6 Nov 2012

Hipokrik

betul ke aku eja tu ? dah macam krik krik pulak ! Haha

hipokrik ni aku rasa maksud dia berpura-2 baik atau senang cerita munafik la. aku terpanggil nak tulis pasal mende ni sebab classmate aku cakap aku ni hipokrik. dia cakap :

"aiman ni lain, kalau duduk dengan geng iqmal, rambut dia naik *istilah lain di panggil serabai. duduk macam orang gangster, macam je lah, tak gangster pun, tapi kalau duduk dengan kita dia buat muka nerd. dia ingat kita nerd la tu"

ok
disini aku nak cakap. apa yang aku buat tu bukan untuk menjatuhkan maruah siapa-2 atau  nak jadi pura-2 baik *sebab aku memang baik  :) tapi mengikut islah sains
masuk kandang rimau mengaum, masuk kandang kambing mengembek, masuk kondo lembu menglembu *kenapa kondo? , masuk group manusia menganjing :)
p/s : kata-2 tersebut hanyalah tambahan yang mengarut sebab istilah sains tak ada mende tu :)

persoalannya mudah, sukakah kau (orang-2 baik) tengok perangai budak-2 kurang baik macam aku ? tipulah kalau kata suka. mesti ada walau sekelumit.

situasi dia sama je macam ni. kau tak merokok member kau smoker. kalau member kau tu tak merokok depan kau kau anggap dia hipokrik ? kalau member kau jumpa kau dia merokok. kau suka ? mestilah tak.
Ini Soal Adab

nak cakap disini bahawa kelakuan aku tu bukan nak jadi munafik ke apa tapi hakikatnya kalau aku jumpa kau pun mesti time nak masuk kelas. takkan aku nak tunjuk rambut ku yang                   (terpaksa censored kerana terlampau gempak) dekat ustaz dan ustazah kot. ini soal respect dan adab. takut terganggu pulak pengajaran kalau asyik duk tengok rambut aku *deyy-2,siapa pulak baling kasut ni ! Haha . perasan lebih

rambut ku sentiasa berlainan style. kadang bercekak, kadang sikat belakang, kadang sikat tepi. biasalah, kata rambut                 (maaf terpaksa dicensoredkan sekali lagi :) kalau kau jumpa aku kat luar selain dalam kelas rambut aku biasa je.

isu rambut pulak diperbahaskan ! Haha . tau lah rambut aku... "dah-2 lah censord nya. rambut kalau lawa betul takpe, ni tidak, dah la kerenting !"*kata-2 ku telah dipotong oleh para haters ! Haha

aku bukan tak nak menjawab tuduhan tu tapi malas nak berdebat dan memanjangkan cerita. "takut cakap takut". weih diam la kau. aku nak bercerita pun susah.

hadith pun ada kata 'lebih baik berdiam diri'. setuju ? lagi pun mende ni tak larikan akidah dan tak menjatuhkan aku pun. so, ambil jalan yang mudah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan