22 Dis 2014

Elephant trekking

Hari kedua bermula lah aktiviti bersama agen. Hari ini aku pergi water rafting, elephant trekking, atv, fish spa, kebun buah dan air terjun.

Aktiviti yang paling best hari ni water rafting. Memang tidak disangka. Agen ambil di hotel pagi2 bersama penumpang lain. Pergi sana kena tunggu sampai semua orang, i mean "semua orang" sampai. Dia ada bagi pilihan nak level 1 atau 3. Bagi aku cukup sampai 1 sebab lvl 3 tu trek lebih kurang cuma tambah 2km dan 400Baht. Dah sampai masa, ramai2 naik bot pelampung, bukan raft pun tapi elok juga. Baru ada syok, kalau tak hancur raft tu. Mainan ni kena try sendiri la baru syok, kalau cerita nanti hilang excited.

Lepas tu pergi ke satu safari yang dalamnya ada gajah, monyet, kerbau dan ikan. Kat sini la aku naik atv. Tak lah gempak mana. Naik gajah pun kat sini. Cukup lah sekali. Bukan rasa seronok, rasa kesian kat gajah tu. Tapi yang syok spa ikan. Haha. Dia sama je dengan spa ikan Malaysia, tapi sebab aku tak pernah try jadi rasanya amat menyentuh hati. Haha

Yang kedai buah dengan air terjun tu tak ada pun dalam deal kita orang. Mungkin dia deal dengan orang lain. Kedai buah tu biasa je. Aku rasa dia nak makan komesyen je. Yang air terjun dia bawa tu lagi lah. Air terjun yang telah di upgrade. Dah la sini petang hujan.

Ala kulli hal, hari ini seronok juga. Walau kecewa dengan agen. Hari ni banyak habiskan masa atas kereta. Nak sampai ke tempat water rafting tu dah dua jam. Dari sana ke tempat gajah setengah jam. Dari sana nak ke kebun stgh jam. Dari sana nak ke air terjun stgh jam. Dari sana nak ke hotel stgh jam juga. Selama atas kereta aku tidur, jadi masa tu aku agak2 je. Haha. Tapi yang penting jangan beli online utk mainan ni semua. Beli dekat Krabi lagi boleh nego.

Harga dalam 700-2000Baht. Masa diambil dari pukul 8.30am -6.00pm. Pekerja selalu minta tips. Dan ada barang yang hanya di jual di situ takda tempat lain.

Apaapapun esok nak mandi pantai. Aku tgk review tenet ramai juga komplen. Kita tengok macam mana esok

21 Dis 2014

Ao Nang

Ehemm, ehemm. Mohon jeles. Haha.

Ok. Foine.

Hari ni doploh bulan doblas aku sampai ke Krabi, Thailand. Woohooo! Ini dah kali ke berapa entah aku pergi mandi manda untuk tahun ni. Haritu dah pergi Langkawi dua kali, Sunway sekali, Gambang sekali, air terjun dekat Johor sekali, dekat Gunung Nuang sekali dan lainlain yang aku tak ingat dah. Cuma air banjir aku tak try tahun ni. Hahaha. Kira banyak la tu banding sebelum ni.

Sebelum pergi Krabi ni dah servey la tenet tengok TripAdvisor. Aku baca tu dan dok bayangkan Krabi ni macam sebuah kampung yang tak didiami orang (sebab serabut dengan pelancong) macam dekat Pulau Besar, Melaka (yang mana aku pergi tahun ini juga), tapi sangkaan ku meleset jauh ketepian. Kalau siapa yang tak pernah pergi Krabi dan akan pergi. Mehh sini nak cerita.

Kalau nak bayangkan macam mana bumi Krabi ni, rumah dan bangunan dia orang sama macam di kampung2 Malaysia, mula2 sampai tu aku cakap, ini dah sama macam Gua Musang,  Kelantan cuma bezanya jalan Krabi elok. Bila diingatkan balik, memang sama je dengan Malaysia. Lagi senang nak cerita Krabi ni sama macam Langkawi tapi lebih besar.

Sini ada satu jalan yang sama macam Pantai Cenang tapi sini boleh nampak pantainya. Di jalan ni ada jual macam2 dari yang murah kepada mahal, yang halal kepada haram, yang local kepada international. Nama jalan ni rasanya Ao Nang Railroad. Sini kedai massage pun banyak 200Bath paling murah. Baju cikai 100-250Bath, seluar bunga2 100-350Bath, kena pandai nego la kalau nak murah. Barang2 lain tu, macam keychain kena tgok kedai la, aku tak layan mana keychain ni.

Transport sini tak susah mana. Prebet sapu, tiki2, teksi, bas, motor ada seat sebelah macam cerita Ong Bak, semua ada. Harga memang kena deal elok2 la. Sini tak pakai meter. Kalau macam orang puteh sini sewa motor saja, tak kena pakai topi keledar. Tapi aku takut sesat je kejap lagi. Bukan biasa pun. Macam kita orang punya hotel ada sediakan transport. Maksud aku sediakan tu ada yang bayar ada yang free.

Kalau ada orang kata Krabi ni orang Islam ramai. Tak payah la percaya 100%. No ekor jual tepi jalan. Arak hampir setiap kedai jual. Tokong bersepah sepah atas jalan raya.
Memang ada perkampungan orang Islam, tapi kalau pergi Krabi sebab pantai memang tak pergi la perkampungan tu.

Hari ni kita orang pergi ke pasar malam di bandar Krabi. Tak gah pun. Sama je dengan pasar malam dekat tempat kita. Tapi sini senang nak cari barang yang lebih murah. Harga lebih kurang railroad je. Suasana pun sama. Sausage babi jual sebelah kedai buah. Tapi sini lagi senang nak berjalan daripada Ao Nang tu panjang gila.

Ok lah. Hari ni first dah aku disini. Tak mandi pantai lagi pun. Mungkin lepas mandi pantai perasaan tu berubah la. Sama macam di Langkawi (tak habis2 Langkawi). Tapi sebelum aku berubah hati. Aku tulis dulu dekat sini, lagi pun aku kan tulis pakai phone sekarang. Senang la sikit.

Tapi sini best sebab tandas ada air. Hahahha. Siapa yang pernah pergi Kemboja, Vietnam. Hah, memang sama sebijik dengan sini. Cuma sini lagi ramai orang Islam dari sana.

Aku tak taruk gambar sebab pakai phone. Nanti kalau rajin aku edit balik. Haaha

15 Dis 2014

Kem Lolo

Hari ni aku mulakan hari dengan pergi mendaki gunung nuang. Tapi sampai kaki bukit je lah. ����

Plan asalnya nak bertolak pukul 7am dari rumah, apakan daya pukul 8 baru bertolak. Gunung Nuang ni dekat hulu langat saja tapi nak rushing punya pasal, abahku bawa laju yang amat. Sampai terumbang ambing kereta. Dah la jalan dekat hulu langat tu tak seberapa cun. Lagi pun kitaorang tak makan apa2 lagi. Maka bergoncangan perut.

Sesampai je di kaunter pendaftaran, terus warm up. Kira2 dalam 2jam dah sampai ke kem lolo tu. Bagi aku 2jam tu dah cukup lama untuk orang macam aku yang gaya hidup tak sihat ni. ����

Aku kira2 nak sampai ke kem lolo tu, ada lima pondok perhentian. Setiap perhentian tu ambil masa setengah jam untuk yang tak larat. Aku berhenti dalam tiga kali saja. Dan ambil masa 1jam30minit saja. ����

Jalannya tak susah sangat. Straight saja, straight ke atas lah. Haha. Maksud aku takdelah kena pegang tali ke, tebang pokok ke, panjat batu ke. Adalah kena lintas sungai sikit, tak sampai basah pun kasut. Sesampai tempat air terjun macam teduh kitaorang pun mandi. Dia punya air memang sejuk. Kalau gelamkan satu badan memang rasa duduk dalam peti sejuk. Kalau selam muka, rasa tegang kulit muka �� kami duduk main air dan makan semua dalam 45minit.

Masa nak turun tu, memang aku speed lah konon2nya nak jumpa orang selepas balik. Tengok2 turun lagi sakit kaki. Sebab pakai muscle yang tak berapa aktif kut aku rasa. Ambil masa dalam sejam saja nak turun.

Sekarang aku tengah prepare untuk sakit badan esok hari ����

Overall, memang worth it dua jam naik jumpa air terjun. Lagi pun sana tak ramai orang macam bukit broga. Nak ke sana tak perlu bayar apa2, parking ke, tiket masuk ke, apa ke. Kalau nak pergi sampai puncak, sana ada rumah, satu malam 20ringgit. Boleh la bangun subuh terus naik puncak.������

ApaApa pun kalau nak pergi sila ajak :)

12 Dis 2014

Ich bin ein mann

Ehem, ehemm. Ok. Aku dah lama gila tak post. In fact, tahun ni aku baru post tiga kali termasuk yang ni. Hahaha

Tapi tak kesah lah. Bukan aku ada kipas susah mati pun. Lipas ada lah banyak kat rumah ni.

Ok. Seperti yang aku tulis sebelum ni, laptop aku rosak. Dan masih lagi belum dibaiki sampai sekarang. Aku tulis entry ni pun guna phone. Tak tahu la pula aku boleh tulis blog guna telepon. Haha. Bapak buta it aku ni. Aku sebenarnya dah pernah cuba tulis blog dalam telepun bb aku tahun-tahun sebelum ni tapi tak dapat. Sekarang aku servey2 dalam play store, ada pulak app blog, aku pun download la. Senang sikit aku nak berblogging balik.

Tulis blog guna telepun ni sebenarnya kurang fell. Pertama, aku boleh tulis dan baca blog aku saja. Blog orang lain tak boleh. Atau aku yang tak pandai. Kedua, skrin tepun kecik tak macam deskop. Jadi walaupun aku rasa tulis tu dah agak panjang sebenarnya pendek. Ketiga, tiada kebebasan yang luas untuk aku tambah gambar ke, video ke, segala ke. Lagi pun tepun aku ni takda emoji. Atau aku yang tak reti. Hehe. Setakat ni aku hanya boleh bold kan tulisan atau italic. Function lain takda.

Tapi tak kesah la semua tu. Yang penting sekarang aku lagi senang nak berceloteh dalam ni. Kalau aku nak baca blog orang lain. Aku google je la atau kalau aku nak taruk gambar, aku edit la balik dalam laptop sapa2. Betul tak?

HAHAHAHAHAHAHAHAHA.

Seronok rasanya dapat kembali bercakap dengan diri sendiri. Ohh, i miss this feeling.

Banyak betul cerita aku miss tak tertulis. Tup tap tup tap dah akhir tahun. Antara cerita yang menarik tahun ni. Pergi langkawi 2 kali. Pergi bandung. Habis sem akhir. Kereta alza pinjam kene pulangkan balik. Kena buat kertas projek yang entah apa2 aku buat. Pergi uss sekali lagi. Ishh, sebab ni lah aku tulis dalam blog. Sebab aku ni senang sangat lupa.

Setakat ni je lah aku tulis. Aku dah tak ingat dah. Haha. Lagi pun bukan ada orang baca pun. Fans aku ada sorang je. Hahahhaha

Hai fans aku yang selalu baca blog aku ♥♥♥