut terganggu pulak pengajaran kalau asyik duk tengok rambut aku *deyy-2,siapa pulak baling kasut ni ! Haha . perasan lebih

rambut ku sentiasa berlainan style. kadang bercekak, kadang sikat belakang, kadang sikat tepi. biasalah, kata rambut                 (maaf terpaksa dicensoredkan sekali lagi :) kalau kau jumpa aku kat luar selain dalam kelas rambut aku biasa je.

isu rambut pulak diperbahaskan ! Haha . tau lah rambut aku... "dah-2 lah censord nya. rambut kalau lawa betul takpe, ni tidak, dah la kerenting !"*kata-2 ku telah dipotong oleh para haters ! Haha

aku bukan tak nak menjawab tuduhan tu tapi malas nak berdebat dan memanjangkan cerita. "takut cakap takut". weih diam la kau. aku nak bercerita pun susah.

hadith pun ada kata 'lebih baik berdiam diri'. setuju ? lagi pun mende ni tak larikan akidah dan tak menjatuhkan aku pun. so, ambil jalan yang mudah.

5 Nov 2012

Jenayah



abang wikipedia kata : Jenayah merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang kerajaan sesuatu tempat. Orang yang melakukan perbuatan jenayah ini dinamakan penjenayah.

aku tertarik nak tulis pasal mende ni sebab hari ni peneman mesej aku , harian metro yang dari form 3 adik aku tolong langgankan dan tak pernah mengecewakan dengan berita-2 terkini :') *terharu.hakhak hantar 3 mesej tentang jenayah ! 




itu baru hari ni . sebelum-2 nih ?

aku sebenarnya seram bila ada kes-2 jenayah ni . mana tahu satu hari nanti aku terpaksa berdepan situasi yang mana aku terpaksa berlawan dengan penjenayah supaya tidak dirogol . berhh , 'SERAM' aku !.:P

tapi tu lah . kalau nak di ikutkan . dari dulu Malaysia tak pernah lari dari penjenayah . kejap isu bunuh , kejap rompak bank , kejap samun , kejap rogol , kejap dan kejap dan kejap lagi lah . 

pernah dengar tak cerita
Botak Chin ? Geng M-16 ? *klik la dekat link tu klau nak tengok

ada je mulut berbicara yang sejarah sebenar bukan macam video tu . manusia-2 itu berkata pihak berkuasa saja nak tutup cerita sebenar macam kes Memali ! *kes memali tak pernah diselesaikan oleh pihak berkuasa?mengapakah . aku tak tahu lah mana satu betul sebab aku tak hidup lagi time tu atau mungkin tak pernah ambil tahu . tapi persoalannya kalau kes tu betul-2 berlaku ? 


aku tak salahkan pihak berkuasa tu sebab diorang jalankan tugas atas arahan . kalau arahan tu terpesong , jawab sendiri lah depan Tuhan seksok !

ke nak tunggu family kita jadi macam kes Noor Suzaily Mukhtar atau kes Canny Ong atau kes Dirang ?

tapi papehal pun layan lagu dulu . apa kata bunkface . ENJOY :)


4 Nov 2012

Tajwid

time ni aku tengah nak buat assignment
assignment nya adalah
membuat buku tajwid yang lengkap
buku tersebut boleh di guna untuk generasi akan datang
dan yang terbaik akan di letak di maktabah kolej
boleh dijual sekiranya mendapat cop apatah
duit duit duit
Hahaha

sebelum aku aku jadi penulis buku
aku nak kongsi di sini dulu
*woi sapa baling kasut nih
Hahaha

mengarut je aku nih
sebenarnya aku rasa benda ni  ilmu
dan x salah kalau kongsi
alang-2 dah mencari bahan
ada lah mende nak tulis :)
*aku pun copy paste jugak ! Haha

mana buku nya , cakap dari tadi !
nak mula la ni
tapi sikit je la
xde la sampai boleh jadi buku
dimulakan dengan
 بسم الله الرحمن الرحيم 



Tajwid

1.    Arti bahasa
*      Memperindah sesuatu

2.    Arti istilah 
*      Ilmu tentang kaedah (makhraj & sifatnya) serta cara-cara membaca Al-Quran dengan baik dan benar

3.    Tujuan 
*      Memelihara bacaan Al-Quran dari kesalahan dan perubahan serta memelihara lisan (mulut) dari kesalahan membaca

4.    Hukumnya
*      Belajar ilmu tajwid itu hukumnya fardlu kifayah sedang membaca Al-Quran dengan baik (sesuai dengan ilmu tajwid) itu hukumnya Fardlu ‘Ain

Inilah yang dimaksud dengan membaca al-Qur’an dengan tartil sebagaimana firman-Nya : و رتل القران ترتيلا (المزمّل : 4) yang artinya : “Bacalah al-Qur’an itu dengan tartil”.

*pengenalan dah lah . yang lain cari sendiri ! Haha

ni gambar tentang makhraj huruf

ni sifat huruf

belajar 2 mende ni kasi lumat dulu
agak-2 cakap tu dah macam orang arab
nanti aku post hukum nun , mim dan sebagai nya
mengikut matan ثحفة الاطفال 
*kalau rajin la


3 Nov 2012

New semester has begun !

title tu saja nak nampak macam baru
padahal dah seminggu dah 
dah start belaja dah pun
siap ada assignment lagi
xpe lah lambat siket ! mehh

first thing first .
kalau start sem baru maka akan keluar lah result sem lepas
MUHEHEHE !!!
dan keputusan nya adalah
jeng jeng jeng
lulus sahaja ! Haha

bangang weh rasa 
tapi nak salah kan siapa
DIRI SENDIRI tanggung

tapi xpe
yang lepas jadikan tauladan

pengalaman adalah guru terbaek bukan ?

jadi sempena dengan result aku yang 'gempak' itu
aku mencari inisiatif laen
aku mendapat ilham untuk tinggal di rumah
cara ini masih berkesan buat masa sekarang 
dan kesan sampingan yang bernilai

time mula-2 tu agak awkward 
ye la
dari form 1 sampai sem 1 duk hostel
aku sedang menyesuaikan diri

asal nya nak bawak kereta pegi kolej
tapi nampak macam akan jemm saja
duit habis masa habis
so naek train la LRT aliran Ampang

owh , lupa nak cakap
aku belajar di Ampang sekarang
Kolej Islam As Sofa
laen kali lah aku citer pasal kolej

rasa macam nak post gambar kenangan :) 







14 Jan 2012

hala tuju pas spm

td ptg g jais
anta borang stam
tp die ckp da tutup
bln 7 thon lpas agy

upu x daftar agy
no pin x bli agy

aq masih mencari2 agy
nk ke mana lps nie
kerja da ada
tp x pegi

lesen nk amik
tp
sibuk sejak dua menjak nie

brg skola smue da settle
s.brenti smue da amik

bnyk mende agy yg x dibuat!!!!!
 kne settle kan secepat mungkin!!!