11 Nov 2012

curi dan tuduh

Wahai manusia, kenapa ada diantara kamu yang suka mencuri ! BAKA bila ada kes pencurian maka adalah agenda tuduh menuduh bertunjuk-tunjukan. sesuai ke guna perkataan tu ? *cari dalam kamus apa maksud ! Haha

ceritanya begini. hari jumaat yang lepas macam biasa naik train dari Seri Petaling ke Ampang tapi kali ni tanpa mirul sebab kelas dia start awal. lepas habis kelas ada lagi 2jam nak Jumaat jadi atas kesempatan ini aku ngan Fuad lepaking dulu dalam rumah sewa Pet. baru ku sedar Mirul tak datang hari tu.

duk tengah layan CS tetiba ada number tak dikenali call. lalu diangkat oleh aku maka tersembul keluarlah suara yang ku kenali iaitu mirul. maka berlakulah perbualan diantara kami *menarik tak aku tulis gitu ! Haha

"Mana kau !"
"Aku tengah buat IC ni"
"Berapa banyak IC kau nak. nak mengundi lebih"
"Aku kena samun la semalam"

lebih kurang gitulah. tapi yang menariknya dia kena samun kut ! apa lagi si penyamun tu buat kat dia selain amik duit. berghh SERAM meh *orang serious dipikir mende lain plak ! Haha aku tak sempat nak tanya panjang apa detail dia sebab dia pakai number member dia. pastu aku cerita la kat si Pet yang mirul kena samun. maka timbul lagi satu cerita

semalam (hari khamis) berlakunya pencurian dalam asrama. Laptop sebijik hilang dan ramai Geng-2 aku kena tuduh sebab kita orang memang muka Blacklist ! Haha tapi siapa tak panas kena tuduh melulu gitu. Pet kena tuduh sebab dia masuk Asrama hari Khamis.

aku ngan mirul masuk jugak kot sebelum pegi TS *buka entry retis tapi aku ngan mirul tak kena tuduh. lagi satu yang menariknya anak Dato' yang aku percaya memang tak akan curi kena tuduh jugak ! Haha padahal sebelum Laptop hilang Handset ngan duit dah hilang. memang orang dalam jugak la kan.

aku tak leh nak tuduh siapa-2 tapi . Haa nampak tak tapi tu ! Haha kita tengok la apa cerita esok !

ni lah Geng aku yang kena tuduh
Syed (Ferd), Iqmal, Aku, Din (Rafiq), Zaki (Pet) dan Muaz





Tiada ulasan:

Catat Ulasan