26 Dis 2015

DoplohSatu

Selalunya pada tarikh hujung-hujung tahun ni aku memang tak miss untuk update blog. Satunya sebab akhir tahun, satu lagi sebab hari lahir aku 26 Dec. Jadi akan update tentang pencapaian tahunan dan kesimpulan aku selama setahun.

Selama aku hidup 21 tahun di bumi ini, tak ada satu pun pencapaian yang aku boleh banggakan. Boleh dikatakan setiap benda yang aku buat kecundang di tengah jalan. Dapat sikit-sikit je, jadilah dari tak ada apa. I think I can't finish whatever I started.

Tengah-tengah tulis blog ni boleh terlayan Big Bang lak. Potong mood nak tulis blog. Haha

OK tengah buffer, sambung balik.

Walaupun tak ada apa yang aku capai untuk 21 tahun yang lepas ni. Hidup mesti diteruskan. Terus pandang kedepan jangan toleh kebelakang, because I am a positive man with positive thinking.

Tahun 2015 ini aku tak dapat apa yang sepatutnya aku achieve iaitu Sijil Diploma. Aku sudah habiskan masa dari 2012-2015 di Kolej Islam As-Sofa dalam bidang Usuluddin tapi masih tak dapat pengiktirafan habis belajar disana officially. Technically aku memang dah habis kesemua sem dan subjek tak ada yang kena repeat, hanya sebab final projek aku tak grad. Aku dah malas nak fikir pasal tu sebenarnya tapi aku tulis sini untuk future me fikir tentang kegagalan yang boleh dikatakan paling besar untuk budak umur 21 tahun.

21 tu tak tua tapi tak muda. Kena pandai fikir untuk maju kehadapan.

Perubahan yang bagi aku paling Ohsemm tahun ini adalah masuk belajar di UNISEL. Aku tak tahu kenapa tapi aku amat gembira sekali di sana. Masa aku tulis ni aku baru habis Sem 2. Tak silap aku entry sebelum ni masa aku habis Sem 1. hehe. Belajar di unisel boleh dikatakan best thing of the year lah. Aku tak tahu kenapa tapi dekat sana aku tak pernah stress, belajar mahupun berkawan. Lagi satu dekat sana aku boleh simpan rambut. Haha. Target aku raya tahun depan nak buat rambut macam Jaden Smith dalam cerita Karate Kid. Semoga tercapai.

Untuk tahun depan aku tak nak target banyak dalam hidup, sekadar dapat buat simpanan bulanan pun dah cukup. Tahun ini aku try macam-macam, jual kasut, jual simkad, jual seluar, jual hard disk. Semuanya separuh jalan. Jadi tahun 2016 tak nak banyak, nak buat saving yang consistent setiap bulan pun jadilah. Aku juga nak start buat tabung Europe, dah plan dengan member nak pergi jelajah Eropah pada 2017, belajar pun tak tahu apa cerita lagi. hehe

Tahun ini tak melancong ke mana-mana kecuali Guangzhou awal tahun hari tu. Mungkin tahun depan akan jalan jauh sikit kot, campur sekali budget tahun ini. ngee ngee. Plan asalnya nak ke Chiang Mai bulan 12 ni tapi kosnya tinggi sangat.

Setengah tahun ni aku rasa aku banyak habiskan masa dekat Shah Alam, sebab kampus aku dekat sana. Aku balik rumah Bukit Jalil jarang-jarang, dalam sekali saja sebulan. Itu pun sehari dua. Mungkin aku gembira kot duduk sana, duduk seorang pun jadi. Ohh lupa, aku duduk rumah sewa dekat sana, Pangsapuri Pegaga. Jom lah datang singgah. Budak-budak rumah aku semua nice-nice. Tak ada yang buat hal. Aku ada fikir nak beli satu item yang boleh dipakai setiap hari untuk semua orang, tapi tak dapat idea lagi apa barang yang kena.

Aku harapkan 2016 ini aku dapat upgradekan diri ke arah yang lebih maju jaya. Lagi lima hari aku nak tweet "2016 please be nice to me" B-)

Okay lah, nak sambung layan k-pop.

24 Jul 2015

Mesej Saya

Hari ini rasa macam nak menulis sebab ada laptop kat rumah ni. Aku pun tak tahu nak cerita pasal apa. Mungkin mumble macam biasa kot. Ok, kita mula.

Selamat Hari Raya sebelum terlambat. hehe

Tahun ini Ramadhan amat berbeza. mestilah, takkan sama kot. tak membiak la sel kalau sama. Haha. Ramadhan ni, sekali saja buka puasa kat rumah, itu pun hari second last buka puasa. Hari last dah ada dekat kampung. Tahun ini aku menyambut Ramadhan di Shah Alam sebab aku sekarang belajar di Unisel. banyak habiskan waktu disana. disitu budak-budak tak solat terawikh, adapun sembahyang dekat masjid jauh-jauh. aku cuba hidupkan surau asrama sana, rugilah surau ada tak hidup. tapi malangnya, memang tak hidup juga. HAHAHA

Aku sekarang belajar di Unisel ambil diploma. Orang selalu tanya, kenapa amik diploma, kenapa tak sambung degree. aku pun dah malas nak jawab. sebab lain orang lain jawapan yang aku bagi. haha. aku masuk Unisel 30 bulan 5 kot kalau tak silap. 2 hari dari hari aku tulis ni aku dah start final exam sem 1.

Aku secara jujurnya sedang gembira belajar di sana. Haha. aku pun tak tahu kenapa. mungkin sebab hal dunia ni orang buat hal masing-masing kot. tak gaduh sana sini. kalau gaduh pun kes budak-budak. Awak dah besar, dah 21 tahun ni. hewhew. Mungkin juga subjek dan Uni ni pilihan aku sendiri. Sendiri daftar sendiri buat hal sendiri belajar, bayar je tak sendiri lagi. ngee

kalau nak cakap pasal housemate aku memang dah macam blog perempuan pula nanti. Haha. Sana budak bagus-bagus, jaga hal masing-masing. takde nak bidaah kan orang, nak menwahabikan orang, mengkafirkan orang, nak mensyiahkan orang. sana semua jadi orang awam. mungkin sebab tu kot aku sejahtera disana. huhu. sana budak-budak seangkatan yang masuk sekali panggil aku wak. sebab aku berlakon jadi orang indon masa orentasi. orang kenal aku sebab aku bahan fesi masa persembahan menyebabkan setiap kali aku lalu depan orang, orang kenal aku aku tak kenal orang. haha

pasal kertas kerja aku di As-Sofa aku tak tahu cerita. aku dah hantar yang final, ustaz cakap nanti dia info apa-apa. sampai sekarang pun takda. aku risau ustaz dah buang je kertas aku tu. haha. aku pun takda masa lagi nak jumpa ustaz. mungkin lepas exam kot baru pergi jumpa balik. jangan buat onar sudahlah. aku pun nak grad juga. haha. sebenarnya aku tak kesah pun pasal sijil tu tapi kesian kat parent aku je. lagi pun takkanlah aku tak grad disebabkan oleh kertas 50 helai. duduk sana dah 3 tahun siap berpraktikal bagai. rugi lah pulak rasanya. orang kelate kata 'ok senapas'

Hmm, ceritanya macam tu lah, di harapkan ustaz dapat mesej aku. haha. sepatutnya akulah yang kena follow up dengan ustaz. tapi macam tulah Aiman. sebab tu kasut masih ada dalam rumah ni. sebab tak follow up dengan buyer. huhu

2 Apr 2015

Vans Marvel Comics

Sebelum ni aku pernah cerita yang aku pg Guangzhou cari barang. Saja nak test skills marketing dan sales aku. hehe. Jawapannya memang FAIL . HAHAHA satu barang pun tak terjual. aku pergi bulan 12, sekarang dah bulan 4. memang fail yang teramat dahsyat.

masa mula-mula balik dari China memang semangat nak jual barang-barang ni. tapi disebabkan menunggu kargo sampai 3 minggu, memang putus angin aku. terus semangat hilang. tapi bila barang sampai, semangat naik balik. silapnya aku tak terus promote. aku balik kampung. HAHA hilang balik semangat nak menjual

TupTapTupTap masa berlalu. Kasut Vans Marvel Comics aku beli 30 pasang. Aku punya 2 pasang, tinggal lagi 28 pasang untuk dijual. Sekarang aku dah start promo, disebabkan ada respon baik, semangat datang balik.

Aku buka harga jual sepasang RM169. Aku ada 3 jenis design saja sebab aku rasa yang ni je lawa. HAHA. ini aku ambil gambar google tapi sama je macam aku punya, kalau nak gambar dari aku, sila whatapp 017-320 6243




24 Feb 2015

Resah

Hari ini aku rasa nak update blog. aku saja je nak tulis entry ni. mungkin esok-esok aku baca balik, aku akan gelak sorang-sorang. Haha. Sekarang pun aku dah gelak bersama-sama 'future me'. ehmm, dah macam orang angau pulak aku rasa!

ok, cerita yang membuatkan aku resah begini. aku tak tahu nak buat apa dengan hidup! HAHAHAHA benda kecik je tapi hati tengah gabra, mestilah menda jadi besar. sebenarnya aku bosan dengan politk Malaysia. Buka je FB, semua orang nak gaduh. sebab itu aku tak nak duduk Malaysia nanti bila kahwin. aku nak kahwin dengan orang Asian mata sepet atau mata bulat. HAHA apa yang aku mengarut ni!

cerita yang sebenar macam ni, haritu sebelum raya cina aku pergi kolej jumpa penyelia. kan aku ada cakap kena buat balik kertas projek aku tu. sesampai di sana, ketua Jabatan Usuluddin ada juga, dan Ustazah Aisyah Jamilah cakap aku kena daftar dulu kalau nak hantar kertas projek tu. tapi masa tu pendaftaran dah tutup. Haha jadi aku kena tunggu buka Sem depan untuk daftar. menyebabkan aku menganggur lebih lama, Haha aku rasa aku dah macam budak tengah tunggu result SPM pula

aku bukan nak salahkan kolej, atau pengurusan yang tak bagi tahu awal-awal walau dah pernah jumpa, atau mana-mana pihak. sebab semua ini salah aku. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian sorang-sorang. tapi sebenarnya aku tak salahkan sesiapa, sebab bagi aku ini bukan satu kesalahan, cuma aku rasa bosan di rumah, atau pun sebab aku takda duit. BR1M pun tak daftar. Mungkin juga sebab aku takda duit menyebabkan aku takleh keluar mengakibatkan aku duduk rumah sekaligus membuatkan aku rasa bosan walau mengadap gadjet berejam-jam.

sebenarnya, aku pun tak tahu berapa kali dah aku tulis sebenarnya. aku memang macam ini. mula-mula buat dont know, happy go lucky. bila dah bosan atau dah takda aktiviti, mulalah -gabra,resah,fikiran celaru,hati kosong,jiwa kacau- punya penyakit datang. aku pun semakin membiasakan diri untuk lawan semua tu, sebab itu aku tulis kat atas tu aku akan gelak seksok.

aku juga rasa umur aku dah tua. 21 dah aku tahun ni. aku target umur 30 dah kaya. tapi kalau sekarang pun macam ni lagi kedudukan aku. memang lama lagilah nak kaya, aku nak kaya dulu baru kahwin, secara automatiknya lama lagilah aku akan kahwin. Haha ini juga antara pemikiran aku. aku dengan Mat Jenin sama je. sebab itu pemikiran aku serabut. over thinking . aku akan jadi tak waras pemikiran pada 2 masa saja, satu macam masa ni, satu lagi masa marah.

macam banyak lah pula aku tulis kali ni. tapi takpa lah, alang-alang mencelup pekasam. biar sampai habis pekasam tu, kalau simpan rosak. lagi satu masalah aku, bila tiba masa-masa macam ni, aku rasa macam malas nak jumpa orang. Hatta keluarga aku sendiri, kalau boleh aku nak duduk menyepi dalam bilik, sebabnya tak nak orang tanya macam-macam kat aku. atau mudah cerita, tak nak ada conversation terjadi. aku pun tak tahu kenapa. malukah, malaskah atau apakah?

tapi sebenarnya (yang keseratus), aku bersyukur bila dalam situasi begini, aku akan ingat Allah. kalau ada baca entry aku yang lain. yang tajuk macam down-down sikit. semua macam ni cuma jalan cerita je lain. aku akan akhiri dengan perjumpaan aku dengan penyelesaian. sebab Allah sayang aku lagi sebenarnya. tapi kali ini punya penelesaian tak jumpa lagi. mungkin lepas aku daftar dan hantar kertas projek aku tu, legalah. inshaAllah

aku nak daftar kolej kerajaan pula lepas ni tapi aku tak pandai nak buat macam mana. kalau ada orang tahu, minta tolong daftarkan aku sekali. dan satu lagi. Jangan lupa doakan aku jadi orang kaya. doakan lah bebanyak. kalau rasa teringat je dekat aku, terus doakan aku kaya. Haha bukan aku gila harta tapi ada sebab lah aku nak jadi kaya. cakap sini nanti jadi riak pula. kau doakan je

 p/s : cuba kira berapa banyak sebenar dan sebab aku tulis. aku dah lost count. mungkin sebab ni lah Bahasa Melayu aku tak dapat A. Haha


4 Feb 2015

Guangzhou

ini kurang ajar. aku dah tulis entry ni dalam henset. kena pulak x publish. kurang ajar. aku pun dah xigt apa aku tulis.

ok, aku tulis balik.

15-19 Jan 2015 aku pergi ke Guangzhou, entah betul entah tidak aku eja tu. tak reti-reti sampai sekarang. apa-apa pun aku pergi sana untuk belajar cara-cara untuk trading. bukan forex. ini trading yang sebenar. International trading. senang cerita, ambil barang sana, jual sini.

aku ke sana tujuan utama adalah belajar, jadi aku tak bawa banyak duit. memang betul-betul first timer. aku tengok orang lain beli 3-4 kotak. habis duit beribu ambil stok untuk jual barang punya pasal. aku... memang tak ada lah duit sebanyak tu. pergi pun beli barang untuk rumah je.

aku pergi dengan agen la senang cerita. pergi 6 orang saja termasuk ejen. memang pusing habis tempat jual barang. tempat dia macam mana aku nak terangkan. ehhhmmm. ok, pendek cerita macam ni. kalau dekat malaysia nak cari barang gajet pergi Law Yatt. bukannya tempat lain takda tapi situ lagi murah. hah, dia macam tu lah konsepnya. kalau nak barang gajet murah pergi Nanfang Lu, kalau nak hand bag murah pergi Leather Shop, yang bezanya sana sepanjang jalan tu jual menda sama. ada tempat tu. satu bangunan barang budak-budak. dari sebelum lahir sampai toddle.

barang sana memang murah kalau nak banding di Malaysia, tapi ada setengah barang walaupun murah, tak banyak untung kalau untuk dijual. tapi kau cakap saja nak barang copy apa. semua ada. jangan harap lah nak original. oricinal adalah.

kalau nak ke sana ada tools yang penting,

1, gambar. kau sediakan semua gambar yang berkaitan. contoh nak beli hand beg. bawa gambar hand bag. kalau nak jam, bawa gambar jam. kalau nak water jet, tunjuk gambar water jet.

2. bisnes kad. kalau boleh setiap kedai yang kau pergi tu, ambil bisnes kad diorang. kalau nak datang lagi senang, tak perlu cari kedai. tunjuk kad tu, nanti ada lah yang bagitahu. kalau macam group kita orang ni, diaorang ambil wechat id, sana tak pakai watapp, pakai wechat, kakaotalk dengan QQ.

3. wc. macam biasa, standart international, jamban takda air. hatta tempat makan muslim pun takda air. tandas masjid yang paling heaven. boleh melepaskan batok di tangga. haha. kalau nak ke tandas, tanya orang sepatah je. WC, where?

4. vpn. ini antara yang penting. di China, google, youtube, fb, semua disekat. jadi kalau nak main kat sana. kena download vpn siap-siap di Malaysia. kalau tak memang bosan lah kau kat sana. jadi macam aku. main COC memanjang.

5. simcard cina. kena beli simcard cina. sebab nak internet dan kalau kau order barang suruh hantar hotel. dia minta no telepun.

itu jelah kot yang penting. tapi kalau kau boleh cakap cina, aku rasa semua tu tak perlu kot. cakap je lah cina dengan orang China. jangan haraplah diorang akan faham bahasa English. biasanya perbualan akan jadi macam ni :

"How much"
"How many"
"Many-many" / "One"
"One, No"

pastu akan bercakap guna calculator. haha. harga kalau nego tu kena tengok orang. kadang taruk separuh harga diorang marah terus tak layan. Haha.

ok, last sekali aku nak tulis. kat sana ada masjid. dan kawasan masjid ada Makam Saad Bin Abi Waqas. kalau boleh pergi. bukan kalau boleh. mesti pergi. rugilah kalau tak pergi. tapi sebelum pergi tu, belajar lah adab-adab menziarahi kubur.