Hari ni aku mulakan hari dengan pergi mendaki gunung nuang. Tapi sampai kaki bukit je lah.
Plan asalnya nak bertolak pukul 7am dari rumah, apakan daya pukul 8 baru bertolak. Gunung Nuang ni dekat hulu langat saja tapi nak rushing punya pasal, abahku bawa laju yang amat. Sampai terumbang ambing kereta. Dah la jalan dekat hulu langat tu tak seberapa cun. Lagi pun kitaorang tak makan apa2 lagi. Maka bergoncangan perut.
Sesampai je di kaunter pendaftaran, terus warm up. Kira2 dalam 2jam dah sampai ke kem lolo tu. Bagi aku 2jam tu dah cukup lama untuk orang macam aku yang gaya hidup tak sihat ni.
Aku kira2 nak sampai ke kem lolo tu, ada lima pondok perhentian. Setiap perhentian tu ambil masa setengah jam untuk yang tak larat. Aku berhenti dalam tiga kali saja. Dan ambil masa 1jam30minit saja.
Jalannya tak susah sangat. Straight saja, straight ke atas lah. Haha. Maksud aku takdelah kena pegang tali ke, tebang pokok ke, panjat batu ke. Adalah kena lintas sungai sikit, tak sampai basah pun kasut. Sesampai tempat air terjun macam teduh kitaorang pun mandi. Dia punya air memang sejuk. Kalau gelamkan satu badan memang rasa duduk dalam peti sejuk. Kalau selam muka, rasa tegang kulit muka kami duduk main air dan makan semua dalam 45minit.
Masa nak turun tu, memang aku speed lah konon2nya nak jumpa orang selepas balik. Tengok2 turun lagi sakit kaki. Sebab pakai muscle yang tak berapa aktif kut aku rasa. Ambil masa dalam sejam saja nak turun.
Sekarang aku tengah prepare untuk sakit badan esok hari
Overall, memang worth it dua jam naik jumpa air terjun. Lagi pun sana tak ramai orang macam bukit broga. Nak ke sana tak perlu bayar apa2, parking ke, tiket masuk ke, apa ke. Kalau nak pergi sampai puncak, sana ada rumah, satu malam 20ringgit. Boleh la bangun subuh terus naik puncak.
ApaApa pun kalau nak pergi sila ajak :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan