21 Mac 2013

It's Getting Serious !

It's getting serious
maka minggu ini bermulalah Semester yang ke 3 . permulaan yang agak baik . nampak perbezaan sistem pentadbiran Kolej yang lebih teratur . sesi pendaftaran diri dan perjumpaan Geng Power Rangers ! Haha

masa hari pendaftaran tu, ada sekali kaunter untuk Kelab . aku pun macam "HAHA, tak berjalan punya . sama macam sem lepas !" kejam gila ! Haha

aku pilih Kelab Al-Quran . pada mulanya, pilih kelab tu sebab MALAS nak terlibat dengan aktiviti yang kepelikan dan kemengarutan kelab lain ! Haha . selesai sesi pendaftaran, hari keesokannya ada perjumpaan dengan warga-warga kelab . tapi sebelum berjumpa tu ada sedikit taklimat . aku pun dengar ucapan brother Hafidzan ni, menusuk buah pinggang !
"Aktiviti-aktiviti kolej sebenarnya, kelablah yang menjalankan"
aku pun macam "ada betul kata dia ni" kalau kelab tak buat program, kosonglah sepanjang Sem tu . aku pun terdetik "bagus juga aku pilih kelab ni . boleh bantu orang betulkan pembacaan" nampak tak semangat minggu pertama kat situ ! Haha niat aku yang mula-mula MALAS tiba-tiba jadi hyper sebab kata-kata tu ! Haha . It's Getting Serious !
 Pada hari yang sama, dah keluar jadual for the whole Semester . terperanjat boboi bila tengok tiga subjek je belajar sem ni . aku lupa nak mention, sem3 ni aku akan menimba pengalaman 'Short Sem' . bukan semua orang dapat ! Haha

aku mulanya fikir juga, sempat ke nak kejar sukatan mata pelajaran kalau belajar sebulan lebih je . yang belajar 4bulan pun tertungging ! Haha . tapi lepas tengok jadual yang jitu dan padu, aku yakin . dengan tengok muka pensyarah yang sama setiap hari . aku akan berjaya lulus untuk Semester ni ! Haha

yang paling dahsyat Sem ni . semua nama subjek aku tak pernah dengar sebelum-sebelum ni ! Haha . aku pun tak tahu apa yang aku akan belajar nanti . Tunggu dan Belajar saja lah . It's Getting Serious !

dengan ini diumumkan, pagi tadi secara rasminya keputusan peperiksaan diagihkan . aku saja datang lambat, supaya result aku tidak diketahui orang ramai . malu aku kalau Fail . muka dah hensem tapi belajar tak hensem, jatuh saham nanti ! Haha

sesampai aku kat Ampang, Syafiq jemput aku . dia cakap aku ada satu paper kena repeat . aku dengan tak semena-mena tergelak ! Haha . aku tanya subjek apa, dia cakap Asas Muamalat . lagi besar gelak aku . aku cakap "mungkin sebab aku selalu tak masuk kelas kot" . tiba-tiba aku terfikir balik . aku mana ambil Asas Muamalat ?

setelah lama aku fikir, subjek apa yang aku fail . akhirnya aku tak dapat fikir . aku andaikan Ulum Hadis sebab MidTerm aku yang amat dahsyat teruk . terpaksalah aku repeat . setibanya aku di Kolej, ku lihat papan kenyataan . terpampang namaku beserta nama subjek . Tilawah dan Tajwid ?

aku terus naik ke pejabat untuk confirmation . SAH . aku kebingungan . dalam benakku "ini mesti ada kesilapan . mustahil tajwidku sebegini rupa" aku tak dapat terima hakikat . setelah bertemu dengan pensyarah . maka, kemenangan berpihak kepada aku . aku tak perlu repeat apa-apa paper :D
 kepada member-menber yang failed tu . mungkin anda hebat di Semester yang akan datang . yang pasti, It's Getting Serious !
pusing kepala ke kanan xD
ada lagi satu perubahan Semester ni . ada tambahan subjek pilihan dibawah nama kokurukulum . ada 4 pilihan semuanya untuk Sem ni dan hanya boleh pilih satu . kalau nak ikut hati, semua aku nak ambil tapi dah di minta pilih satu saja, terpaksa mengundi .

subjek yang ditawarkan Khat,Tarannum,Keusahawanan dan Bahasa Jepun . setelah dititikberatkan . tinggal 2 subjek . antara Usahawan atau Jepun . pemilihan usahawan sebab selepas habis Dip Usuluddin ni, sambung belajar kearah tu pula . pemilihan Bahasa Jepun sebab satu subjek yang kepelikan dan senang nak tengok Anime, menjadi Otaku yang Noob ! Haha

akhirnya aku pilih Bahasa Jepun . sebab usahawan tu, lepas-lepas ni boleh belajar . lagi pun Bahasa Jepun ni jatuh pada hari selasa . hari yang lapang . senanglah lepas ni nak layan One Piece ! Haha . minta-minta tak ramai pilih bahasa jepun ni, senang sikit nak belajar sebab ada exam juga . It's Really Getting Serious Right Now !

aku bagi tahu Umi&Abah pasal Bahasa Jepun ni . jawapan nya, "kenapa tak ada kaitan pun" . "kenapa tak ambil bahasa korea atau cina" . jawapan Umi sebab takda kaitan dengan Dip. ni , jawapan Abah untuk business esok-2 ! Haha
One Piece
aku pilih Brook sebab Afro ! Yohohohohoho

16 Mac 2013

Karma


aku sebenarnya tak tahu apa itu Karma . tapi selalu dengar orang pakai perkataan ini dan aku menganggap Karma ni seperti gambar rajah di atas . kau buat sesuatu kat orang, akan dibalas sesuatu (yang lebih kurang sama) ! itu yang aku faham lah . korang punya fahaman mungkin lain kot . setiap orang ada pendapat masing-2 :)

aku tengok dekat Wiki, dia cakap ini adalah fahaman Buddha . tapi aku rasa perkataan ni boleh diterima pakai oleh semua umat manusia kot . mungkin ? sebab memang menjadi hukum alam . kalau buat baik akan dibalas baik, kalau buat jahat akan dibalas jahat . mungkin aku tak tahu istilah lain nak panggil menda ni . jadi aku pakai istilah Karma saja lah .

orang Melayu pun ada peribahasanya yang maksudnya lebih kurang sama . "Ludah ke Langit" . cuma peribahasa ni sesuai untuk menda buruk sebab mana ada orang teruja tengok kejadian ludah meludah ni . satu lagi peribahasa .
Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian . bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian 

sebenarnya, aku pun tak tahu apa aku nak cerita ! Haha

aku tak cerita lagi pasal aku balik ke Kelantan minggu lepas . aku sebenarnya nak post pasal tu tapi takut mendatangkan keaiban keatas aku, maka abaikan cerita tu ! Haha ceritanya ada kena mengena dengan "Hukum Karma" ni . sebab tu aku post pasal menda ni . Mungkin ?

kebalikan aku kekampungan minggu lepas tak banyak pengisian . aku hanya duduk di rumah dan tidur . aku pergi juga melawat makcik dan pakcik tapi hanya beberapa orang . aku nak bertemu dengan kawan-2 tapi semua kesibukan . wrong timing ! aku nak ke Sekolah lamaku tapi keseganan dan kemalasan melanda . aku tunggu balik sekali dengan Jepah je lah . Let's he do all the talks ! Haha
Lencana Sekolah Dibajukan
di sana, aku melihat suatu peristiwa yang amat tak boleh diceritakan tapi gatal tangan jugak nak mention ! Haha abaikan

itu cerita minggu lepas, mohh kita cerita pasal minggu ni pula . minggu ni pun hampir berakhir . minggu ni aku menghabiskan saki-baki cuti terakhir dengan Mansor . sahabat aku dari Form3 sampai sekarang . persahabatan ni pun ada kaitan dengan "Hukum Karma" . semua pun nak berkait kalau dah suka guna perkataan tu ! Haha

kitorang selalu juga hang . bukan selalu tapi mesti ! Haha setiap bulan tu mesti jumpa juga dengan si Mansor ni . kitorang pergi cari kedai makan mana-mana, then lepak 2-3 jam . memang tak ada kerja ! Haha aku nak buat ayat bunga-bunga nanti orang pikir lain pulak . cukuplah setakat tu xD

dah habis cerita minggu ni . minggu depan aku akan memulakan Semester yang baru . setiap kali aku cakap masuk Sem3, orang akan cakap "Senior la ni" . well, yeah ! Haha aku tak pernah kesah pasal senior atau junior sebab nanti bila semua dah kerja . 'Kau' 'Aku' juga jadinya . keguane ?

setiap kali semester baru maka akan keluarlah result semester lepas . dan result ni memang berkait rapat dengan "Hukum Karma" ! Haha aku banyak sangat mengarut sem2 . dan hanya berharap, tak lah teruk sangat result tu keluar nanti, tak ada yang fail . cukup makan pun jadilah . Amin :)
it's always about Karma ! Haha



3 Mac 2013

Sleep

selama seminggu aku duk rumah ni
tidur je kerjanya
masalahnya malam tak nak tidur
tunggu subuh baru nak lelap mata
macam nilah jadinya
pagi tidur malam jaga
bila dah tidur seharian
memang letih badanlah
kadang tu tak tidur
sebab pikir menda yang tak ada keperluan
Langsung !
kadang tu memang tak nak tidur xD
bila tak tidur malam
macam-macam aktiviti dalam otak
tapi tahap kemalasan tu lagi banyak ! Haha
sekarang aku nak tambah aktiviti main game
pada waktu pagi
dan ber Gaya Hidup Sihat
pada waktu petang
baru kurang tidur sikit
tapi itu semua
hanya angan-angan xD
memang rasa rugi yang amat
habiskan seminggu dengan tidur
kalau tak tidur malam
beribadah
baguslah juga
ini tidak, mengadap laptop
main game yang entah apa-apa
tidur ni ada faedah dia
tapi aku ni dah overdose ! Haha
tak tidur pun ada faedahnya juga :)

jadi tidurlah sama waktu dengan orang lain
supaya jadi seperti orang xD
aktiviti minggu depan
balik Kelantan
tapi tiket bas tak beli lagi
esok hari ahad
tunggu esok je lah apa cerita

semoga minggu depan dan seterusnya lebih bermanfaat
dan
tidur mengikut waktu manusia normal :8)

1 Mac 2013

Same Me

hari ni aku nak berkarangan sikit, dah lama aku tak tulis panjang-2 ! Haha


hari ni 1st March . tak ku sangka, begitu cepatnya masa berlalu pergi . sudah 2 bulan sejak aku tulis entry Target Tahunan . dan untuk masa ini, aku punya azam baru di tahun baru hancur berkecai .
"It Was A Failure !"
bulan pertama berjalan mengikut jadual . masuk bulan dua masih boleh ikut tapi masuk akhir bulan . Punah ! semua target tu hancusss .

semua target tu aku langgar pantang larang . All of it ! tak ada satu pun yang miss .
Hangat-hangat Tahi Ayam

aku pun tak tahu kenapa aku boleh ter'play-out' dari landasan yang aku sendiri garis tu . mungkin sebab aku meletakkan harapan yang terlalu tinggi kot . tapi kenapa bulan pertama berjalan lancar je ?

boleh jadi juga sebab pengaruh-pengaruh luar . tapi sampai bila aku nak bagi alasan ?

aku sepatutnya boleh sebab aku sendiri yang letakkan target untuk aku . biarlah ! yang sudah lepas, lepaskanlah . jangan ditanya kenapa dan mengapa . fokuskan hari-hari yang akan datang . tapi lakukan perubahan dari yang sebelum ini . aku akan meletakkan target dari bulan ke bulan . mengikut kaedah blog classmate, berubah promote-2
"Biar sedikit, yang penting Istiqamah"
seorang cerdik pandai pernah ditanya ;

S: "aku berubah sangatlah mudah, dengar saja ceramah atau hadir majlis motivasi nescaya akanku tanam azam dalam diri tapi untuk kekal berubah amatlah sukar . bagaimana caranya untuk beristiqamah ?"
J: "Sentiasa berubah"
aku tak ingat cedok dekat mana

jawapan yang mudah . caranya simple, lagi-lagi zaman internet . sentiasalah dengar ceramah-ceramah agama maka akan sentiasa ingin berubah .

insan/manusia berasal dari perkataan arab yang bermaksud lupa . memang fitrah manusia akan selalu lupa . maka dengan mendengar ceramah-ceramah, akan mengingatkan kembali tujuan kita hidup . 

setiap kali aku down, aku akan dengar ceramah yang aku post dekat entry Kembalilah . video tu amatlah menyedarkan dan membimbing aku .

semoga kita tidak lalai, sentiasa berubah dan istiqamah :)