Ehem, ehemm. Ok. Aku dah lama gila tak post. In fact, tahun ni aku baru post tiga kali termasuk yang ni. Hahaha
Tapi tak kesah lah. Bukan aku ada kipas susah mati pun. Lipas ada lah banyak kat rumah ni.
Ok. Seperti yang aku tulis sebelum ni, laptop aku rosak. Dan masih lagi belum dibaiki sampai sekarang. Aku tulis entry ni pun guna phone. Tak tahu la pula aku boleh tulis blog guna telepon. Haha. Bapak buta it aku ni. Aku sebenarnya dah pernah cuba tulis blog dalam telepun bb aku tahun-tahun sebelum ni tapi tak dapat. Sekarang aku servey2 dalam play store, ada pulak app blog, aku pun download la. Senang sikit aku nak berblogging balik.
Tulis blog guna telepun ni sebenarnya kurang fell. Pertama, aku boleh tulis dan baca blog aku saja. Blog orang lain tak boleh. Atau aku yang tak pandai. Kedua, skrin tepun kecik tak macam deskop. Jadi walaupun aku rasa tulis tu dah agak panjang sebenarnya pendek. Ketiga, tiada kebebasan yang luas untuk aku tambah gambar ke, video ke, segala ke. Lagi pun tepun aku ni takda emoji. Atau aku yang tak reti. Hehe. Setakat ni aku hanya boleh bold kan tulisan atau italic. Function lain takda.
Tapi tak kesah la semua tu. Yang penting sekarang aku lagi senang nak berceloteh dalam ni. Kalau aku nak baca blog orang lain. Aku google je la atau kalau aku nak taruk gambar, aku edit la balik dalam laptop sapa2. Betul tak?
HAHAHAHAHAHAHAHAHA.
Seronok rasanya dapat kembali bercakap dengan diri sendiri. Ohh, i miss this feeling.
Banyak betul cerita aku miss tak tertulis. Tup tap tup tap dah akhir tahun. Antara cerita yang menarik tahun ni. Pergi langkawi 2 kali. Pergi bandung. Habis sem akhir. Kereta alza pinjam kene pulangkan balik. Kena buat kertas projek yang entah apa2 aku buat. Pergi uss sekali lagi. Ishh, sebab ni lah aku tulis dalam blog. Sebab aku ni senang sangat lupa.
Setakat ni je lah aku tulis. Aku dah tak ingat dah. Haha. Lagi pun bukan ada orang baca pun. Fans aku ada sorang je. Hahahhaha
Hai fans aku yang selalu baca blog aku ♥♥♥
Tiada ulasan:
Catat Ulasan