22 Dis 2014

Elephant trekking

Hari kedua bermula lah aktiviti bersama agen. Hari ini aku pergi water rafting, elephant trekking, atv, fish spa, kebun buah dan air terjun.

Aktiviti yang paling best hari ni water rafting. Memang tidak disangka. Agen ambil di hotel pagi2 bersama penumpang lain. Pergi sana kena tunggu sampai semua orang, i mean "semua orang" sampai. Dia ada bagi pilihan nak level 1 atau 3. Bagi aku cukup sampai 1 sebab lvl 3 tu trek lebih kurang cuma tambah 2km dan 400Baht. Dah sampai masa, ramai2 naik bot pelampung, bukan raft pun tapi elok juga. Baru ada syok, kalau tak hancur raft tu. Mainan ni kena try sendiri la baru syok, kalau cerita nanti hilang excited.

Lepas tu pergi ke satu safari yang dalamnya ada gajah, monyet, kerbau dan ikan. Kat sini la aku naik atv. Tak lah gempak mana. Naik gajah pun kat sini. Cukup lah sekali. Bukan rasa seronok, rasa kesian kat gajah tu. Tapi yang syok spa ikan. Haha. Dia sama je dengan spa ikan Malaysia, tapi sebab aku tak pernah try jadi rasanya amat menyentuh hati. Haha

Yang kedai buah dengan air terjun tu tak ada pun dalam deal kita orang. Mungkin dia deal dengan orang lain. Kedai buah tu biasa je. Aku rasa dia nak makan komesyen je. Yang air terjun dia bawa tu lagi lah. Air terjun yang telah di upgrade. Dah la sini petang hujan.

Ala kulli hal, hari ini seronok juga. Walau kecewa dengan agen. Hari ni banyak habiskan masa atas kereta. Nak sampai ke tempat water rafting tu dah dua jam. Dari sana ke tempat gajah setengah jam. Dari sana nak ke kebun stgh jam. Dari sana nak ke air terjun stgh jam. Dari sana nak ke hotel stgh jam juga. Selama atas kereta aku tidur, jadi masa tu aku agak2 je. Haha. Tapi yang penting jangan beli online utk mainan ni semua. Beli dekat Krabi lagi boleh nego.

Harga dalam 700-2000Baht. Masa diambil dari pukul 8.30am -6.00pm. Pekerja selalu minta tips. Dan ada barang yang hanya di jual di situ takda tempat lain.

Apaapapun esok nak mandi pantai. Aku tgk review tenet ramai juga komplen. Kita tengok macam mana esok

Tiada ulasan:

Catat Ulasan