25 Feb 2013

TaTa Sem2

ehem ehem
buang kahak dulu
tepi sikit, tepi sikit
Haiktuihh !!

hari ni nak bercerita sambil bergumbira
aku tengah cuti ! BHaha
jangan jeles kawan-kawan semua
cuti ku hanya sebentar
sekadar menenangkan jiwa :)

macam inilah kehidupan seorang pelajar kolej yang malas
macam AKU !

jangan dicontohi
tapi aku tahu
korang pun sama ! Haha
lainlah kalau korang special kes xD

ok fine

budak nerd memang pandai
saja orang macam aku nak tutup kebodohan diri ! Haha

Sem2 ni banyak juga kenangan
tapi tak segempak Sem1
ramai ahli-2 Power Rangers berpaling tadah
seperti aku jua :(

Sem2 ni aku dah kurang lepak dengan diorang
mungkin sebab aku ulang alik kot ?
susah nak ber'aktiviti' ! Haha
nampak tak ayat tu xD

 
TRUE FACTS

final baru-2
AlhamduliLLAH boleh jawab
Mungkin?
 kadang-2 yang boleh jawab tu yang xdapat skor ! Haha
kita tunggu dan lihat xD

kita adalah pelaburan mereka !

sepanjang cuti ni
aku masih tiada plan
ikut sedap nak duduk rumah je
tidur sepanjang hari, berjaga sepanjang malam ! Haha
oleh sebab yang demikian
maka terlakar satu senarai

baguskan ?

bukan aku pun yang buat list ni
tapi reward youself with a nap tu
aku selalu buat ! Haha

plan Umi suruh balik kampung
plan Abah suruh ikut tabligh
aku ikut saja
seminggu plan Umi, seminggu plan Abah
lagi seminggu tidur di rumah ! Haha
"tidur je keje kau"
dah nama pun cuti, biarlah =p

gambar kenangan sikit :)
dipetik dari entry-2 sebelum ni

Entry Sakit


Entry Retis

24 Feb 2013

Life

Setiap permulaan pasti ada pengakhiran !

Persoalannya,
bagaimanakah kita mengisi masa hidup kita ?

adakah dengan tipu dunia

nikmat yang sementara
atau
mengikut cara Islam


jauhi diri kami dari golongan yang rugi !


manusia mudah lupa
sentiasa memerlukan dorangan dan bimbingan
begitu juga diri ini
yang semakin hari semakin jauh


Amin !
love uolls :*


video yang simple tapi sangat mendalam !

ini pula kehidupan gamers ! Haha
Just Kidding xD

10 Feb 2013

Study

ok, tak lawak .

entry kali ni nak cerita pasal Bola Sepak .
aik, tajuk tu tulis pasal Study ?
biarlah, nak kasi panjang siket cerita ! Haha

cerita pasal study
tiba-tiba ngantuk
*kroh kroh* xD

yes, it does !

belajar memang banyak cabaran dan dugaan .
lagi-2 kalau belajar menda yang tak minat dan takde keperluan .
masuk pulak dengan bisikan Syaitan .

bukan aku cakap aku tak minat dengan apa aku belajar sekarang
tapi sebagai contoh
supaya mudah masuk dalam dada dan kepala
dear classmate, baca elok-2 dan masuk dalam dada xD
macamlah ada classmate aku nak baca :'(
HAHA 
xpe-2, nanti aku post dekat group :p

stress ?

Semestinya !
minggu lepas, aku mengalami pengalaman stress
asalnya sebab pengajian lah
pastu terbawa-bawa ke rumah
secara automatiknya timbul masalah lain -.-"


masalah yang timbul pun sebenarnya datang dari diri sendiri
macam yang diceritakan sebelum-2 ni
Semester 2 ni aku selalu tak masuk kelas
tiba-tiba rasa tertekan ?
tak tahulah kenapa -.-"


minggu depan aku final Sem 2
mungkin sebab tu kot aku stress ?
stress konon
buku tak buka-buka juga xD

nilah 1st time aku stress sebab study
macam tak percaya ! Haha
time EsPiEmm pun tak macam ni

 

bak kata orang
"Study Smart not Study Hard"
mungkin sebab itulah aku tak study
sebab dah smart ! Haha 
jangan terpedaya
ini satu pembohongan xD


maka dengan ini
pergilah study wahai aku !


Doakan aku dan semua orang yang nak exam

saja aku tulis entry ni hari ni
sebab esok dah tak boleh buka blog dah
kononnya !

doakan juga aku boleh teruskan pengajian
dan tidak stress-2 lagi :)


bak kata kakak
"biasalah stress time nak exam"
ada lagi dia cakap, tapi tak ingat
sebab tak masuk dalam dada xD

p/s: kepada classmate aku yang baru first time visit blog aku . jangan komen lebih-2 xD #peace

7 Feb 2013

Selfish !


Manusia makin hari makin tua dan aku adalah Manusia .

Kebelakangan ini, aku sibuk duk fikir pasal diri aku . tentang masa depan . sampai semalam kemuncaknya . 
dicampur dengan perasaan gundah gulana kerana Final semakin hampir .


tapi aku silap . aku terlalu mengikut perasaan . terlalu pentingkan diri sendiri !
apalah sangat perkara yang bermain di minda aku ini nak dibandingkan dengan Umi&Abah ?
makan orang suap . tidur orang selimut . belajar orang tanggung

Umi&Abah juga pernah bergelar Remaja . keadaan Umi&Abah lagi dahsyat !
jadi Umi&Abah lagi mengerti apa yang terbaik untuk aku .
jadi aku akan mengikut sahaja .
yup, that it . FullStop


biasalah hidup . adakala di atas adakala dibawah .
dan semalam adalah hari aku dibawah !


diorang yang tak berjaya pada awalnya .
boleh sahaja teruskan hidup ?
malah Terkenal !


aku bukanlah seorang pelajar yang Bangang terlampau !
cuma malas itu biasalah budak-budak .


jadi, yang lepas jadikan tauladan .
Pengalaman guru terbaik bukan ?

#Peace